Tuesday with Me

Assalamualaikum

Tak ada post untuk hari Isnin sebab hari Isnin penat melampau. Hari ini lebih penat dari hari Isnin. Soalan : Kira tahap kepenatan untuk hari ini.

Tiba-tiba rindu sekolah XD

Sekarang sedang melarikan diri dari makan malam bersama rakan sekerja dengan mengatakan perlu ke pejabat agen perumahan. Tapi sembunyi di rumah dan akan ke agensi perumahan jam 7 nanti. Sebab itu menulis dalam bahasa melayu penuh. Kalau rakan sekerja berjumpa blog ini tak adalah kantoi. Haha :p

Eh tak lama lagi hari raya. Bagaimana dengan persiapan raya anda? Baju raya saya berwarna fluorescent yellow. Sangat striking. Dan tertera di belakang "Pelatih Industri". Hahahaha. At least uniform pekerja kilang yang polo hitam atau green plaid itu lebih menarik dari baju kami. Walaupun begitu, saya suka kerjaya saya. Oh masih tak dapat percaya sebenarnya berada di division tersebut. Mungkin selepas seminggu akan mula percaya.

Saya suka compact powder saya yang baru, tapi kenapakah make up mesti dijual dalam kadar banyak? Macam hari2 pakai bedak yang sama bukankah macam bosan? Tapi berasa gembira facial wash macam berkurang secara cemerlang. Bukti saya rajin cuci muka :p

Sekian untuk hari ini :)

Assalamualaikum

0 comments: