Esok Balik
Assalamualaikum
Apa khabar semua? Ecece. Kali pertama bertanya khabar anda lah bukan? Disebabkan Farini sibuk nak balik sana sini tapi pemalas nak packing, maka akan menulis blog. Aik? Takda kena-mengena. Tapi tak apa. Tulis blog sekarang memandangkan nanti balik Malaysia cuma akan tulis 2-3 biji post. Er tulis panjang sikit. Biar anda baca tak habis-habis.
Um. Cerita hari ini. Hari ini bangun pagi sebab kena pergi pejabat immigration. Sewaktu dalam perjalanan yang sedang jammed telah terlihat sesuatu yang super gross rasa macam nak muntah kat situ jua. Benda gross tak perlu cerita pada anda lah bukan?
Selepas pulang dari pejabat immigration, telah keluar semula untuk ke Mokdong buat gift-wrapping. Ok semua boleh berasa kagum dengan kegigihan saya. Mokdong itu jauh tahu. Di seberang sungai sana. Eceh. Sekarang benda seberang sungai semua kategori jauh. Kenapa sampai Mokdong? Tempat lain tak ada ke? Ada. But not as fine. Farini tak berapa berminat dengan reben-reben yang dah dibuat awal-awal lalu ditampal di atas kotak hadiah. Ataupun kotak-kotak hadiah yang dah ready made. Oh tidak sama sekali. Saya ke Mokdong kerana tahu di situ everything is custom-made mengikut citarasa anda. Pernah cuba gift-wrapping kat I-Park. They charged me 15 000 won tapi wrapping ek ehem. Semenjak itu tak pernah nak gift-wrapping tempat lain. Em tapi tapi tapi. Hari ini telah kecewa. Kedai gift-wrapping tersebut telah tak ada. Berasa blur sekejap tak tahu nak buat apa. Dan kedai yang ganti kedai itu sama saja macam kedai gift-wrapping lain. Or should I say worse. Memandangkan majority of the ribbons are made using tali. Um mungkin lah trend sekarang kan ikat reben pada hadiah guna tali. But hey kalau saya nak ikat reben guna tali, saya boleh beli tali dan ikat sendiri. Macam ikat reben kat tali kasut lah bukan? Saya nak reben sejambak berbentuk bunga besar. Yang tak nampak penyek.
Sebab telah berasa kecewa, telah pergi berjalan dalam Hyundai Department Store. Hey hey. Membawa muka yang macam berlagak kaya tersebut masuk ke dalam Burberry Kids padahal sedang memakai t-shirt dan seluar thai sebab tak mahu kotorkan baju cantik sebelum balik Malaysia. Tengok Who A U tengah sale clearance tapi tak ada nafsu nak beli sebab semua tak cantik. Kemudian ternampak sekumpulan orang ramai berkerumun di tempat special sale Polo Ralph Lauren lalu sibuk mencelah sama. Saja nak tengok murah sangat ke? Tengok papan tanda tertera sales price plus minus 40 000 won to 60 000 won. Em tercekik sekejap. Baju polo je pun. Banyak je baju polo lain yang lagi murah. Oh Farini memang tak akan faham kenapakah orang membeli baju branded yang mahal lah bukan? Akan faham bila saya telah menjadi kaya raya duit tak tau nak buat apa. But in the mean time let's drool over some 6900-won dresses at Seongshin Yodae.
Er ok. Perlu bersiap ke kedai dobi. Jumpa kamu nanti :)
Assalamualaikum
0 comments:
Post a Comment