Esok Balik

Esok Balik



Assalamualaikum



Apa khabar semua? Ecece. Kali pertama bertanya khabar anda lah bukan? Disebabkan Farini sibuk nak balik sana sini tapi pemalas nak packing, maka akan menulis blog. Aik? Takda kena-mengena. Tapi tak apa. Tulis blog sekarang memandangkan nanti balik Malaysia cuma akan tulis 2-3 biji post. Er tulis panjang sikit. Biar anda baca tak habis-habis.



Um. Cerita hari ini. Hari ini bangun pagi sebab kena pergi pejabat immigration. Sewaktu dalam perjalanan yang sedang jammed telah terlihat sesuatu yang super gross rasa macam nak muntah kat situ jua. Benda gross tak perlu cerita pada anda lah bukan?



Selepas pulang dari pejabat immigration, telah keluar semula untuk ke Mokdong buat gift-wrapping. Ok semua boleh berasa kagum dengan kegigihan saya. Mokdong itu jauh tahu. Di seberang sungai sana. Eceh. Sekarang benda seberang sungai semua kategori jauh. Kenapa sampai Mokdong? Tempat lain tak ada ke? Ada. But not as fine. Farini tak berapa berminat dengan reben-reben yang dah dibuat awal-awal lalu ditampal di atas kotak hadiah. Ataupun kotak-kotak hadiah yang dah ready made. Oh tidak sama sekali. Saya ke Mokdong kerana tahu di situ everything is custom-made mengikut citarasa anda. Pernah cuba gift-wrapping kat I-Park. They charged me 15 000 won tapi wrapping ek ehem. Semenjak itu tak pernah nak gift-wrapping tempat lain. Em tapi tapi tapi. Hari ini telah kecewa. Kedai gift-wrapping tersebut telah tak ada. Berasa blur sekejap tak tahu nak buat apa. Dan kedai yang ganti kedai itu sama saja macam kedai gift-wrapping lain. Or should I say worse. Memandangkan majority of the ribbons are made using tali. Um mungkin lah trend sekarang kan ikat reben pada hadiah guna tali. But hey kalau saya nak ikat reben guna tali, saya boleh beli tali dan ikat sendiri. Macam ikat reben kat tali kasut lah bukan? Saya nak reben sejambak berbentuk bunga besar. Yang tak nampak penyek.



Sebab telah berasa kecewa, telah pergi berjalan dalam Hyundai Department Store. Hey hey. Membawa muka yang macam berlagak kaya tersebut masuk ke dalam Burberry Kids padahal sedang memakai t-shirt dan seluar thai sebab tak mahu kotorkan baju cantik sebelum balik Malaysia. Tengok Who A U tengah sale clearance tapi tak ada nafsu nak beli sebab semua tak cantik. Kemudian ternampak sekumpulan orang ramai berkerumun di tempat special sale Polo Ralph Lauren lalu sibuk mencelah sama. Saja nak tengok murah sangat ke? Tengok papan tanda tertera sales price plus minus 40 000 won to 60 000 won. Em tercekik sekejap. Baju polo je pun. Banyak je baju polo lain yang lagi murah. Oh Farini memang tak akan faham kenapakah orang membeli baju branded yang mahal lah bukan? Akan faham bila saya telah menjadi kaya raya duit tak tau nak buat apa. But in the mean time let's drool over some 6900-won dresses at Seongshin Yodae.



Er ok. Perlu bersiap ke kedai dobi. Jumpa kamu nanti :)



Assalamualaikum

Book Talk

Book Talk

Assalamualaikum


Hari ini cerah. Bangun pagi dan mencapai Boys R Us yang ditinggalkan jam 3 pagi tadi pada mukasurat 189. I have a knack of memorising which page I stop reading coz I hatehatehate having to fold the edge of the storybooks (am madmadmad if anyone ever does it on MY book) and getting bookmarks macam sangat tidak cool. At the least if I have stop to attend to something that need a second and don't want to have to flip through the pages to find the correct page I was reading at, I will pick a photo of anyone and slid it through.


