Dup Dap Dup Dap

Dup Dap Dup Dap

Assalamualaikum

Padahal Along dengan Kak Zarith lah yang nak kahwin, bukan? Jadi kenapakah saya yang jantung berdebar berdegup sakan macam saya yang akan dipinang dibelah dua. Oh tak boleh terima. Er bukankah dah kata. Itu tandanya menumpang gembira orang. Farini memang pandai menumpang. Ehe.

Minggu horror bermula sekarang. As if in sekarang. Isnin sampai Jumaat straight. Presentation, presentation, exam, exam dan presentation. Masih belum tahu bagaimanakah minggu hadapan akan berlalu. Tapi saya tahu akan berlalu jua lah. There is no point worrying kan.

Sekarang tengah struggle dengan design note ADM. Nak design ADM tapi Pro E sangat lambat macam tak tau apa. Click open lepas tu tunggu sepuluh minit baru terbukak. Perlu ke tambah 1GB ram lagi. Oh tak perlu. Pergi simpan duit sana untuk belikan Along dengan Kak Zarith hadiah kahwin. Sebut "Along dengan Kak Zarith" macam sangat panjang dan sangat penat ditulis. Maka selepas ini akan menulis sebagai AlongKakZarith. Buleh? :p

Ok dah. Farini pergi buat kerja sana.

Eh eh. Congratz AlongKakZarith :)

Assalamualaikum

0 comments: