Entry Berciri Berat

Entry Berciri Berat

Assalamualaikum

Saya baru lepas masak. Setelah sekian lama tak masak ikan, bila masak rasa pelik. Ek? Masak ikan masak lemak. Er tapi macam biasa. Masak secara kosong-kosong. Saya tak pandai berempah bagai.

Ada lagi 3 soalan Engineering Materials belum siap. Kan dah kata saya suka subjek ini. Saya suka subjek ini macam saya suka subjek C++ waktu sem satu dan subjek Chemistry pada sem dua. Maka bila saya buat kerja rumah hari ini, saya sangat rajin melukis bentuk kiub lalu mengkaler planes dan direction dengan menggunakan pensel kaler. Haha.

Malam tadi Kak Awin tunjuk saya barang makanan mama beli untuk saya. Ok hyper banyak. Semua budak sekolah rendah boleh berasa jeles tengok jajan yang sekian punya banyak. Macam nak buat jamuan akhir tahun tadika pun ada. Berasa gembira tengok makanan. Haha. Kami juga bermain webcam secara satu keluarga. Saya tengok emak, emak tengok adini, adini tengok saya. Kan sangat gembira. Teknologi yang merapatkan hubungan kekeluargaan.

Tapi bila cerita tentang environmental problems, macam sangat banyak jari dituding kepada teknologi dan things related. Orang ramai tuding jari pada sains dan teknologi yang mencipta mesin yang membawa keburukan. Pernah keluar satu soalan dalam subjek Thoughts and Expression saya, bertanyakan adakah teknologi itu baik atau tidak. Dan saya selaku bakal engineer sendiri selalu tertanya-tanya, dalam keghairahan mencipta mesin-mesin berteknologi tinggi, adakah nanti saya sendiri bakal menyumbang kepada kemusnahan alam. Ok tajuk berat. Tapi mari saya beri pandangan saya.

Saya pernah berfikir saya mahu kerja dengan syarikat yang menyumbang kepada orang ramai. Bukan syarikat yang mengkayakan CEO. Saya mahu membuat mesin yang memudahkan hidup orang ramai. Kenapa perlu kemudahan hidup? Pada asalnya adalah supaya bila mudah, kita ada lebih masa untuk beribadat pada Allah. Bukan kah? Tapi semakin mudah hidup dan semakin banyak masa, semakin itu manusia mencari hiburan. Mengisi masa lapang. Er ok. Sendiri terasa. Astaghfirullah. Ok cepat-cepat habiskan blog dan pergi buat homework. Selain itu, selepas bergelar student Abeek, saya realized that the engineers are trained to design something untuk mengkayakan syarikat. That's why kami diajar supaya creative untuk mendesign things that could sell. Something that everybody would want to buy. Design mesti menepati citarasa pengguna. Because in the end, it's the sales and profits that matter. NOT the distributing of technology or helping others simplify their lives. Ehem.

Berbalik kepada apakah pendapat saya tentang teknologi. Saya rasa, teknologi, seperti juga kebanyakan benda lain di dunia ini, adalah baik jika digunakan dengan sederhana. Macam makan daging itu perlu untuk sumber protein, makan terlalu banyak adalah tak sihat. Begitu juga teknologi. Perlu untuk kehidupan seharian. Tapi aplikasi berlebihan di tempat yang kurang perlu boleh memudaratkan. Admit it. Sometimes in doing certain chores, we don't really need to use any machine. Contohnya vacuum cleaner. If it's not carpeted, kita boleh sapu jek kan? But the thing is kita rasa perlu guna benda tu. It has already became part of our lives. We prefer to save our own energy than saving the nature's energy.

Er ok. Post dari budak engineer yang berciri berat. Terima kasih kerana membaca.

Assalamualaikum

Semalam yang Pelik

Semalam yang Pelik

Assalamualaikum

Semalam bukan macam hari-hari biasa. Sebab satu. Sejuk sangat-sangat. Sebab dua. Saya tidak merungut balik sekolah walau penat dan lapar (Ek?). Sebab tiga. Saya rasa lecture Mechanism sangat fun sampai tak ada miss satu point pun. Siap suruh lecturer ulang sebab tak faham. Sebab empat. Saya tidur jam 2.30 pagi. Woh.

Dua hari lepas waktu memasak, saya bertekad hendak belajar bersungguh-sungguh. Supaya boleh menjadi isteri yang tahu menjaga harta suami. Aik? Er maksudnya kalau suami belikan peti sejuk, saya tahu menjaga peti sejuk tersebut agar dapat memaksimakan lifespannya dan tak ada meminta-minta 2-doors fridge baru siap lcd dan tempat keluar ais bila peti sejuk yang lama sudah rosak. Hahah.

Sebelum ini saya sangka attorney semua sangat bosan. Bukankah? Tapi dalam lecture Advanced Machine Design 3 hari lepas, the school invited a patent attorney untuk give us an understanding about patent. More to skills on how to not have to pay royalties for patent. Beliau bagi kami tips macam mana hendak meletakkan kelainan dalam design supaya kami tidak dikatakan menggunakan patent orang lain. Er juga bagaimana meletakkan statement dalam patent application kami supaya kami boleh menjerat orang lain untuk bayar royalti pada kami. Haha. Bukankah sangat fun? Kali pertama saya tak ada mengantuk langsung waktu dengar lecture Advanced Machine Design. Dan macam sangat concentrate gila.

Saya sedang mendengar ceramah Pengurusan Cinta lah ketika ini. Er ehem. Secara tidak langsung terus berasa.. er ehem. Sudahlah Farini. Pergi minum susu dan pergi sekolah sana.

Assalamualaikum

In 10 Minutes

Assalamualaikum

Mata dah sangat letih sebab terbukak dari jam 7 plus pagi tadi. Tapi mari memblog dalam masa sepuluh minit dulu. Maka perlulah dalam point yang pendek2 bukan?

- Kiki tanya saya soalan mencekik. "Ko tanak tuka layout blog ke?" Hahah. Semenjak beliau carikan saya layout ni setahun setengah yang lalu, sampai sekarang tak pernah tukar lah. Farini sangat malas gali layout tahu?

- Cikgu Thermodynamics saya memberi pengajaran berguna yang kejam hari ini. Iaitu Work = Force x Displacement. Jadi tak kira macam mana kamu penat menolak sebijik dinding selama dua hari, kamu tak buat work langsung sebab displacement is zero. I applied it to real life. No matter how much effort you put in something, as long as you don't make any progress, you still are not considered working. Because displacement is zero. Bukan kah sedikit kejam?

- Saya sudah download 2 lagu dari 2nd OST BOF. Secara legal. Akhir-akhir ni sangat mementingkan legal atau tak legal sesuatu itu. Nanti bila ada lagi 5000 won saya akan download sepuluh yang lain pula. Itu pun kalau saya nak dengar lah.

- Macam sudah lupa apa yang patut dikatakan sebelum tulis blog tadi. Oh ya. Akhir2 ini College of Science and Engineering macam telah ada mapley di sana sini bagai cendawan tumbuh selepas hujan lah. Nasib tak ada roti canai dengan teh tarik jek. Lebih2 lagi tadi. Sebab Korea masuk final WBC kot. WBC tu ape? World Baseball Classic. Lawan US kot tadi. Tak tau sape menang. Tapi there was a huuuugeee crowd at all the displays there are at campus. Dan hey, LG Display kat College of Engineering punya building itu besar tahu? Mapley pun pakai projector jek.

- One minute more. Mari pergi tidur. Dan siapkan semua report esok. Kerana esok free.

- Oh ya. Saya tak ikut ke Hyundai punya field trip. Sebab malas mengorbankan hari free saya.

Sekian. Tak cukup masa nak buat alignment atau tajuk.

Haha

Assalamualaikum

Annoyed

Annoyed

Assalamualaikum

Saya suka subjek Engineering Materials. I really do. Tapi it's starting to annoy me when cikgu tu selalu (read:SELALU) habis kan lecture lambat 5 minit and in 5 times when they passed out the attendance for us to sign, twice of it the students on the left row DID NOT pass the paper around to students at other rows. And the both two times were on Monday. Semua orang pun tau saya sangat busy on Monday. Saya tak ada masa nak beratur panjang after class untuk tanda attendance tahu. Kalau cikgu habis lambat 5 minit dan saya perlu tunggu 2 minit untuk tanda attendance dan ambil 3 minit untuk jalan laju-laju dari Mirae Yunghap ke Innovation Hall, saya cuma tinggal 5 minit untuk solat asar. Dan 5 minit memang tak cukuplah untuk saya.

Semua idea untuk Integrated Design was rejected. They want us to come up with something that could sell. Hey kalau saya tahu something in technology that could sell, saya bukan lagi student lah di sini. And it left me racking my brain the whole day for something which has yet to be invented. And which could sell.

Dan saya macam semakin annoyed with someone dalam kelas Advanced Machine Design. Is it by taking one pre-requisite subject makes you superior than me who did not? I don't think so. Sebab kamu pun tak pass quiz tu kan? Sama macam saya. Tapi tak apa. Sudah cool down lah. Tak marah pun. Cuma annoyed.

Saya kata pada Zatul saya pissed off petang tadi. Dan sebelum mendengar apa saya mahu cerita Zatul kata kat saya sebab tu saya kena belajar bersabar. Er ok. Terus tak jadi cerita. Sebab kalau cerita dan menghamburkan rasa hati macam tak berapa sabar lah bukan? Tapi pun it comes to the point. By bersabar, what does it mean ek? Adakah kalau kita rasa annoyed yet kita diam dan tarik nafas panjang2 lalu biar saja orang itu, tapi dalam hati kita scream pada diri sendiri, itu dikira bersabar? If yes, then I'm close to good. Haha. Sebab walau dalam banyak masa saya begitu, there are times bila saya membebel tak puas hati pada diri sendiri. Atau saya kongsi perasaan dengan orang lain. Ada masa saya stomp off home. Tapi bukan depan orang itu lah. More often than not, bila orang buat saya marah, saya tidak marah orang itu balik. Tapi adakah begitu pun dikira tak sabar ek? Adakah sabar itu bermaksud tak kira apa orang buat, kita tetap tak ada rasa apa dalam hati? Er sudah confuse.

Tak apa. Mari makan dan sambung lukis melukis. Esok walau ada dua kelas cuma, kena bangun awal pagi dan ke klinik gigi. Jumpa dentist. Bukan. Bukan sebab plak gigi. Sebab kena buat kerja rumah. Haihh.

Assalamualaikum

PPSMI : My View

PPSMI : My View

Assalamualaikum

Sebab Farini malas buat design sekarang, maka bagi saya tulis blog dulu. Hahah. Hey Farini, sebelum saya mengcrush your dream to buy Omnia HD, baik pergi siapkan timbunan homework lah!

Semalam birthday Mama. Mengenangkan semua orang tengah berseronok celebrate, saya seorang tak senang duduk. Woh wah. Jadi saya pergi tidur pada jam 9.50. Dan bangun jam 9.50 pagi ni. Macam ni ada hati nak Omnia. Sebenarnya dah bangun sejak jam 6 lebih. Tapi perut sangat lapar. Maka pergi tidur dan bermimpi makan. Er makan apa tah dalam mimpi. Bangun tidur perut lapar lagi. Farini sangat pelik, no?

Semalam baca dari blog Tun Mahathir tentang PPSMI. Isu hangat kan? Let's just say, I'm against it. I do realize the importance of English and how it can help the development of the country, but still forcing kids to learn Science and Maths in English just seem not right. There are other more efficient ways to learn the language.

Tinggal serumah dengan dua guru dari dua sekolah kampung buat saya berpijak di bumi nyata. Tolong menanda buku latihan budak sekolah buat saya rasa hendak berguling muntah. Obviously if they can't even get their own mother's tongue right, how do you suppose will they get English right? When not even their parents can speak it. Do NOT tell me about those orang kampung yang berjaya etc etc, we are talking about more of them who don't. And sekarang not only are they bad at English, they are even bad at Science and Maths as well.

Two, admit it that our teachers are not ready themselves. It's like ketam mengajar anak berjalan. No offences to our teachers, but teaching language isn't something anybody can do. Satu chapter yang boleh habis dalam a few week mungkin, will take more than it used to sebab cikgu kena take efforts terangkan everything in English.

Three, may I know dari mana idea ni datang lagi sekali? Oh sorry I don't really know who suggested the idea, but have you ever tried teaching yourself? I don't mean going to school visiting kids, I mean taking years of effort to make them learn.

A lot of university students have been supporting the issues, I know. But let's just say it is where you stand that matters. You stand among the smart ones, having booked yourself a place in future, of course bagi kamu it's nothing. Dan kamu rasa competitive to be able to learn your subjects in the language. It's what we call relative view. Tapi serasa saya, alasan yang digunapakai di tv tempoh hari yang mengatakan takut pelajar yang belajar di luar negara tak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris macam alasan entah apa-apa. Come on lah. Bukan those students go through English interviews ke before selected. Er and don't take me wrong. Saya bukanlah seorang Melayu yang taknak membangunkan bangsa sendiri atau apa. Saya bukanlah seorang Melayu yang takut bahasa sendiri lupus. Neither am I a Melayu yang sentiasa berfikiran negatif dan takut bersaing ke apa. Just that my life offers me two perspectives. One from the view of a Korea University student. Another one is from the view of the kids at Kampung Parit Lapis. Speaking and putting forth a good idea is easy, but as long as you fail to implement it, it will just remain an idea. In your design notebook (?)

Again my stand is English is reaaaaaalllllyyyy important. But forcing KIDS to learn Science and Maths in the language may not be the best way.

And oh btw English is important here too. A lot of schools hire foreign teachers to teach English. A lot of parents send their children abroad to study English during the breaks. But no, there's no such thing as teaching Science and Maths in English. Is that the reason why kelas Chemistry yang taught in English ada average marks yang lower than kelas Chemistry yang taught in Korean? But then again ilmu tak boleh dihadkan dengan bahasa kan? That just proved that it doesn't really matter what the language used is as long as the students got the knowledge.

I think solution yang Mama and Moshitta bagi will work better. Those students yang ada the ability to do it may go to some special school and do it, and those who don't may remain learning it in their mother's tongue and go learn it in English when they are ready enough.

Ok Farini dah crapping. Pergi mandi dan siapkan Integrated Design sana!
Assalamualaikum

Sudah Dua Minggu

Sudah Dua Minggu

Assalamualaikum

Sudah 2 minggu. Sudah 2 minggu saya kembali ke Korea. Sudah 2 minggu semester baru bermula. Sudah 2 minggu menjalankan tanggungjawab sebagai suri rumah yang berkarier(?) . Er bukanlah. Praktis baru. Belum betul-betul jadi. Dalam 2 minggu tak pernah sekali pun makan luar. Tapi supper di La Bri dh dua kali. Hahah.

Kelas Isnin back-to-back dari jam 2 hingga jam 8 malam. Saya makan dulu sebelum ke kelas. Tapi selalunya jam 4 dah lapar balik. Siap perut bunyi kruk kruk. Macam kosong sangat je. Hari Selasa kelas jam 9 pagi hingga 11.45. Pulang ke rumah dan masak. Makan tengahari, solat dan keluar semula untuk kelas jam 2. Jam 7 ada group discussion hingga 8 malam. Rabu sangat free wee wee. Kelas cuma dari jam 2 hingga 4.45. Khamis sama jadual dengan Selasa. Cuma group discussion mula jam 6 hingga 7.30. Jumaat ada Mechanical Lab jam 12 hingga 3.15 petang.

