Seoul Land's Zoo : Checked

Seoul Land's Zoo : Checked

Assalamualaikum

Bila encik Moshitta kata pada saya 2 hari lepas, "Apa kata kita pergi zoo nak? Kat Seoul Land.", hati saya melompat (my heart leapt). Hakikatnya dah berapa zaman entah saya tak ke zoo. Ecece. Padahal baru cuti hari tu ke Taman Buaya melihat buaya sedang separuh mati kekeringan. Lol. Er tapi betul sudah berapa zaman entah tak pergi Seoul Land. Seingat saya, sepanjang 5 tahun, saya baru sekali ke Seoul Land. Waktu zaman muda mentah blur tak tau bahawa jagung bakar di Korea tak sedap langsung. Ehe. Pergi dengan kawan-kawan perempuan pada suatu hujung minggu autumn lalu mengambil gambar super banyak yang entah kat mana telah dicampak.

Anyways, kali ini saya telah lebih mengerti pasal Korea sedikit. Maka jalan pun tak ada blur. Dan kali pertama naik lift tersebut sampai puncak gunung sebelah sana. Di mana encik Moshitta asyik reminded me how high we went up through the hills dan saya asyik kata pada beliau jangan tendang2 tempat pemegang tangan tu sebab saya risau lift tersebut asyik bergoyang. Juga tak berapa berani memandang bawah especially when it was time to descend to the stop. Super curam ok.



Makan roti sambil memandang tasik.


Kami pusing hampir ke seluruh pelusuk zoo. Tapi tak berjaya menjumpai buaya-buaya dan ular-ular. Entah mana entah. While saya macam kept at least a few meters distance between saya dan binatang-binatang tersebut, encik Moshitta macam sangat berani ok ambil gambar binatang secara dekat. Langsung tak takut binatang tersebut cakar ke apa.



Gambar binatang yang diambil secara super dekat.


Bila penat berjalan mencari ular dan buaya tak berjumpa, kami berehat makan roti dan minum peach tea di bawah pokok nan rendang sebelum berjalan semula melihat gajah yang menari bergoyang-goyang dan badak sumbu yang seperti kuih kertas tersebut. Kemudian saya kecewa mencari gorilla tak jumpa sebab tempat tinggal gorilla sedang diupgrade. Encik Moshitta pula lantas ke spot terakhir mencari zirafah. Dalam perjalanan kami berjumpa dengan flamingo yang berkaler cantik macam tudung saya.



Saya kali pertama tahu flamingo adalah berkaler merah oren atau pink, BUKAN putih.



Tengok, saya sama tinggi dengan zirafah belakang tu :D


Balik keletihan lalu saya dan Moshitta sama-sama ponteng badminton =p Encik Moshitta kena rehat banyak sebab hari ini beliau kena bertolak ke Nami before ke Seokcho pada hari Khamis.

***

Karangan Pergi Bercuti Ke Zoo telah tamat. Mari cerita tentang sekolah lagi. Saya telah mendapat B+ untuk ME Lab. Walaupun akan diketuk oleh emak kalau emak tahu, tapi merasa syukur sangat-sangat syukur dapat B+. Kalau dapat B bukankah sangat horror tak tahu nak kata apa. Maka dapat B+ walaupun tak tahu sangat merepek apakah dalam report adalah perkara yang baik tahu. Maka kena bersyukur =).

Sekian untuk hari ini.

Assalamualaikum =)

0 comments: