KL!

KL!

Assalamualaikum

Lama tak update kan? Hurm.. meh cerita. Hari tu saya gi KL uruskan pasal RC saya yang hilang tu. Hari Rabu tu saya ke Seremban before ke Chow Kit, jumpa Eff and amek balik report polis saya pada dia. Dah lame tak jalan kat Chow Kit. Lepak2 kedai parents Eff then Eff bawak kitorang gi makan kat kedai yang bes. Makan rojak and air kelapa. Punya la saya tak biasa dengan panas KL sampai muke jadi merah gelap. Hangus terbakar. Ni betul2 sunburn ni. Haha =)

Khamis saya ke Korea Embassy di Malaysia. Ok. Saya ada sikit rasa terkilan kat sini. Waktu on the way dalam kereta, Alin suruh saya call ke sana tanya jalan nak pergi since kitorang tak berapa tau sangat. Dan walaupun saya tahu saya ada kat Malaysia, bila saya call ke embassy korea, saya expect layanan yang sama dengan layanan yang saya dapat kalau saya pergi membuat apa2 urusan rasmi di korea, walaupun cuma urusan bayar bil di bank. Lalu saya call. Let's just say saya memang tergamam bila perempuan yang jawab tu jawab panggilan endah tak endah je. Dah la at the end takde greetings ke apa. Seketika saya diam dalam kereta, saya fikir tak mungkin yang jawab tu orang korea. Sebab pertama english tu bukan american english with slangs cam korean slalu cakap dan sebab kedua korean jarang2 berbuat begitu pada guests. Dan bila kami sampai ke sana, di pejabat consular ade seorang perempuan korea dan seorang perempuan india yang jaga. Perempuan india tu tegur kami dengan cara yang agak uhm... malas nak cakap lebih2. Just that boleh tau la standard orang Malaysia camne kalau kena kerja layan orang. But then again, be nice sket bleh tak. Lagi2 kita sesama Malaysian. Takkan layan foreigners yang nak buat visa tu bleh layan elok2, kitorang yang Melayu ni layan cam hampeh. Malu la sket apa orang kata. Kalau pun awak tak terfikir nak jaga nama baik Malaysia dengan sopan santun bila melayan tetamu, jaga la nama korea tu haa. Geleng kepala.

Jumaat. Alin hantar saya awal ke stesen komuter. Ada sejam 15 minit lagi before waktu temujanji saya dengan Khai. Noticing that saya tak potong kuku lagi, saya decide nak lari jap ke Midvalley untuk beli sepit kuku. Tak sopan rasanya jumpa orang dengan kuku panjang. Tapi saya silap kira lagi sekali. Tren komuter masih lagi bukan antara pengangkutan terpenting di Malaysia ni. Dan oleh kerana itu kalau gap antara tren ialah 40 minit pun bukan perkara besar bagi rakyat jelata. Waktu itu saya dah rasa nak guling2 atas stesen tu. Saya benci lambat bila dah janji. Tak suka! Tapi nak komen banyak pun tak boleh. Baekla. Next time saya balik Malaysia, saya akan pastikan saya dah ade kereta sendiri untuk drive. Senang. Huh~ Dan satu lagi, korang kan bila masuk highway kan ada papan tanda besar2 tulis "IKUT KIRI KECUALI MEMOTONG" kan? Tau tak it goes the same with escalator? Kalau tanak dok seblah kiri betul2 pun, kosong kan la ruang seblah tu lagi untuk orang lain lalu. Sebab there are people yang takde masa nak bercinta kat escalator macam korang. Haa~ Marah betul saya. Dan that day sebab saya takde masa menunggu diorang bercinta kat belakang diorang, saya lalu jek tengah2 antara diorang. Haha~ Tak kisah la nak kata saya apa =p

Ok2. Anyway, kluar dengan Khai was fabulous. Bes sangat sebab saya menang daytona ngan basketball kat game arcade tu walaupun kalah teruk kat boling. Haha~ Khai terer gile. Siryes. Late lunch was at kenny. Then saya hurried balik sebab mama dah sampai. Dan oh ya, was the first time Moshitta bawak saya jalan2 kat Seremban naik kereta =p

to be continued....

1 comments:



Anonymous said...

ade episod lg satu ke?? o.O sambung2