Seoul Land's Zoo : Checked

Seoul Land's Zoo : Checked

Assalamualaikum

Bila encik Moshitta kata pada saya 2 hari lepas, "Apa kata kita pergi zoo nak? Kat Seoul Land.", hati saya melompat (my heart leapt). Hakikatnya dah berapa zaman entah saya tak ke zoo. Ecece. Padahal baru cuti hari tu ke Taman Buaya melihat buaya sedang separuh mati kekeringan. Lol. Er tapi betul sudah berapa zaman entah tak pergi Seoul Land. Seingat saya, sepanjang 5 tahun, saya baru sekali ke Seoul Land. Waktu zaman muda mentah blur tak tau bahawa jagung bakar di Korea tak sedap langsung. Ehe. Pergi dengan kawan-kawan perempuan pada suatu hujung minggu autumn lalu mengambil gambar super banyak yang entah kat mana telah dicampak.

Anyways, kali ini saya telah lebih mengerti pasal Korea sedikit. Maka jalan pun tak ada blur. Dan kali pertama naik lift tersebut sampai puncak gunung sebelah sana. Di mana encik Moshitta asyik reminded me how high we went up through the hills dan saya asyik kata pada beliau jangan tendang2 tempat pemegang tangan tu sebab saya risau lift tersebut asyik bergoyang. Juga tak berapa berani memandang bawah especially when it was time to descend to the stop. Super curam ok.



Makan roti sambil memandang tasik.


Kami pusing hampir ke seluruh pelusuk zoo. Tapi tak berjaya menjumpai buaya-buaya dan ular-ular. Entah mana entah. While saya macam kept at least a few meters distance between saya dan binatang-binatang tersebut, encik Moshitta macam sangat berani ok ambil gambar binatang secara dekat. Langsung tak takut binatang tersebut cakar ke apa.



Gambar binatang yang diambil secara super dekat.


Bila penat berjalan mencari ular dan buaya tak berjumpa, kami berehat makan roti dan minum peach tea di bawah pokok nan rendang sebelum berjalan semula melihat gajah yang menari bergoyang-goyang dan badak sumbu yang seperti kuih kertas tersebut. Kemudian saya kecewa mencari gorilla tak jumpa sebab tempat tinggal gorilla sedang diupgrade. Encik Moshitta pula lantas ke spot terakhir mencari zirafah. Dalam perjalanan kami berjumpa dengan flamingo yang berkaler cantik macam tudung saya.



Saya kali pertama tahu flamingo adalah berkaler merah oren atau pink, BUKAN putih.



Tengok, saya sama tinggi dengan zirafah belakang tu :D


Balik keletihan lalu saya dan Moshitta sama-sama ponteng badminton =p Encik Moshitta kena rehat banyak sebab hari ini beliau kena bertolak ke Nami before ke Seokcho pada hari Khamis.

***

Karangan Pergi Bercuti Ke Zoo telah tamat. Mari cerita tentang sekolah lagi. Saya telah mendapat B+ untuk ME Lab. Walaupun akan diketuk oleh emak kalau emak tahu, tapi merasa syukur sangat-sangat syukur dapat B+. Kalau dapat B bukankah sangat horror tak tahu nak kata apa. Maka dapat B+ walaupun tak tahu sangat merepek apakah dalam report adalah perkara yang baik tahu. Maka kena bersyukur =).

Sekian untuk hari ini.

Assalamualaikum =)

Here and There

Here and There

Assalamualaikum

Status YM Farini berkata schedule for today = PACKEDTAKTAUNAKSUMBATMANE when she's leisurely browsing facebook and spamming buzz at people in her ym list. Er memang banyak kerja la nak buat sebenarnya. I had been wanting to get a start on my drawings dan berasa separuh menyesal tekan butang scan pagi tadi. Sebab even after nearly 4 hours later pun scan belum siap. Dan still ade 2 looooong hours more to wait. Nak suruh bukak IE ngan Opera pun lambat, apatah lagi nak bukak ProE ngan AutoCad serentak.

I was out early this morning. Halfway to school nak pulang buku, I realized I forgot the CD that goes with one of the books. Malas nak patah balik, saya pulang empat buah dulu dan tinggalkan sebuah. Then went off and check my Engineering Materials marks. Saya rasa sangat sangat sangat bersyukur dengan markah Engineering Materials. 노력한만큼 받을거니까. Isn't that apa diri cakap pada saya waktu mid term lepas.

Pergi tengok 여고괴담 malam tadi. Semua orang pelik kenapa saya sangat suka cerita hantu. Kan Farini penakut. Er apart from the fact that Korean horror movies have very interesting background stories, bagi saya watching horror movies in summer is tradition. Summer dengan horror movies macam sangat sinonim. Mesti mahu tengok. Walaupun 70% masa saya menutup muka dengan kotak popcorn.

Saya baru perasan student Korea tak selalu 인사 professors or T.A lah. Unless they know them. Farini 인사 semua yang kelihatan seperti professors or T.A. Oleh kerana itu toloooonglah prof, jangan pakai tshirt dan converse berjalan sana sini.

Out of words to say. Sangat banyak kerja. Tapi sangat tak tau nak cakap apa.

나 그런 이유로 이기는 게 싫어. 꼭 멋있게 이기고 싶으니까


Assalamualaikum

A Thought

A Thought
Assalamualaikum

Tinggal menanti final presentation Integrated Design hari ni. Satu semester akan habis. Mari mari. Saya buka satu cerita.

Isnin lalu, saya pulang seiringan dengan kawan. Kawan kata pada saya, "난 맨날 눈을 뜨는 순간 돈 고민을 해." (Everyday when I opened my eyes I start worrying about money.) Or something along the line. Saya bukan tengan 암기 시험lah bukan yang kena hafal sebijik-sebijik apa beliau kata. Lalu beliau bertanya pada saya, "너 돈 고민 없어?" (Don't you have any worry about money?) Saya terkedu. "나?" (Me?) was all I had to say before trailing off.

Jangan salah sangka. Kawan itu bukan risau tentang wang sebab beliau ialah seorang yang tamak nak mempunyai banyak harta atau sebab beliau seorang yang boros berbelanja atau sebab beliau seorang yang suka menunjuk kaya ke apa. Tapi sebab beliau memang kesempitan wang. Tahukah student Korea sangat lainlah dari student Malaysia. Kawan itu datang dari kampung jauh dari Seoul. Datang kerana mendapat tawaran belajar di prestigious KU. Waktu pertama kali datang, beliau tak ada siapa di sini. Keluarga di kampung tak cukup kaya untuk menampung yuran sekolah hampir 10 juta won setahun (approximately RM30 000), maka beliau berhempas-pulas belajar untuk mendapatkan scholarship untuk menampung yuran sekolah semester hadapan. Kalau ada satu semester pun short dari CGPA yang ditetapkan boleh menyebabkan beliau hilang scholarship. Sebab scholarship cuma menampung yuran sekolah, maka beliau ambil part time tutoring kids untuk mendapatkan wang belanja bulanan untuk menampung hidup di bandar. Empat tahun di KU, beliau hidup dengan duit usaha sendiri dan titik peluh sendiri. Dari kelas ke part time ke studying to maintain CGPA semata-mata untuk memastikan duit cukup untuk sekadar meneruskan kehidupan.

Jadi bila beliau tanya soalan tersebut saya terdiam. Malu nak menyatakan masalah kewangan Farini cuma apabila beliau tak mampu membeli Nanospeed 9900 atau apabila beliau tak mampu membeli sepuluh helai baju baru dari interpark. Atau apabila beliau tak ada duit nak top up cellphone bila kat Malaysia lalu menagih simpati dari papa.

Saya sangat risau hendak memulakan hidup di Malaysia. Sebab saya rasa sangat cukup sekarang. Tidaklah melimpah-ruah mewah. Tapi cukup untuk saya beli apa saya mahu untuk diri sendiri atau untuk orang lain di sekeliling. Saya betah berjalan kaki ke sana ke mari atau menaiki subway. Kenderaan mudah. Tempat tinggal mudah. Saya harap apabila saya pulang ke Malaysia, akan semudah ini juga. Tolong saya doa agar dipermudahkan ya.

Oh ya. I started writing this this morning, tapi ended up sambung the few last paragraphs after I got home from final presentation and dinner afterwards. Therefore biar saya jadi orang pertama yang wish, tahniah Farini. I survived one heavy semester, though not without much tears. But at least I got through it. Well. Dan saya sangat berasa bangga. Enjoy the bouquet of flowers. Coz I deserved it :)

Assalamualaikum

Perkahwinan Impian

Perkahwinan Impian

Assalamualaikum

Am proud of myself sebab pergi belajar dari pagi sampai petang. Akan mereward diri sendiri dengan sepenuh kasih sayang later. In the meantime harus memblog sebentar. Tengah mood perkahwinanlah bukan? Mari memblog tentang perkahwinan. Pagi tadi nampak sepasang couple Korea berpimpinan tangan selepas breakfast mungkin. Lelaki tersebut berpakaian seragam McDonald. Macam student yang kerja part time baru nak masuk kerja. It was only 9 something masa saya keluar rumah pagi tadi. It got me thinking, saya rasa berkahwin waktu belajar abroad adalah super romantik.

Bayangkan selepas breakfast setiap pagi, berjalan berpimpinan tangan dengan suami untuk menghantar suami ke stesen subway, lepas tu saya sendiri pergi masuk lab untuk meneruskan research untuk master. Waktu lunch tengahari akan saling SMS tanya dah makan ke belum. Waktu petang menanti suami di stesen subway dan akan berjalan pulang bersama dalam hujan berkongsi payung. Ok. Harapan sangat tinggilah bukan. Kalau buat master di Korea jangan mimpi dapat balik bersama suami waktu petang. Masuk lab pukul 9 pagi balik lab pukul 10 malam. Er tapi kalau suami pun balik kerja jam 10 malam boleh apa.

Sebab kedua, kenapakah kahwin lalu tinggal abroad adalah macam sangat romantik. Sebab kamu cuma berdua sahaja. Susah senang akan ditanggung bersama-sama. Akan sama-sama bersusah payah ke kedai dobi untuk membasuh baju kalau mesin basuh rosak, akan sama-sama susah payah menyediakan makanan untuk satu sama lain, sepanjang masa akan sentiasa merisaukan suami sebab duduk di luar negara sangat susah. Aik? Kenapakah perkahwinan dalam angan-angan Farini semua penuh dengan kesusahan ja? Sebab bila susah akan lebih tahu berapa tahankah kamu dengan pasangan. Sebab kesusahan tersebut akan mengeratkan kasih sayang. Bukan kah?

Farini to be honest, tak pernah mengimpikan rumah banglo besar dan kereta import mewah ketika berangan-angan mengenai perkahwinan. In fact saya tak ada such thing as rumah impian pun. Kereta impian ada. Hyundai i30. Ehe. Dan kamu akan kata apakah jenis perempuan yang tak punya rumah impian. Well, saya ialah jenis perempuan yang mencomotkan baju sendiri ketika makan bbq, remember? Kenapakah saya tak punya impian dunia yang tinggi melangit? Sebab saya seorang yang berpijak di bumi nyata. Kalau pukul bola tenis depan mata pun boleh tak kena, what is the chance untuk saya mendapat sesuatu yang saya aim jauh tinggi di atas sana. Farini is bad at estimating benda yang datang dari jauh atau dari atas tahu? Lalu orang kata kalau tak punya impian dunia sampai bila baru boleh berjaya dan meningkatkan taraf hidup. Kita tak perlu impian dunia lah untuk berjaya. Kita cuma perlukan determination untuk memastikan hari ini adalah lebih baik dari hari sebelumnya. Kalau kamu penuh dengan impian itu ini tapi hari ini masih sama dengan semalam, do you really think you will succeed?

Perkahwinan impian saya. Ialah perkahwinan di mana saya dan suami boleh saling membantu dalam hidup yang susah. Ialah perkahwinan di mana kami boleh saling ketawa kerana perkara kecil yang indah selepas bersusah dengan perkara yang besar. Ialah perkahwinan di mana hak bukan suatu persoalan. Ialah perkahwinan di mana saya penuh kasih sayang terhadap suami dan rela berkorban untuk perkahwinan tersebut.

Bila bercerita tentang perkahwinan impian. Saya tidak ada rumah mewah, karier besar, kereta mahal dalam impian tersebut.


Assalamualaikum

Wedding Mood

Wedding Mood

Assalamualaikum



Ok, 소녀시대 boleh berhenti menyanyi sekejap. Sekarang ialah wedding mood. Maka dengan sukacita menghulur lagu di atas untuk dijadikan lagu tema perkahwinan. Padahal bukan perkahwinan saya lah bukan? Eheh. Tapi bukankah lagu tersebut sangat sesuai untuk couple yang sangat sweet macam AlongKakZarith.

Ok Farini kena pergi scan nota.

Sekian

Assalamualaikum

Dup Dap Dup Dap

Dup Dap Dup Dap

Assalamualaikum

Padahal Along dengan Kak Zarith lah yang nak kahwin, bukan? Jadi kenapakah saya yang jantung berdebar berdegup sakan macam saya yang akan dipinang dibelah dua. Oh tak boleh terima. Er bukankah dah kata. Itu tandanya menumpang gembira orang. Farini memang pandai menumpang. Ehe.

Minggu horror bermula sekarang. As if in sekarang. Isnin sampai Jumaat straight. Presentation, presentation, exam, exam dan presentation. Masih belum tahu bagaimanakah minggu hadapan akan berlalu. Tapi saya tahu akan berlalu jua lah. There is no point worrying kan.

Sekarang tengah struggle dengan design note ADM. Nak design ADM tapi Pro E sangat lambat macam tak tau apa. Click open lepas tu tunggu sepuluh minit baru terbukak. Perlu ke tambah 1GB ram lagi. Oh tak perlu. Pergi simpan duit sana untuk belikan Along dengan Kak Zarith hadiah kahwin. Sebut "Along dengan Kak Zarith" macam sangat panjang dan sangat penat ditulis. Maka selepas ini akan menulis sebagai AlongKakZarith. Buleh? :p

Ok dah. Farini pergi buat kerja sana.

Eh eh. Congratz AlongKakZarith :)

Assalamualaikum