Cerita Kelakar

Cerita Kelakar

Assalamualaikum

Kerana saya tak ada ape nak dibuat, mari mendengar cerita kelakar saya.

Kan hari tu saya cerita pasal saya jumpa Khai kan? Balik tu saya sampai Kajang dah nak maghrib. So Alin suruh saya solat maghrib di stesen Kajang dulu kemudian Alin amek.

Dalam perjalanan pulang, kami bersama-sama menyanyi-nyanyi ria mengikuti lagu Ada Cinta by Acha Septriasa dan Irwansyah. Tiba-tiba Alin jadi kaget. Katanya kereta terasa makin berat. Lantas Alin matikan radio dan air-cond dan halakan kereta ke bahu jalan, just in time untuk kereta itu mati. Oh ya, buat pengetahuan anda, kereta Alin ialah kereta AT atau dalam bahasa pasarnya kereta auto. Alin try start2, tak boleh-boleh gak. Kerana jalan itu gelap, confirm la kitorang dua orang anak dara ni kalut kan? Alin call sesiapa di rumah and diorang suruh Alin check whether gear ade kat parking ke before try untuk start engine. Alin pun free kan gear ke P dan try start engine balik. Alhamdulillah, lega. Engine boleh start dan kami teruskan perjalanan.

Waktu tu baru Alin perasan yang lampu alert untuk minyak tu dah lip lap dah. Sebenarnya saya dah perasan dari stesen tadi, tapi saya diam jek. Bukan kereta saya, mana la saya tau =p

Sepanjang perjalanan tu, saya kata pada Alin jangan banyak brek supaya penggunaan minyak dapat dioptimumkan dan kami akan berjaya sampai ke stesen minyak dengan jayanya. Tapi kami tak sempat kejar lampu isyarat maka terpaksa tunggu satu round lagi sekali untuk lampu isyarat bertukar hijau. Tiba-tiba kereta bergetar sedikit. Saya pandang Alin. Alin pandang saya. Senyap. Kereta bergetar lagi. Saya tanya Alin, "Kenapa macam......," tak sempat habis soalan saya, engine kereta mati lagi. Try-try start tak boleh gak. Alin call sesiapa di rumah suruh segera sampai. Last2 Abg Ail and papa datang tolong tolak kereta tu ke tepi sementara tunggu Farid beli minyak untuk diisi.

Begitulah kisah kami berdua, anak tokey minyak yang kereta takde minyak! Hahaha.

Fakta kelakar 1 - Time kereta berenti kat lampu isyarat tu, datang dua orang lelaki yang nak tolong kitorang, tapi dia tengok minyak takde dan Alin terus kata kejap lagi papa nak sampai. Kata Alin lepas tu, "Hish, buat malu jek. Mesti dia kata 'awek ni muka jek cun, kereta takde minyak'." Nasib baek saya takde la cun so kalau kereta mati tengah jalan sebab takde minyak, confirm tak malu sangat. Hahaha!

Fakta kelakar 2 - Waktu kereta berenti tengah jalan tu, saya dan Alin kalut mencari kat mana nak bukak lampu emergency. Ye la, time blaja dulu ade atas stereng so kitorang pun meraba2 la keliling stereng tu carik mana2 suis yang boleh ditekan. Abes wiper sume terbukak. Saya siap bukak manual kereta tu nak cari kedudukan suis lampu emergency. Padahal suis tu ade kat tempat control air cond jek. Hahaha!

Fakta kelakar 3 - Dalam kekalutan tak boleh nak start engine tu, Alin suruh saya gali dalam dashbox kereta, cari no telefon tow truck, nak suh tarik kereta tu ke tepi. Hahaha!

Fakta kelakar 4 - Sepanjang2 tunggu papa sampai tu, kitorang kena keluar kan sebelah tangan sambil bagi isyarat kat kereta belakang suruh jalan dulu kalau lampu isyarat dah hijau. Hahaha!

Nanti bila saya dah ade kereta kan, insya Allah saya berazam nak alert sungguh2 tentang paras minyak petrol yang tinggal dalam kereta saya supaya saya tidak menghadapi masalah seperti ini pada masa akan datang =p

Till then =)

3 comments:



GadiS HebaT said...
This comment has been removed by the author.
GadiS HebaT said...

ya rabbi anak tokei minyak nih~~
tergelak guling2 aku baca la wei!
mmg kaluttt sungguh...

kat msia lagi??
bile nk jmpe ko nih??
bracelet aku mane?
ishh3...

Anonymous said...

hahahahahahahhhhhhhhhhhhhh

klako lah tu eh??

lepas ni aku dah kaya nak beli keta yang minyaknya tak boleh abis