Sedu
Assalamualaikum
Sejak pagi tadi. Sampai penat-penat. Esok kuiz Physics. Sangat malas mahu baca buku. Sangat mahu makan rotiboy. Sape suruh Zatul kasik semalam. Kan dah. Esok mesti mahu pergi Wangshimni membeli rotiboy. Gigih kan?
Tak sabar nak habis semester dan semua exam2 dan term project. Kemudian boleh cuti dan memulakan kelas intensif bahasa inggeris. Ye la. 1119 saya time SPM dulu dapat 2. Bukan mcm Kiki yang dapat 1. Mesti la berusaha keras untuk menghadapi TOEFL. Haha. Padahal belum merancang lagi nak amek TOEFL bila.
Saya semacam bakal suka cuti ini. Sebab campus semacam akan kosong. Summer class pun semacam tak banyak di Igongdae. Makanya boleh menjajah sekolah dengan sesuka hati. Hooraayyy~ Boleh bermain tenis sampai sakit tangan. Sejak bila saya maen tenis? Er.. sejak 2 hari lepas. Mula-mula datang tengok orang maen. Pastu merompak raket orang dan bermain sesuka hati. Serve.. er.. tak lepas. Haha. Kena diri separuh court baru boleh lepas. Dan kemudian sangat gian lah mahu bermain. Sudah mahu beli raket wilson kaler pink. Oh. Bukan kerana saya suka pink. Tapi sebab grip size kaler purple tu sangat besar untuk perempuan.
Minggu ni dan minggu depan akan agak busy. Maka mungkin takde update. Pergi baca blog laen dulu ok?
Till then =)
0 comments:
Post a Comment