=)

Assalamualaikum

"Kamu tahu kamu hendak berkongsi hidup dengan si dia bila kamu kurang gembira menikmati makanan kegemaran kamu tanpa si dia di sisi."

I think so.

Because the above is MY quote :D

Assalamualaikum

:D

Assalamualaikum

Hai hai hai. Minta maaf mengabaikan anda semua yang saban hari tengok blog bersawang ni. Tu pun kalau anda masih setia tengok blog bersawang ni la kan. Mungkin juga ada yang lepas tengok seminggu bersawang dah tak datang lagi dah. Mungkin juga ada yang frust tak dapat log in. Saya tuka password google account untuk visitor sebab.. um telah menggunakan account tersebut untuk googlewave saya. Tapi lepas tu pun dah lupa balik semula apakah password yang baru tersebut maka googlewave saya pun terbengkalai begitu saja. Oh tapi tak apa.

Dah berapa minggu malas update. Untuk pengetahuan anda, resolusi usia 24 tahun saya adalah untuk menjaga kecantikan supaya boleh menjadi pengantin yang cantik berseri kelak. Ok buat kelaka saja. Tapi macam ada sikit betul. Walaupun resolusi macam tak berapa bergerak kerana Vaseline yang dibeli tempoh hari pun baru pakai 3 kali.

Bercerita tentang usia 24, adakah kamu rasa seorang dewasa berusia 24 tahun masih bermimpi hantu? Er ya, saya masih bermimpi hantu. Baru bermimpi malam tadi sebenarnya. Saya tanya pada kakak saya yang akan berusia 29 tahun pada tahun ini, adakah normal seorang dewasa bermimpi hantu, maka dengan gelak berguling-guling beliau berkata beliau dah lama tak ada bermimpi hantu. Tapi mimpi hantu saya sangat mencemaskan tapi sebelum hantu lebih dahsyat muncul telah terjaga. Buat pengetahuan anda, saya tak berapa suka tengok cerita hantu.

Oh bercerita tentang mimpi pula, bolehkah anda mengawal mimpi anda? Saya kadang-kadang boleh. Di mana dalam mimpi tersebut saya akan berfikir "lepas ni mesti jadi camni" atau berharap "jadilah cmni lepas ni" dan pupp.. adegan tersebut akan menjadi macam apa yang saya fikir, dalam ertikata lain saya boleh mengawal hala tuju mimpi tersebut. Walaupun dalam mimpi tersebut kompemlah tak ada terfikir saya boleh menentukan apa-apa. Oh dan kadang-kadang pun boleh tahu itu ialah mimpi maka akan memaksa diri bangun sebelum berlaku perkara tak diingini. Mimpi memang misteri lah.

Sekian saja catatan kali ini kerana hendak pergi prektis drawing. Macam budak rajin. Padahal sebab buku Confession of an Ugly Stepsister itu macam bosan sangat.

Assalamualaikum