Penat

Penat

Assalamualaikum

Hari ini kaki penat jalan sana sini. Badan sakit galas beg sana sini. Bukan sebab tak biasa. Tapi kejutan budaya. Lazim hari Jumaat saya melepak (melepek?) di rumah sampai jam 1.30p.m kemudian baru terhegeh-hegeh ke kelas Kimia. Hari ini bangun jam 8 lebih dan mandi secara laju lalu pergi menguruskan sesuatu. Er tak boleh cakap kuat2 lah hal ini. Ini hal rahsia.

Anyways, by the time saya sampai rumah selepas kelas Kimia tersebut, badan macam mahu terpecah-belah. Maka saya pun jatuh tertiarap di atas tilam sambil berfikir makanan berbuka. Er sangat penat dan saya fikir sangat mahu makan sedap pada hari ini sebab dah beberapa hari makanan buka macam tak ada berapa teratur. Semua sebab kelas Kimia. Kimia memang lebih menekankan dari Fizik. Tapi saya suka Kimia lah. Saya suka melukis bulat-bulat dan membuat persamaan Kimia. Tapi saya benci bahan Kimia. Dan hei, asbestos itu ialah karsinogen kuat yang menyebabkan lung cancer dan pelbagai cancer lain dalam jangkamasa panjang tahu? Kenapakah tak ada sesiapa yang ambil tindakan dan kenapakah siling di Malaysia ada yang masih berasbestos sebagai insulator. Kepada pemaju-pemaju saya tahu anda mahu untung. Tapi kalau 20 tahun yang akan datang anda semua disaman oleh pengguna-pengguna, waktu itu anda tahulah. Er tadi sedang cerita pasal makanan buka kan?

Er baiklah. Buka tadi. Dengan rajinnya saya masak ayam masak merah. Apa? Tak kedengaran macam rajin? Di tahap saya itu dikira rajin tahu. Sebab saya paling malas masak sesuatu yang kena goreng dahulu. Contohnya masak merah atau masak kicap. