Perkahwinan Impian
Assalamualaikum
Am proud of myself sebab pergi belajar dari pagi sampai petang. Akan mereward diri sendiri dengan sepenuh kasih sayang later. In the meantime harus memblog sebentar. Tengah mood perkahwinanlah bukan? Mari memblog tentang perkahwinan. Pagi tadi nampak sepasang couple Korea berpimpinan tangan selepas breakfast mungkin. Lelaki tersebut berpakaian seragam McDonald. Macam student yang kerja part time baru nak masuk kerja. It was only 9 something masa saya keluar rumah pagi tadi. It got me thinking, saya rasa berkahwin waktu belajar abroad adalah super romantik.
Bayangkan selepas breakfast setiap pagi, berjalan berpimpinan tangan dengan suami untuk menghantar suami ke stesen subway, lepas tu saya sendiri pergi masuk lab untuk meneruskan research untuk master. Waktu lunch tengahari akan saling SMS tanya dah makan ke belum. Waktu petang menanti suami di stesen subway dan akan berjalan pulang bersama dalam hujan berkongsi payung. Ok. Harapan sangat tinggilah bukan. Kalau buat master di Korea jangan mimpi dapat balik bersama suami waktu petang. Masuk lab pukul 9 pagi balik lab pukul 10 malam. Er tapi kalau suami pun balik kerja jam 10 malam boleh apa.
Sebab kedua, kenapakah kahwin lalu tinggal abroad adalah macam sangat romantik. Sebab kamu cuma berdua sahaja. Susah senang akan ditanggung bersama-sama. Akan sama-sama bersusah payah ke kedai dobi untuk membasuh baju kalau mesin basuh rosak, akan sama-sama susah payah menyediakan makanan untuk satu sama lain, sepanjang masa akan sentiasa merisaukan suami sebab duduk di luar negara sangat susah. Aik? Kenapakah perkahwinan dalam angan-angan Farini semua penuh dengan kesusahan ja? Sebab bila susah akan lebih tahu berapa tahankah kamu dengan pasangan. Sebab kesusahan tersebut akan mengeratkan kasih sayang. Bukan kah?
Farini to be honest, tak pernah mengimpikan rumah banglo besar dan kereta import mewah ketika berangan-angan mengenai perkahwinan. In fact saya tak ada such thing as rumah impian pun. Kereta impian ada. Hyundai i30. Ehe. Dan kamu akan kata apakah jenis perempuan yang tak punya rumah impian. Well, saya ialah jenis perempuan yang mencomotkan baju sendiri ketika makan bbq, remember? Kenapakah saya tak punya impian dunia yang tinggi melangit? Sebab saya seorang yang berpijak di bumi nyata. Kalau pukul bola tenis depan mata pun boleh tak kena, what is the chance untuk saya mendapat sesuatu yang saya aim jauh tinggi di atas sana. Farini is bad at estimating benda yang datang dari jauh atau dari atas tahu? Lalu orang kata kalau tak punya impian dunia sampai bila baru boleh berjaya dan meningkatkan taraf hidup. Kita tak perlu impian dunia lah untuk berjaya. Kita cuma perlukan determination untuk memastikan hari ini adalah lebih baik dari hari sebelumnya. Kalau kamu penuh dengan impian itu ini tapi hari ini masih sama dengan semalam, do you really think you will succeed?
Perkahwinan impian saya. Ialah perkahwinan di mana saya dan suami boleh saling membantu dalam hidup yang susah. Ialah perkahwinan di mana kami boleh saling ketawa kerana perkara kecil yang indah selepas bersusah dengan perkara yang besar. Ialah perkahwinan di mana hak bukan suatu persoalan. Ialah perkahwinan di mana saya penuh kasih sayang terhadap suami dan rela berkorban untuk perkahwinan tersebut.
Bila bercerita tentang perkahwinan impian. Saya tidak ada rumah mewah, karier besar, kereta mahal dalam impian tersebut.
Assalamualaikum
0 comments:
Post a Comment