A Thought

A Thought
Assalamualaikum

Tinggal menanti final presentation Integrated Design hari ni. Satu semester akan habis. Mari mari. Saya buka satu cerita.

Isnin lalu, saya pulang seiringan dengan kawan. Kawan kata pada saya, "난 맨날 눈을 뜨는 순간 돈 고민을 해." (Everyday when I opened my eyes I start worrying about money.) Or something along the line. Saya bukan tengan 암기 시험lah bukan yang kena hafal sebijik-sebijik apa beliau kata. Lalu beliau bertanya pada saya, "너 돈 고민 없어?" (Don't you have any worry about money?) Saya terkedu. "나?" (Me?) was all I had to say before trailing off.

Jangan salah sangka. Kawan itu bukan risau tentang wang sebab beliau ialah seorang yang tamak nak mempunyai banyak harta atau sebab beliau seorang yang boros berbelanja atau sebab beliau seorang yang suka menunjuk kaya ke apa. Tapi sebab beliau memang kesempitan wang. Tahukah student Korea sangat lainlah dari student Malaysia. Kawan itu datang dari kampung jauh dari Seoul. Datang kerana mendapat tawaran belajar di prestigious KU. Waktu pertama kali datang, beliau tak ada siapa di sini. Keluarga di kampung tak cukup kaya untuk menampung yuran sekolah hampir 10 juta won setahun (approximately RM30 000), maka beliau berhempas-pulas belajar untuk mendapatkan scholarship untuk menampung yuran sekolah semester hadapan. Kalau ada satu semester pun short dari CGPA yang ditetapkan boleh menyebabkan beliau hilang scholarship. Sebab scholarship cuma menampung yuran sekolah, maka beliau ambil part time tutoring kids untuk mendapatkan wang belanja bulanan untuk menampung hidup di bandar. Empat tahun di KU, beliau hidup dengan duit usaha sendiri dan titik peluh sendiri. Dari kelas ke part time ke studying to maintain CGPA semata-mata untuk memastikan duit cukup untuk sekadar meneruskan kehidupan.

Jadi bila beliau tanya soalan tersebut saya terdiam. Malu nak menyatakan masalah kewangan Farini cuma apabila beliau tak mampu membeli Nanospeed 9900 atau apabila beliau tak mampu membeli sepuluh helai baju baru dari interpark. Atau apabila beliau tak ada duit nak top up cellphone bila kat Malaysia lalu menagih simpati dari papa.

Saya sangat risau hendak memulakan hidup di Malaysia. Sebab saya rasa sangat cukup sekarang. Tidaklah melimpah-ruah mewah. Tapi cukup untuk saya beli apa saya mahu untuk diri sendiri atau untuk orang lain di sekeliling. Saya betah berjalan kaki ke sana ke mari atau menaiki subway. Kenderaan mudah. Tempat tinggal mudah. Saya harap apabila saya pulang ke Malaysia, akan semudah ini juga. Tolong saya doa agar dipermudahkan ya.

Oh ya. I started writing this this morning, tapi ended up sambung the few last paragraphs after I got home from final presentation and dinner afterwards. Therefore biar saya jadi orang pertama yang wish, tahniah Farini. I survived one heavy semester, though not without much tears. But at least I got through it. Well. Dan saya sangat berasa bangga. Enjoy the bouquet of flowers. Coz I deserved it :)

Assalamualaikum

3 comments:



moshitta said...

한 학기 수고 했슴! =)

Munsyi said...

Salute la kt ur friend. Mmg betul2 gigih utk berjaya.

When you come home bringing back a degree in mechanical engineering, I think life will be easy for you. My bro are finishing his Master in UK and he already got offers from various companies.

Mardhiah S said...

*tepuk2*

well u dont need my help for a logo to finish a sem kan? (lol fine, rasa bersalah tak dpt menolong sebaliknya pergi tgk lady gaga. sorraayy)