Sedang haus. Tapi sedang tunggu air masak. Woh dah dehydrated. Dari pagi tak minum apa.

Assalamualaikum

Week 2 of 4th Year

Week 2 of 4th Year

Assalamualaikum

Saya terjaga jam 8 setelah susah payah tidur semula selepas Subuh tadi. Bangun dan mengurus hal rumah. Rendam ayam untuk masak lunch, sediakan baju untuk ke kelas. Hati masih berdentang-dentung. Sebab masih belum tahu macam mana hendak solat Asar dan Maghrib hari ni memandangkan kelas back-to-back. Dan Mirae Yunghab dengan Innovation Hall bukan dekat. Tapi pun tak sejauh Liberal Studies Hall. Tapi cikgu Jaeryo tu macam punya potensi untuk habis lewat lah. Jadi? Belum tahu. Semoga Allah permudahkan.

Saya masih memilih-milih which of the books yang Kiki nak should I buy her for her 20th birthday. But hey 20th birthday DOES NOT mean you can have 20 books okaaayy?

I probably should go and clean the kitchen now.

Assalamualaikum

Getting on to 2nd Week

Getting on to 2nd Week

Assalamualaikum

Farini sangat komited dengan ABEEK. Seriously. Minggu pertama dah dilanda badai(?). Tak tahu macam mana 15 minggu yang mendatang. Tapi sebab komited, redah je.

I just realized I am just like Mama in a few ways. Not entirely alike. Just a bit similar. We both worry too much about small things. We are overly sensitive and easily freaked out in certain stuff. Only that I'm worse, I think. And we both hide our feelings by smiling. There are quite a few times when I saw Mama smiling in pretty bad situations. Yet I know underneath she's trying hard to soothe her own self.

Farini sedang mencari mood untuk resume membuat nota Manufacturing Processes dan homework Kinematics of Mechanism. Tapi sangat malas lah.

Assalamualaikum

Sebelum Minum Susu

Sebelum Minum Susu

Assalamualaikum

Ada 2 3 perkara nak dicakapkan sebelum minum susu dan masuk tidur.

Baru hari dua sekolah, homework dah menimbun. Saya semacam cuak dengan kelas thermodynamics sebab cikgu tersebut macam selalu attack orang duduk line depan sekali (sayalah itu!). Hey hey. Bukankah at least patut gembira bahawa orang di line depan tersebut sanggup berada di line itu? Bagaimanakah perasaan kalau kelas dipenuhi dari belakang ke depan? Subjek Kinematics of Mechanism sangat dahsyat di hari pertama. Kelas pertama sudah habis belajar penuh satu masa. Siap dengan homework suruh lukis mechanism di sekeliling anda dan terangkan satu persatu. Saya masih belum buat apa-apa. Bukan kerana malas. Kerana sampai sekarang saya belum nampak satu pun objek bermekanisme di sekeliling saya. Except kenderaan. Dan saya tak nak lukis mekanisme kenderaan sebab bosan. Kami dah dapat tema untuk both subjek design. Arms for Dental Intra-Oral Scanner for Advanced Machine Design and anything related to home, medicals or cars for Integrated Design. Dan cikgu Integrated Design suruh kami find out apa itu financial statement. Oleh kerana adik saya telah bertitle CAT di belakang nama beliau, apalah kiranya beliau mengajar kakak sendiri lah kan.

Sedang belajar financial statement tu aaaaapeeee (wonderpets style), hidung berdarah. Saya kata pada Kiki sekejap. Kiki kata, "aih, blaja finc statement smpi idung darah. dasyat" disertakan dengan icon gelak terbahak-bahak. Ok kejam. Lepas tu badan mula rasa panas, mata mula berair. Farini pun tak payah lah buat cerita konon-konon macam pelik kenapa boleh panas dalam. Tak payahlah juga membuat cerita konon-konon stress exam. Sebab kenapa boleh panas dalam adalah kerana Farini main hujan dari pagi sampai petang. Malas bawak payung punya pasal, saya berhujan ke hulu ke hilir hari ni. Thus the heat.

Tadi baru lepas menonton Boys Over Flowers. Satu perkara saya tak berapa suka tentang drama ialah nanti saya sakit hati bila menonton. Hahah. Maka jarang-jarang menonton. Having someone like Gu JunPyo macam sangat bahagia hidup. Someone you are in love with, someone you can fight with, someone you can laugh with. Tapi pun kadang-kadang kita perlukan seorang Yun JiHu. Someone yang akan cuba protect kita from hurting, someone who would give and not taking any back. In life sometimes we stumbled upon someone who has both Gu JunPyo and Yun JiHu's traits. And when we do, we rarely realize how lucky we are.

Sebenarnya kaki sakit. Mungkin tak tahan sejuk. Mungkin dah tak biasa berjalan since di Malaysia, Kak Awin pretty much drove me everywhere. Sekarang amik. Nak lari kejar traffic light pun terkedek-kedek.

Assalamualaikum

Hari Pertama

Hari Pertama

Assalamualaikum

Sedang berasa mata berat sakan dan kepala pening-pening lalat. Tapi menggagahkan diri untuk stay awake sebab nak tengok Boys Over Flowers pukul 10. Lol. Sangat tak pernah rasa hari pertama yang begini penat. All three classes were held in three different lecture hall at three different buildings. Maka hari ini berjalan keliling sekolah. Masih belum fikir macam mana nak mencuri masa untuk solat Asar in between those back-to-back classes tapi berdoa sangat banyak supaya Allah beri kemudahan masa. Paling tak pun I'll tell the Professors that I need a break for praying. Farini sangat pandai bermuka comel di hadapan Professor tahu?

Saya sangat berasa gembira sebab we only need to do a virtual prototype for Integrated Design. Alhamdulillah. Which means tak payah masuk lab untuk membuat kerja-kerja kasar. Dan Hock Siang kata kalau kami boleh tunjuk transcript from DYTC we may be exempted from doing the lab for Manufacturing Processes. Yay! Dan in worst case kalau kami kena buat sekali pun I am sooooooo glad we don't have to do welding. Alhamdulillah.

Hari ini telah mula meminum susu Anlene coklat tersebut. Triple love it when it's cooled. Lagi best kalau boleh taruk ais. Tapi instead of putting 4 tablespoons of milk powder saya cuma taruk dua. Sebab tak ada gelas cukup besar nak menampung air yang sangat banyak. Kata Moshitta tak apa. Awal-awal minum sikit dulu. Takut tak habis.

Mama nasihatkan saya belajar kuat-kuat dan makan makanan yang sihat. Kemudian ambil supplement. Saya memang belajar sangat kuat tahu. Saya sangat susah payah menahan ngantuk dan perut yang lapar sambil mendisplay muka semacam berminat terhadap semua benda yang dicakap oleh Professor. Makanan sihat masih tiada dalam buku. Hari ini seharian makan megi dan telur. Sebab beras belum beli. Supplement? Belakang cerita. Haha.

Sudah jam 9.12. Harus tunggu lagi sikit baru cerita bermula.

Akhir-akhir ini mimpi macam sangat letih dan takut dan terkejar-kejar ke sana ke mari lah. Terima kasih Cik Ida sebab sudi bermimpi saya. Chill k. Tak apa pun tak dapat hantar kami kat airport. Saya akan pastikan kalau saya bermain Scrabble dengan anda saya tak akan tidur. Haha.

Assalamualaikum

First Day in Seoul

First Day in Seoul

Assalamualaikum

First day in Seoul dan saya sudah menangis lagi. For the first time I don't feel like starting a new semester at all. In the past, I am always eager for a new semester, a fresh start. Tapi kali ni langsung takde hati. Is it the final year fever? Where you don't feel like studying and you just want to finish everything once and for all. Tapi saya tahu saya masih belum pasti bergelar final year student lah. I still had to work hard to make sure that this is my final year. There are still tons of credits to be finished. Maka Farini tak boleh malas.

To make things better, I thought of going for a movie. Maybe Dark Knight Imax or thriller Undead or Shopaholic. Tapi saya tak dapat tengok movie. And therefore I promised myself a new coat. Just to cheer myself up. Tapi makin sedih.

As I walk home alone this afternoon, I couldn't help missing Ardini. I know she's a bit bising but at least she'd keep me company, tagging along everywhere, calling Imo nonstop if I was out of sight for more than 5 minutes. Now it's just me on my own. It's going to be a tough year but I just have to survive it.

하지만 힘을 내 이만큼 왔잖아
이것쯤을 정말 별거 아니야
But didn't we work hard and came this far
This big of obstacles is nothing...

Delayed

Delayed

Assalamualaikum

Saya di rumah. Ya rumah saya. Ya di Korea. Malam tadi saya sampai rumah jam 3 pagi. Apakah jenis anak dara di luar rumah sampai jam 3? Jawapannya ialah anak dara yang flight beliau terdelay di sebuah pulau selama beberapa jam. Itulah. Dibagi landing jam 8 sangat tak bersyukur, komplen sana sini. Kan dah. Ambik. Landing jam 11.40. Ambil iktibar dan sila bersyukur ok, Farini?

The flight was ok at the beginning. From Kuala Lumpur to Hong Kong. I wasn't sleeping at all. Was watching High School Musical 3. Then just when I was fastening my seatbelt on our flight from Hong Kong to Taipei, Moshitta made up a story about the aircraft needing a mechanical engineer for maintenance work right then. Lol. Kata-kata tu doa kan? Tiba-tiba Allah nak makbulkan doa beliau waktu itu, ketika kami taxi di Taipei keluar announcement suruh semua passenger turun because they needed to run a check on the aircraft. I thought I was the one yang misheard. They asked us to wait for approximately 30 minutes before we can board again. Somehow at 4.40 they told us there was a maintenance work going on with the aircraft so they asked us to be back at 5.20 then they will tell us the new boarding time. At 5.20 they said that the new boarding time is 7.00 so we had to be there by 6.30. And when 6.30 came and passed they said that they had to give us a new aircraft so we had to wait till 7.12 for the new aircraft to arrive and we will be ready to depart at 8.10. Phewww~

Itu kali pertama saya didelay kerana aircraft. Kali pertama saya delay adalah sebab cuaca waktu di Malaysia. Ini juga kali pertama merasa terkandas selama lebih kurang 4 jam di suatu tempat yang sangat foreign. We were served with tea, plain water, sprite and a few types of crackers while waiting. I took the plain water and sprite but drank none because of er... some issues. And I didn't eat anything either. And Taiwan International Airport was a bit small for an airport, I think. Hanging at the corridor, I felt more like I was in a shopping mall than an airport. Walaupun terpaksa depart jam 8.10, kali ini saya rasa bersyukur amat. Wah sudah learnt lesson. Saya kata pada diri, at least I am being given a new, in-good-condition aircraft, not a needing-maintenance one. But the rough journey is far from over. When we left Taipei, it was raining.

You know flying in rain isn't really something I fancy. And last night it was terrifying. We hit some turbulence on our way out of Taipei. The aircraft shook violently and there was this one time when it trashed. I felt like my heart stopped beating at one second. The cabin crew was asked to be seated. Azman said he saw a spark of fire. I closed my eyes hoping to sleep through it all. Alhamdulillah it wasn't for long.

It was near midnight when we landed. Customs and baggage claiming need at least an hour. Cathay Pacific provided us with free shuttle bus to our destination so we boarded one to Kodae.

The whole thing left me thinking how much does an airlines company lost when one of its flight was delayed. Think of the food and the buses they had to give us. Tu baru delay a few hours. Camne lak to those yang delayed until the next days.

Ok i'm going back to bed. Nak muntah tengok komputer.

Assalamualaikum