The Thing I Worry About

Assalamualaikum

Baiklah. Being placed at XXX Division can hardly be called a bad thing. No, it's not a bad thing at all sebenarnya. Cuma tak tau kenapa macam nak gelak setiap kali I think about it. Mulai sekarang tak ada masa merisaukan perkara lain. Cuma ada masa merisaukan karier. Sebab sebelum ni, bila membuat planning masa depan untuk karier, saya merancang mengikut division lain. Dan tiba-tiba division lain datang di depan mata. Haha. Betul-betul cuma akan risau how will I fair on my job from now on.

Mosh kata, jangan risau belum ada orang mati lagi setakat ni. Quit mungkin, tapi tak adalah mati. Maka tak perlu risau. Haha tapi risau juga. Mana mungkin tak risaulah bukan. Oh hari ini Mosh buat statement kelakar. Di mana beliau menyatakan saya mempunyai keazaman yang tinggi. Menurut beliau, kalau saya tak suka saya akan kata saya tak suka. Macam sikit berciri orang Korea di situ. Menurut beliau la. Beliau pula berciri orang Malaysia di mana walau tak suka pun akan diam dan tahan sahaja. Er tapi beliau bercakap benar. I speak my mind, most of the time, when I feel like what I think matters.

Saya tak ada duit raya tahun ini. Tapi berharap adik-adik dan anak-anak saudara menghargai duit raya yang akan saya beri kelak sebab saya memerah keringat betul-betul demi duit raya anda semua.

Selamat hari raya dari perantauan. Haha statement sedih.

Assalamualaikum

0 comments: