Selamat Malam Semua

Assalamualaikum

Thank you to Mekdi sebab telah hang out dengan saya selam 3 jam today walaupun beliau ada homework Engineering Maths untuk disubmit esok. Now come to think of it, telah berasa bersalah mengajak orang keluar pada malam sekolah. Saya sendiri ada kelas jam 10.30 p.m. Tapi pagi tadi telah berjanji untuk mereward self kalau sabar dan gigih, maka i let myself travel 16 subway stations away and have a good relaxed night. Oh padahal kalau tak travel begitu jauh pun saya memang sangat relax. Sampai orang keliling dah rasa kenapa Farini macam relax sangat ni?

Saya baru habis baca The Mysterious Benedict Society: The Prisoner's Dilemma hari Jumaat yang lalu. Akhir-akhir ni telah berasa reading bukanlah hobby saya. It's not my favorite thing to do during my pastime. But rather my favorite thing to do ALL the time. Emak selalu kata tentang habit pelik saya ni. Emak kata, buku tu dibaca pada waktu lapang. Ketika sedang berehat sebelum tidur ke. Bukan dihadap je selagi tak habis selagi tu baca. Er tapi memang tak tahu macam mana nak baca berhenti2 macam tu. Bukankah sangat curious dengan ending maka tak sabar nak habiskan? Lepas tu dah habis baca berasa bosan bilakah nak beli buku baru. Saya berharap anak saya kelak akan suka membaca seperti saya.

Ok boleh pergi tidur sekarang sebab esok telah merancang untuk study Fluid Mechanics.

Selamat malam semua.

Assalamualaikum

Dewasa

Assalamualaikum

Ehem. Lama lagi tak update. Ye betul berasa bersalah sebab macam tak berapa ada masa nak update. Tapi yang lebih sedih adalah apabila Kak Awin kata pada saya emak kata saya dah lama tak menghantar berita. Oh sungguh sedih sebab macam dah mengabaikan keluarga.

Anyway tak mahu cerita pasal workload nanti kamu berasa bosan. Saya ada banyak benda mahu diceritakan. Contohnya, how I screwed up on the day of Moshitta's interview of all day. I won't be telling you details, just enough saying that if he didn't make it on time that day, I don't know how I could ever forgive myself. Well, it's been said kan Samsung Group is the company that every young people in Korea wants to get into. So naturally, kalau he failed it because he couldn't arrive at Samsung Electronics on time, I was thinking of suing myself. But hey, saya berdoa pada Allah secara sangat banyak dalam perjalanan. Dan alhamdulillah dipermudahkan.

Selain itu, saya juga ada isu nak dibincangkan. Tapi isu sangat panjang dan masa sangat pendek. Saya pernah terbaca berita dalam suratkhabar. Macam mana seorang pelajar disamun di tempat orang ramai. Pelajar itu minta tolong, tapi seorang pun orang yang lalu di situ taknak bantu. Kenapa ya? Sebab hendak selamatkan skin sendiri, patut ke kita biarkan jenayah berlaku. Patut ke membiarkan perkara buruk berlaku sebab kita tak nak orang tu mengancam kita. Mungkin. Kalau kita takut nyawa kita atau nyawa keluarga kita terancam, bolehlah difahami. Tapi let's make it this way. Saya berharap, kalau pada satu hari nanti saya mempunyai rasa takut untuk menyuarakan kebenaran, biarlah rasa takut itu bukan disebabkan kerana saya takut tak naik pangkat atau tak naik gaji atau tak dapat anugerah. Saya harap anda pun begitu juga.

Eh. Farini rasa sudah dewasa secara banyak. Sebab tadi telah mendengar lagu Welcome to My Life by Simple Plan. Sewaktu remaja kalau mendengar lagu seperti itu mesti macam berasa lagu itu betul-betul bertepatan dengan apa saya rasa. Macam semua orang tak memahami saya, macam hidup saya sangat berpecah-belah, tak bertuah dan sebagainya lalu macam berasa hendak menjerit dan let world knows apa saya rasa inside. Tapi sekarang saya tak ada rasa itu lah.

Betul. Sekarang pun hidup masih penuh dengan trouble. Sekarang pun masih ramai orang yang dekat dengan saya yang tak pernah peduli apa rasa yang saya simpan dalam hati. Sekarang pun kadangkala masih macam ditarik sana sini, disuruh itu ini. Sekarang pun kadangkala ditikam dari belakang. But I'm not angry with life anymore. I don't hold grudge to people who refused to care about me. I don't feel like screaming with frustration. In fact I rarely feel frustrated now. Not even when I couldn't answer 2 questions in Thermodynamics's mid-term and thus missing 60 points. No.

Farini dah dewasa secara sangat banyak :)

Assalamualaikum

Chunks and Bites

Assalamualaikum

Um ok update update. Macam loser lah bukan display link blog hari-hari tapi takde post baru :D. Siap macam ada terlupa sikit apakah password n id blog.

Actually kena menyiapkan 30 pages design note hari ni juga. Sebab? Esok kena menyiapkan rumah untuk tetamu. Esok adalah first round pembukaan rumah. Untuk batch sendiri. Umm.. kalau kamu tak ada invitation, jangan risau. Round dua akan menyusul. Macam yang dah dikata, rumah saya kecik saja. Mana boleh sumbat ramai-ramai sekaligus.

Um tapi back to the design notes. Hari ni telah bangun sangat pagi dengan semangat untuk buat, only to find that my hand muscles are all too tensed, I can hardly write properly. Oh bukan sakit. Tak sakit pun. Cuma feels weird. Grip pen pun macam sangat kuat dan keras. Kalau tak boleh write properly, apa lagi nak sketching kan?

Reason for the tensed muscle, malam tadi got badminton lesson with Jin-Gu Hyeong. Ok I supposed to call him Oppa but since the boys called him Hyeong, I became accustomed to refer to him as Hyeong rather than Oppa. Um but I call him Oppa of course. Anyway the lesson were great and I know I have improved a lot on my net play. But here comes the aftermath.

Oh, hey. My thermo teacher (um, professor but i prefer refering to him as teacher. more school-like) calls me Miss No-Fun. Um well, Farini memang boleh jadi sangat membosankan at times, I know. I never thought I grew up just as much fun as my other siblings. Farini macam adalah orang yang paling membosankan dalam keluarga, who rarely knows what funny jokes to tell. Seriously. And sometimes saya memang wonder how do those fun people around me stand being with me. Sebab macam sangat bosan. Dan macam sangat jarang tahu memberikan reaction yang betul kalau orang bercerita. Eh, tapi Moshitta kata saya kadang-kadang kelakar juga. Haha.

Saya ada sesuatu yang merisaukan. Sesuatu yang membuatkan saya tak mahu jadi dewasa dan tak mahu keluar dari kepompong hidup yang sekarang. Tapi ada less than 80 days lah bukan. Tapi sangat berharap saya tak menjadi seorang dewasa yang seperti itu.

Eh, Farini mimpi telah berkahwin malam tadi. Dan perasaan telah berkahwin macam sangat pelik :p

Assalamualaikum