Boys R Us arrived yesterday while I was out playing badminton. Placed an order almost a week ago and since it was ordered from abroad, it took approximately 10 days. I thought it would be here Sunday. Tapi lepas balik dengan penat, I saw a brown package on my desk. Plastered on it was my name with the Kyobo Bookstore logo at the upper left of the sticker. Hati melompat. Sebab tunggu sangat lama after PS I Loathe You Mac lalu. And next on the coming soon list is Alpha Academy on 25th August (howhowhow do I place my order when I'm still in Malaysia?), Charmed and Dangerous on 27th October (yaayyy a perfect way for a break in the midst of studying) and Cliquetionary on November. Er saya tahu itu cerita kanak-kanak but girls' drama are too fun to skip. Isn't that why most of you are clinging to Gossip Girl? Or your best friends, for that matter.

Sebenarnya telah menulis paragraph di atas secara separuh jalan kemudian pergi memasak bihun goreng untuk makan tengahari, menonton Nur Kasih dan keluar mencari barang-barang pulang ke Malaysia. Ehem tidak dilupakan makan aiskrim coklat Baskin Robbins maka sekarang telah haus.

Akan pulang hujung minggu ini. Jumpa kamu yang disayangi di Malaysia ya.

Assalamualaikum =)

Weekend yang Rugi

Weekend yang Rugi



Assalamualaikum



Farini ada P.L.E.N.T.Y of time before group discussion for next week's presentation at one. Our case is related to GM's AUTOnomy. Ok, it was an old case from 2005. Cikgu kata do a case presentation based on 2005 timeframe. So, jangan cakap banyak. By the way, since it is about car designing and such, I find the case pretty bit easy to understand.



Anyways, I am S.U.P.P.O.S.E.D to go somewhere every weekend before I go back to Malaysia. Just so I won't be wasting my time doing nothing at home. But so far the places I went to after I got back from Busan are Songshin Yodae, Tiger Plaza for badminton-playing dan Myeongdong. Itu pun tak akan pergi Myeongdong lagi selama lima tahun atas sebab-sebab tertentu yang orang-orang tertentu sahaja tahu. Kalau kamu tak tahu tak payah tanya sebab memang tak akan bagitahu. Eh eh. Dulu pun Farini pernah berasa tak nak pergi Myeongdong atas sebab-sebab tertentu lah bukan. Dulu dulu punya dulu la. Zaman kami masih muda mentah remaja.



Ok jangan bukak cerita dulu. Sekarang ialah cerita sekarang. Sekarang ceritanya saya nak pergi berjalan-jalan. Patutnya schedule hari ini ialah discussion jam 10. After discussion akan buat brooch-shopping dan ke Songshin Yodae lagi membeli barang-barang lain. Tapi discussion ditolak ke jam 1 petang. Which means seluruh program hari ini telah didelete begitu saja. Kenapa? Sebab discussion jam 1 petang akan habis plus minus jam 5. Brooch-shopping at that hour memang tak mungkin sebab kedai dah tutup. Songshin Yodae, maybe, but sudah sangat lambat macam apa pun tak mahu buat. Imagine having to spend my whole weekend this way. Everyday discussion at 1 bererti everyday tak boleh ada program berciri panjang, contohnya ke Full House yang situated 1 hour away from Seoul. *sigh*. That would mean postponing Full House again. I've been postponing it for like what? 2 years? Duh~



Ok harus pasrah lah bukan. Tak apa tak apa. Discussion lambat bererti boleh leveling Restaurant City. Telah jauh ketinggalan di belakang oleh encik Moshitta memandangkan beliau boleh leveling ketika saya pergi ke kelas Strategic Management pada waktu petang. Tapi pun berharap ada sesuatu yang boleh dibuat. Serius sangat rugi dengan weekend yang cantik tapi stuck di dalam building debating about what an already bankrupted company should have done when they still had the core competencies.



Baik. Get over it and start getting back to case. Ok Farini?



Assalamualaikum

Sudah Dua Tahun

Sudah Dua Tahun

Assalamualaikum

Sudah dua tahun.
Saya bangun sedikit lambat hari itu.
Savoring the freedom of summer break after going through 2 weeks of labor.
Saya habiskan masa menonton drama Korea.
Late lunch was Cheese Rapukki.
Angin Yeoido sangat nyaman.
Sudah dua tahun.

Assalamualaikum

Week 2

Week 2

Assalamualaikum
Hujan. Lebat.

Plan hari ini adalah untuk pergi gift-wrapping. Yay-Farini-suka-pergi-gift-wrapping dicancel dengan rela hati oleh saya sendiri kerana saya lebih tidak rela my shoes get soaked. Er shoes get soaked itu boleh handle lagi lah bukan. Yang tak boleh handle sebenarnya ialah kalau hadiah-hadiah get soaked. Ouch. Maka aktiviti hari ini ialah leveling Restaurant City dan buat kerja rumah. Aik? Begitu pasif. Apa salahnya. Semalam kan sudah aktif.

Semalam bangun awal. Bersemangat pergi bermain badminton dengan kasut baru yang sama dengan Moshitta. Cuma Moshitta punya berjalur biru dan saya berjalur merah. Aik? Biasa la. Lelaki kan biasa kaler biru. Perempuan kan biasa kaler merah. Juga bermain dengan AT 900T Moshitta dan telah terpukul shuttlecock kena muka perempuan Russia tersebut sehingga lebam sebelah pipi. Ayok Farini. Lalu berasa bersalah sampai sekarang. Tanak lah pakai AT lagi. Kuat sangat. Nak pakai Nanospeed 9900 lah. Aik? Aik?

Sewaktu pulang semalam, telah singgah di Baskin Robbins untuk membeli aiskrim bagi mencerahkan sikit hari yang kelam. Serius semalam mendung. Akhir-akhir ini saya macam sangat suka Baskin Robbins padahal sebelum ini berciri siapa-nak-makan-aiskrim-begitu-pekat-makan-aiskrim-kon-McD-lebih-sedap-dan-lembutlah-bukan. Perisa apa saya suka? Saya suka perisa coklat. Ya. Perisa coklat sahaja. Tak ada nama fancy-fancy seperti Almond Bon Bon atau Mum is Alien. Farini memang cuma tahu makan aiskrim coklat. Ataupun aiskrim dalam vanilla luar lime yang boleh didapati di Malaysia bernama Split. Ouch macam mana kah boleh teringat aiskrim dah lama tak makan tersebut.

Oh ya. Selepas membeli semangkuk aiskrim, telah pergi berjalan ke Songshin Yodae atau nama melayunya Universiti Perempuan Songshin. Eh eh. Buat apa jalan ke universiti? Er jalan di luar universiti. Yang mana dipenuhi kedai baju dan kedai kopi comel dan kedai kasut. Dan hari ni baru terfikir kenapa kenapa kenapa saya tak beli but hujan semalam? Kenapa? Kan dah hari ni tak boleh keluar sebab nanti kasut soaked. Ouch.

Eh eh sekejap. Kena buat breakfast kejap.

Assalamualaikum

Weekend Waktu Main

Weekend Waktu Main

Assalamualaikum

Baru pulang main badminton. Eh tipu. Habis main jam satu tadi. Balik lalu berehat sebentar dan solat Zuhur.

Goal for summer : Go to places I would like to go before I leave Korea (that is IF I decide to leave. Kalau tak mahu leave lagi mungkin akan sambung master lah), study berpusing-pusing untuk score for business classes, be good in badminton like veryveryvery good, pre-studying for next semester subjects considering I'll be taking 20 credit hours.

