Ini dan Itu

Assalamualaikum

Farini buat hal lagi. Beliau lapar tapi tak nak makan sebab di mata beliau semua makanan macam tak sedap. Entah apakah yang tak kena pun tak tau. Oh tapi mungkin selepas dapat wallet pierre cardin berwarna oren hitam yang dijual di hyundai department store tersebut akan berasa macam nak makan. Eh tidak. Ayat ini bukan bertujuan membagi hint kat orang lain supaya membelikan saya wallet tersebut. Farini ialah seorang yang berdikari dan tahu menggunakan duit sendiri untuk membeli barang.

Officially tinggal 2 hari untuk buat mesin kopi tersebut. 2 hari. Kumpulan kami baru nak terkial-kial membeli barang tadi. Dan akan berusaha buat esok hari. Oh tak payah tanya sempat ke siap menjelang minggu depan. Saya tak tau kumpulan lain macam mana. Tutup mata dan jalan saja lah bukan.

Ahad lepas telah ke annual dinner. Annual dinner seperti juga tahun-tahun sudah, macam adalah acara yang tak berapa signifikan pada saya. Datang untuk makan saja, bukan? Eh tapi berbanding tahun lepas, tahun ni tak ada selera pun nak makan. Macam bersemangat ambil makanan berpinggan-pinggan pastu hidang kepada teman semeja. Farini makan tak seberapa.

Telah habis membaca extras by scott westerfeld pada hari isnin. Terima kasih kepada encik Moshitta yang telah berusaha mencari buku tersebut. Dan terima kasih juga sweater polham yang lawa tersebut. Sekarang tengah menanti dengan sabar untuk charmed and dangerous sampai ke muka pintu.

Farini sangat ingin La Bri. Sebab telah kecewa berapa puluh kali. Ok. Yang ini ialah hint *wink*.

Assalamualaikum

0 comments: