Week 2

Week 2

Assalamualaikum
Hujan. Lebat.

Plan hari ini adalah untuk pergi gift-wrapping. Yay-Farini-suka-pergi-gift-wrapping dicancel dengan rela hati oleh saya sendiri kerana saya lebih tidak rela my shoes get soaked. Er shoes get soaked itu boleh handle lagi lah bukan. Yang tak boleh handle sebenarnya ialah kalau hadiah-hadiah get soaked. Ouch. Maka aktiviti hari ini ialah leveling Restaurant City dan buat kerja rumah. Aik? Begitu pasif. Apa salahnya. Semalam kan sudah aktif.

Semalam bangun awal. Bersemangat pergi bermain badminton dengan kasut baru yang sama dengan Moshitta. Cuma Moshitta punya berjalur biru dan saya berjalur merah. Aik? Biasa la. Lelaki kan biasa kaler biru. Perempuan kan biasa kaler merah. Juga bermain dengan AT 900T Moshitta dan telah terpukul shuttlecock kena muka perempuan Russia tersebut sehingga lebam sebelah pipi. Ayok Farini. Lalu berasa bersalah sampai sekarang. Tanak lah pakai AT lagi. Kuat sangat. Nak pakai Nanospeed 9900 lah. Aik? Aik?

Sewaktu pulang semalam, telah singgah di Baskin Robbins untuk membeli aiskrim bagi mencerahkan sikit hari yang kelam. Serius semalam mendung. Akhir-akhir ini saya macam sangat suka Baskin Robbins padahal sebelum ini berciri siapa-nak-makan-aiskrim-begitu-pekat-makan-aiskrim-kon-McD-lebih-sedap-dan-lembutlah-bukan. Perisa apa saya suka? Saya suka perisa coklat. Ya. Perisa coklat sahaja. Tak ada nama fancy-fancy seperti Almond Bon Bon atau Mum is Alien. Farini memang cuma tahu makan aiskrim coklat. Ataupun aiskrim dalam vanilla luar lime yang boleh didapati di Malaysia bernama Split. Ouch macam mana kah boleh teringat aiskrim dah lama tak makan tersebut.

Oh ya. Selepas membeli semangkuk aiskrim, telah pergi berjalan ke Songshin Yodae atau nama melayunya Universiti Perempuan Songshin. Eh eh. Buat apa jalan ke universiti? Er jalan di luar universiti. Yang mana dipenuhi kedai baju dan kedai kopi comel dan kedai kasut. Dan hari ni baru terfikir kenapa kenapa kenapa saya tak beli but hujan semalam? Kenapa? Kan dah hari ni tak boleh keluar sebab nanti kasut soaked. Ouch.

Eh eh sekejap. Kena buat breakfast kejap.

Assalamualaikum

0 comments: