Assalamualaikum
Hari ini bermula dengan um.. biasa. Biasa-biasa. Rutin hari Ahad. Macam dah banyak sangat hari Ahad yang dilalui di rumah dengan emak dan Ardini. Padahal macam baru 2 kali. Ke 3 kali entah.
Emak, bapa, Ardini dan saya pergi melawat abang bapa. Merangkap pakcik saya. Saya dah agak terlupa berapa jauhkah Bekuk dari rumah saya. Oh rupanya memang jauh. Sebaik masuk ke Kg Panca Jaya (saya harap nama tersebut betul) tersebut, kepala terus pening lalu saya pergi tidur :p. Walaupun begitu, berperasaan bahawa jalan dalam kampung tersebut sangat seronok dibuat track ATV. Ardini mengeluarkan komen, "Kenapa dia tanam pokok ni kat sini." terhadap semak-samun dan belukar di sekitar.
Pulang ke rumah dengan badan sedikit panas maka saya pergi tidur. Lagi. Bangun tidur dengan kepala yang lebih pening dari sebelum tidur. Mungkin sebab tak berapa biasa tidur petang.
Walaupun begitu, as the day goes on I felt a whole lot lighter. And happier.
Eh sekarang saya tahu apakah yang saya nak cerita tempoh hari tentang Jonker Street. Kan saya kata Akmar membeli kebaya. Dia menyebabkan saya berasa sangat out of place. Er macam si stuck-up yang tak tahu bersosial. Sebab she looked perfectly comfortable having light chats with everybody. From the guy yang jaga parking lot to makcik kedai. Macam sangat pandai beramah-mesra dan menyebabkan saya berasa I can never be half as good at socializing as her. Tapi mungkin sebab beliau ialah cikgu. Bukankah cikgu memang pandai beramah-mesra. Tengok Kak Awin :D.
Assalamualaikum