Tuesday of Week 15

Assalamualaikum

Tak payah menafikan lah bukan. Farini memang high maintenance woman (woman?). Eheh. In a sense that saya makan good food, cuma pakai baju kurung yang dibuat oleh emak, dan membaca buku secara memilih-milih iaitu tidak membaca sama sekali buku pilihan ramai seperti twilight. Saya jarang mahu sesuatu. Tapi kalau sekali nak terus yang mahal. Misalnya seumur hidup tak pernah kata nak beli kereta. Tapi sekali nak beli cuma nak Hyundai i30 =p. Nothing less. Nothing more. Er tak payah bagitau contoh lain kenapa saya kata saya high maintenance tapi sungguhpun begitu, saya tahu maintain diri sendiri. Dalam erti kata lain tak ada pergi mintak orang lain beli kan.

Tapi bagaimana pula dengan high maintenance KIT? KIT yang kalau tak digilap tayarnya dengan tisu lembap langsung tak mahu naik bukit? Jojang atau juga dikenali sebagai ketua kumpulan berkata nama KIT tersebut ialah Ferrari. Patutlah high maintenance. Tunggu lah hari pertandingan nanti. Jangan kata tisu lembap, saya beli tisu dettol siap hand sanitizer nanti buat lap tayar. Kalau tak naik gak bukit tak tau lah.

Oh abaikan. Menjelang hari pertandingan ni ada macam sikit tak tahu apa telah terjadi. Lagi-lagi bila dapat tahu Jumaat ni kena submit segala document Abeek. Eh eh. Ada masa lagi tulis blog? Jangan kata tulis blog. Sudah habis tengok 9 Ends 2 Out dan sedang tengok episod ke 7 Cinderella Man :D. Ok tipu saja. Farini cuma tengok episod 5 hingga 9 (kot) 9 Ends 2 Out dan terus melompat ke episod 16 untuk ending. Lagu di bawah ialah OST cerita tersebut. Kan dah kata sangat suka lagu yang meningkatkan semangat. Pergi bersemangat sekarang juga.

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum

0 comments: