Bear With It
Assalamualaikum
Nak baca buku Kimia tapi belum ada mood. Nak keluar makan tapi tak tau nak makan apa. Nak keluar jalan-jalan, tapi sejuk. Saya tak suka sendiri. Kerana sendirian macam sangat.. er.. sunyi. Saya suka being around people. Even when we speak nothing and do nothing, the mere presence of other person macam cukup kot.
Akhir-akhir ni sangat sejuk. Dan saya macam dah sangat kurus. Makin kurus. Jangan tanya kenapalah. Not as if saya tak berusaha untuk gemuk. Er well admittedly waktu makan memang langsung tak terjaga. Makan cuma waktu rajin. Waktu malas makan kerepek sudah. Tapi saya telah melancarkan satu polisi baru. Iaitu menaiki elevator sepanjang masa. Haha.
Kalau anda ialah seorang pelajar anda tahu signifikannya polisi tersebut dalam kehidupan seharian. Menaiki elevator adalah penting sebab saya tak mahu membakar lemak mendaki tangga lah. Lagi-lagi bangunan zaman sekarang ni memang dahsyat. Jarak satu tingkat dengan satu tingkat tinggi bagai nak rak. Kalau panjat dari tingkat 1 sampai 4 boleh patah lutut. Jangan kata panjat Innovation Hall tu, dari Hana Square ke ground floor pun sekarang saya naik elevator ja. Tangga Hana Square tu tinggi woo. Lagi-lagi tangga dari Hana Square menghala ke main gate Science Campus. Kalau panjat tu, tahulah nanti kenapa universiti dinamakan menara gading. Wuwuwu.
By the way, saya pernah tanya cikgu kenapa universiti mesti di kawasan berbukit-bukau. Kata cikgu, sebab nak bina universiti memerlukan tanah yang banyak. Tanah kawasan rata confirm lah mahal. Maka beli tanah di kawasan bukit. Boleh menjimatkan cost. Er, itulah jawapan agak jujur pernah didengar. Sebab kalau tak sebelum ni mesti alasannya untuk memberikan suasana belajar yang kondusif lah, tenang lah, bla bla bla lah. Tapi kalau tanah kawasan bukit murah, kenapakah rumah di atas bukit mahal?
Bercakap mengenai rumah di atas bukit, rumah Moshitta di atas bukit lah. Haha. Ketika kami masih kawan pada zaman dahulu kala, kami pernah bersembang lebih kurang begini.
"Aku dengar Johor banjir. Rumah ko tak banjir ke?" - beliau.
"Yang banjir tu kawasan pedalaman ar. Rumah aku tengah bandar. Negeri Sembilan banjir gak kan? Rumah ko tak banjir ke?" - saya memulang paku buah keras.
"Kalau rumah aku banjir, satu Seremban ni dah banjir la." - beliau. :)
Tapi siapa kata tempat tinggi tak boleh banjir. Emak saya seorang cikgu kelas pemulihan. Kelas pemulihan tersebut berada di tingkat tiga. Suatu hari emak datang ke kelas dan melihat kelas dipenuhi air ke paras agak tinggi. See. Siapa kata tempat tinggi tak boleh banjir. Er tapi itu disebabkan tangki air kat bumbung bangunan tu ada masalah lah.
Oh wah. Entry sudah panjang. Mahu sambung bersosial dengan Cik Kelly-jah.
Azril ada nickname baru untuk saya iaitu Helium. Dia memanggil saya sebagai Helium Agashi tadi. Saya pun masih tak tahu kenapa dia memanggil saya sedemikian.
Sekian tamat. Post ini macam karangan yang sangat skema. Bear with it please.
Till then.
0 comments:
Post a Comment