Masak dan Belajar

Masak dan Belajar

Assalamualaikum

Dah seminggu berlalu. Periuk saya masih berbau nasi ayam =D

Picture taken masa open house hari tu. Menu soto dan nasi ayam. Nasi ayam walau dimasak dua round masih tak cukup. Er invitation kedua untuk yang tidak sempat menjamah hidangan akan diedar sebaik sahaja stok sampai. Sekian terima kasih =)

Orang sangat pelik kenapakah saya sangat suka bertungkus-lumus memasak di dapur untuk menjamu orang lain. Walau saya terpaksa jalan kaki ke pasar membeli barang atau memasak semua hidangan seorang diri, saya masih rajin juga. Er kerana saya rasa gembira orang boleh memakan masakan saya tanpa rasa sakit perut pada keesokan hari. Ia menambahkan keyakinan saya untuk memasak. Haha.

Tapi tahukah? Saya sebenarnya masih seorang beginner dalam bidang masakan. Walaupun saya sangat eligible untuk memasak the whole course of makanan raya such as rendang, lodeh, sambal goreng, kuah kacang, tempe masak kicap, sambal udang etc. saya masih seorang beginner lah. Mama masih tak benarkan saya memasak untuk tetamu, walaupun tetamu itu cuma Moshitta yang dah puas makan masakan saya di sini. Rahsianya? Makanan tersebut semua, walaupun nampak macam sangat grand, sebenarnya diajar memasak kepada saya dengan cara yang paling mudah. Kiranya the straightest simplest ways that will give the same taste as the original ones. Sebab itu kalau suruh saya auta masakan saya tak tahu. Saya akan follow sebijik2 instruction tersebut. Dan tak ada tukar satu pun bahan. Kalau saya tak ada bahan tersebut, saya akan skip. Tak ada main ganti dengan bahan lain.

Kali pertama saya pull a stunt. Waktu masak pulut kuning untuk majlis khatam hari tu. Er Farini memang suka masak makanan yang nampak grand lah. Taknak kalah tu. Haha. Saya beranikan diri take a risk masak pulut tersebut dengan rice cooker. Walaupun mak Zatul kata kalau dengan rice cooker ade possibility untuk tak jadi. Mama sendiri pun tak berapa setuju nak benarkan saya masak dengan rice cooker. It was indeed my first time to ever cook a pulut. I told Mama it was urgent. I don't have much time to steam it because it was already near Maghrib. So I took careful instructions to the minute details and pull it off. Alhamdulillah, pulut menjadi. Hey hey. Farini sudah naik pangkat tahu. Sudah pandai masak pulut dengan rice cooker. Haha.

Er enough lah cerita makanan. Mari cerita lain.

Er oh ya. Periuk besar itu adalah periuk kukus yang saya baru beli. Asyik di-eyeing oleh Timi, katanya nak buat nasi lemak kukus.

Cerita lain lah. Er, hari ini hari Jumaat. 2 hari lepas saya berperang dengan Kimia. Alhamdulillah usaha saya berbalas. Saya suka Kimia. Dan saya suka T.A Kimia saya (T.A Kimia saya perempuan, ok) sebab beliau baik dengan saya. Adakah kerana saya memang selalu berpura-pura seperti pelajar baik yang cemerlang di hadapan mana2 Professor atau T.A? Anyways, walaupun saya suka Kimia tapi saya tetap tak suka bahan Kimia lah. Haha. Hari tu kami bermain dengan Potassium Hydroxide tahu? Seboleh-boleh saya tak mahu cuit benda itu dengan tangan. Sepanjang masa saya ada polyglove bersama saya. Dan saya langsung tak ada meng-handle asid hidroklorik waktu lab.

Kamu.
Entah kali keberapa lagi harus kujelaskan.
Bukankah kita dah mengucapkan selamat tinggal.
Kiriman email dan sms yang kuterima, kau kata mahu kita ketemu.
Untuk apa lagi?
Waktu kita ucapkan selamat tinggal, kan kita dah saling tersenyum.
Walau aku katakan aku akan merinduimu tak pernah bermaksud aku inginkan pertemuan ini.
Kenapa kamu masih tak mahu melepaskan ku.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Oh Fizik.
우리 그만 하자면 안 될까?
/mode baru lepas dipanggil tutoring Fizik. *sigh.

1 comments:



`Ammar Muhd said...

wah sudah upgrade masakan. bila nak kasi org sini test?nak jugak merasa kan~hehe