Sekarang mahu keluar bermain-main. Farini langsung tak risau dengan matahari summer yang membakar kulit tahu. Sekarang macam sudah burn habis. Sunblock pun tak ada pakai. Tak best lah sunblock. Dah la bau pun tak berapa sedap.

Tahukah lepas bersusah payah aiming benda yang sangat tinggi lepas tu bila pukul tak kena sangat menyakitkan hati?

Sekian

Assalamualaikum

Summer Vay-Cay 09

Summer Vay-Cay 09

Assalamualaikum

Ok as promised la kan. Here's Busan Post. Saya macam berpendapat ramai orang telah ke tempat yang berair pada weekend yang sama. Sebab selepas kami (that is Moshitta, Hadi and me) balik dari Busan, status and pictures on facebook macam sangat banyak tentang piknik and such.

Busan is not spontaneous. We talked about going since the start of the semester. Walaupun begitu, kami pergi without plans. I mean, tak ada survey-survey apa yang best kat Busan, tak ada went through naver cari hotel paling murah, tak ada tak ada. Kami dengan muka selamba, bangun pagi, pack beg dan pergi. Saya dah duduk dalam train baru bagitau Zatul saya ke Busan. See, sangat cool pergi bercuti tanpa planning.

Sebenarnya tujuan utama ke Busan ialah untuk try this thing.


Ini ialah KTX. Train paling laju in Korea. Fastest speed may reach above 300km/h kot. Dan hey, Farini kali pertama naik train tahu. Maksud saya betul-betul as if in keretapi. Komuter tak masuk campur. Er tapi KTX tak macam berapa keretapi sangat kot.

Busan is located at pantai timur, south of semenanjung Korea. It took three hours to reach destination. Jam pertama kami berborak dengan gembira. Jam kedua kami tidur sebab dah tak tau nak borak apa. Jam ketiga kami berborak gembira balik semula. Then they finally announce that we arrived at the destination.


Em nampak ke construction belakang tu. Bila saya naik dari platform, benda pertama yang saya see around me are cranes and cranes and cranes. Tengah upgrading kot station tu. Anyways, sebab kami datang tanpa room reservation pada hari Sabtu, maka kami berjalan ke sana ke mari for a few hours gak kot finding hotel yang tak full. Tapi entah kenapa, hotel mahal harga 300 000 won ke atas semua full. Ramai sungguh orang kaya datang bercuti. Hotel murah? Oh pun full juga. Yang tak full ialah hotel harga sederhana.

Lepas penat berjalan dalam terik mentari, time untuk makan. As well known, nama pun pantai kan. Kedai seafood berterabur di sana sini. Oh sekarang bila tengok balik gambar Maeun Tang tersebut, rasa nak pergi Busan balik semula. Kalau dapat makan Maeun Tang hari-hari, masuk Busan University pun sanggup. Ok Farini separuh tipu. Tak mungkin sanggup lah bukan?


Maeun Tang = ikan + cendawan + sayur + tauhu + serbuk lada merah + lada hijau pedas + air. Boil all together dan dapat lah Maeun Tang. Tadaaa. Oh tapi jangan cuba dengan lada merah Malaysia. Nanti tak tahu akan berasa apakah. Lada Korea ada rasa lain sikit lah. Er dan oh ya. Tak payah susah payah mentumis bawang ke lada boh bagai. Letak semua dalam kuali dan rebus. See, tak ada minyak dan kurang kolesterol. Bukan kah sihat?


Dan tidak dilupa juga makan bersama ikan bakar dan banchan lain. Yang berkaler merah di sebelah bawah kiri tersebut bernama kimchi. Hadi sentuh sikit tapi beliau decide tak berapa sedap. Sebelah atas ikan tersebut ada siput sedut yang kecik. Juga ada udang yang dicelur dan jagung+mayonis yang sedap. Er kim ja tak ada lah bukan?


