Selepas Seminggu
Assalamualaikum
Wahh. Seminggu lagi tanpa update.Weehee~ Menjaga kanak-kanak amat penat lah. Dan tidak mempunyai experience lain dari hari ke hari. Tapi sangat banyak ke sana ke mari melihat hantaran dan perabot rumah baru. Walaupun sangat ada hati nak melihat hantaran, tapi belum ada hati nak tengok perabot rumah. Nanti selepas mendecide untuk membeli rumah, pastilah melihat sebanyak-banyaknya majalah hiasan rumah untuk memilih perabot. Er tapi peti seuk dua pintu dan tv plasma sudah confirm masuk ke list. Juga Hyundai i30. Walaupun Hyundai i30 bukanlah perabot rumah.
Khamis lepas Moshitta datang ke rumah. Kerana saya tak boleh bertandang ke rumah beliau. Nak datang Khamis, hari Rabu baru cakap. Apa lagi, kelam kabut lah mengemas dari belakang ke depan. Mengharap Dini nap lama sikit pagi tu supaya sempat menghabiskan kemas. Er beliau datang dan makan dan makan dan makan. Bersama keluarga. Saya. Bukan keluarga beliau. Jumaat kami ke Kajang bersama dan saya turun Seremban sekejap. Tidur di rumah beliau lah. Awal pagi Sabtu pulang ke Kajang. Hari Ahad datang lagi. Dan balik malam hari yang sama.
Cuti ni semacam tak ada banyak adventure dan tak banyak mengembara bersama rakan-rakan lah. Gambar pun tak ada banyak. Cuti dah nak habis. Masa untuk menghadap buku dan bangun jam 7 setiap pagi dah makin hampir. Aiseh.
Till then=)
0 comments:
Post a Comment