Jauh Perjalanan
Assalamualaikum
Sila tengok entry di bawah.
Memang begitulah ciri-ciri entry yang mana penulis entry kehilangan mood di tengah-tengah taipan.
Dengan takda tajuk.
Alignment tak buat.
Haha.
Makanan buka puasa hari tu sedap. Terima kasih kepada hosts at Inha and Jiji, Kelly and Diyana yang diimport khas dari HYU dan KU. Saya? Bukan tanak masaklah. Tapi sila tanya diorang. Dan dan nak kirai roti jala jek mesti tak jadi. Haha. Tak berapa berbakatlah. Gambar makanan boleh ditonton di blog Jiji. Tapi kalau pergi menonton blog Jiji ketika berpuasa macam boleh sedikit makruh. Gambar makanan tak beringat. Ceh. Waktu ini saya pingin tauhu sumbat. Wuwuwu~
Kaki sangat pandai sakit. Mula-mula pinggang. Jalan ke Hana Square macam nenek tua. Pegang pinggang, terhincut-hincut. Sampai je ke Hana Square satu kaki sakit. Walaupun tak berapa faham sangat kenapa sakit, layan jek la. Walaupun begitu masih menggagahkan diri ke HYU. Ambil kunci yang tertinggal. Er tahukah tadi tersalah naik bas. Wargghhhh. Dan ended up di mana tah. Terpaksa amek bas pusing jauh gile semata-mata nak ke Wangshimni. Oh tapi takpe. Saya suka berjalan jauh. Betul ni. Tak tipu.
Dulu waktu Tingkatan 1 atau 2, kalau kepala sarat dengan masalah dan memerlukan pemikiran yang clear, mesti saya capai basikal saya dan kayuh sejauh mungkin. Kalau bermasalah di sekolah, saya akan jalan kaki dari sekolah sampai rumah. Perbuatan yang sangat gagah lah di zaman remaja memandangkan Iman pun kalau suruh jalan kaki dari HS sampai rumah dia tak mahu. Apatah lagi dari TIGS sampai rumah. See. Dulu-dulu saya sangat gagah bukan. Sekarang je kaki manja.
Berjalan ke blog Akmar membaca luahan kasih sayang beliau kepada teman lelaki beliau. Saya senyum sendiri. Semacam dah lama saya tak ada perasaan sebegitu. Er bukan lah maksudnya saya sekarang tidak sayang orang di sekeliling saya. Maksud saya ialah semakin saya grow up semakin saya bersikap realistik terhadap kasih sayang. Mengatakan bahawa saya mengingati my constant companion sebelum dan sebaik bangun dari tidur adalah tipu semata. Menyatakan saya rindu kan beliau walaupun melihat beliau setiap hari juga adalah tipu. Mengguling-guling menyatakan setiap hari adalah indah dan bagaimana beliau telah mengubah hidup saya dan bagaimana beliau lain dari orang lain juga adalah semata-mata tipu belaka. Saya memilih untuk tidak memandang beliau sempurna, tapi saya memilih untuk memandang beliau seadanya. Dan menerima beliau seadanya adalah perkara terbaik yang boleh saya lakukan untuk beliau di samping mendoakan yang terbaik untuk beliau. He doesn't have to be perfect in everything for me to love him. See.
Sangat banyak kerja sebenarnya. Ada siapa-siapa boleh bagitahu saya bila kelas Sapyo saya kena hantar kertas vocab?
Anyways, till then =)
0 comments:
Post a Comment