Lepas makan memulakan aktiviti jalan di persisiran pantai. Zai zai zai zai. Jalan sikit ja lepas tu naik atas bila nampak Busan Aquarium. Oh serius sebelum bukak tourist map yang didapati di stesen Busan tersebut, none of us teringat yang Busan ada Aquarium. Tapi sebab dah petang and banyak show pun dah habis, kami pergi main 3D simulation ride.


Ehem. Muka gembira sebelum ride. Ride tersebut macam sangat mencabar kewibawaan jantung saya. I was thinking it was at least macam the one at Lotte World. Dahsyat, tapi tak ada lah sampai jantung nak berterabur ke apa. Oh tapi ini serius dahsyat. Before masuk we were saying something along the lines of "10 minit je ke main ni." Waktu naik saya macam berasa 10 minit sangat lama dan oh bila lah nak habis. Sangat letih berpaut pada pemegang tangan yang besar tersebut dan dicampak ke sana ke mari dan dikejar dinosaur lalu berlari meredah semak terlanggar batu dan sebagainya.


Waktu malam kami ke Gwangalli Beach. Er survey pantai lain pulak. Busan banyak pantailah. The famous one is Haeundae Beach, tempat kami menginap. Then there is this beach. Famous sebab jambatan belakang itu sangat cantik pada waktu malam. Dan saya personally prefer beach ni dari Haeundae. Reason is kat beach ni tak ada orang bawak anjing jalan-jalan. Ehe. Er tapi beach ini sangat jauh dari subway station. Kaki macam nak berpatah-belah dengan badan sebab jalan jauh.


Kat tengah-tengah dua bangunan tersebut kan ada sebiji benda berlampu dan berbentuk hampir pyramid kan. That is mainan kapal yang ada kat theme park selalunya. Cuma kat sini not really a theme park. Lebih macam funfair. Tak ada entrance fee, just bayar for rides. And location pun macam a bit funfair-ish. Tapi mainan sama horror dengan theme park. Lama plak tu each ride. Sebab kami semua exhausted, none of us took any. Farini kalau tak exhausted pun memang tak akan naik lah.

Next day to aquarium. Melihat penguin dan ikan-ikan. Juga ular laut dan belut dan macam-macam lagi. Berjumpa piranha yang bermuka selamba tapi sebenarnya ganas. Juga Dori dan Nemo. Rupa-rupanya clownfish sangat kecik. Kecik secara sangat dan macam tak berapa puas diambil gambar. Dori at least macam besar sket dan ya betul sangat berkaler biru dan kuning. Tengok pekerja-pekerja membagi makan kepada ikan-ikan. Juga tengok magic show yang macam Farini naturally mencari cara tipu helah tersebut.


Kelihatan encik Moshitta dan encik Hadi begitu tekun melihat jerung. Aquarium ni banyak jerung lah tapi. Jerung tersebut berenang dengan aman damai je dengan ikan-ikan besar yang lain. Oh ada 2-3 ekor ikan yang sama besar dengan jerung tersebut.

Keluar ke kedai souvenir. And found the exact same gelang kaki yang Gu JunPyo bagi pada Keum JanDi time diorang pergi New Caledonia. Apparently gelang kaki tersebut ada sharks' tooth on it. Farini TIDAK beli gelang tersebut. Maka tak perlu bersusah-payah merebut siapa nak dapat.

Ok dah cukup panjang dan dah puas hati. Saya kena start buat homework yang due today pulak sebab pukul 11.00 nak main badminton. Sebelum itu akan post gambar seekor ikan dulu.


Sekian

Assalamualaikum

1st Week of Summer Semester

1st Week of Summer Semester

Assalamualaikum

Current location : Hana Square's Study Group Room

Will blog about Busan a bit later. When I finished today's 2 quizzes and homeworks.

Assalamualaikum