Cerita Kahwin

Cerita Kahwin

Assalamualaikum

Sebab-sebab tidak update :
1. Cuti di Malaysia lah. Kondisi internet kurang mantap.
2. Sedang menjadi babysitter bertauliah menjaga seorang kanak-kanak setahun setengah yang sedang menghidap chicken pox
3. Malas me-login id dan password blogger.com. Er. Siapa suruh letak alamat email dan password yang hyper panjang. Kan dah malas nak taip.

Er apakah cerita pada entry lepas. Sudah lupa. Anyways, saya sedang babysit untuk Dini. Percayakah? Saya sudah cukup berwibawa woo untuk menjaga seorang kanak-kanak tanpa diobserve oleh seorang dewasa yang lain. Er walaupun tadi kalut bila Dini buat 'kuih'. Nekad untuk ajar Dini lagu Kom Sae Mari maka memainkan lagu tersebut secara berulang kali di laptop ini. Sampai dia sudah pandai lah sebut appa kom, omma kom dan usu usu. Haha. Sudah ada strategi untuk mengalihkan perhatian Dini dari meminta-minta itu ini iaitu dengan meminta-minta pada dia dan menggunakan intonasi yang sama yang dia gunakan. Haha. Sangat terdiamlah dia tengok saya begitu tadi. Dan sangat sibuklah dia melayan saya. Cuba nak mengambilkan semua benda yang saya nak. Haha. Sekarang sedang tidur dengan nyenyak dalam bilik mama, maka saya curi lah sikit masa mengupdate blog.

Di sekitar saya sedang sibuk hal kahwin lah. Hari tu Dina. Er saya sudah kata kah saya 'banjir' dulu sebelum orang lain. Haha. As she held my hand tightly when we were left together before kadi datang dan ambil keterangan dari dia, I thought, that was the last time she will ever hold my hands. Sebab sekarang dia dah ada tangan orang lain yang dia akan pegang seumur hidup dia. Er macam sikit sentimental cerita ini. Anyways, cerita perkahwinan seindah fairytale mestilah goes to cerita Chika. Oh dalam diam saya admit, mana ada perempuan yang taknak dimasuk meminang seindah itu. Er takde la saya tau cerita secara mendalam, tapi dengar summary pun macam sudah teruja. Ok gila best. Apapun congrats lah ye Cik Chika. Jeles secara sangat jeles nih. Haha. Oh cerita jauh-jauh. Dalam bilik saya pun sangat penuh dulang hantaran tahu? Malam tadi teman mama keluar beli barang-barang hantaran. Oh bukan untuk saya. Untuk abang yang bakal nikah 3 minggu lagi. Kak Awin yang dijadualkan hujung tahun ni pun dah sibuk ajak saya tengok barang hantaran dan cincin kahwin. Er. Kahwin di sana sini. Macam sangat seronok lah.

Er saya kahwin? Lambat lagi. Bukan kah dah kena extend. Lain lah kalau secara tiba-tiba dibenarkan kahwin waktu belajar. Tu lain lah.

Er. Nak pergi tengok cincin lagi lah.

Till then.

1 comments:



Chika Chika said...

aik? nama i jugak naik. hahaha.
pening la nak kawen neh.
toink toink.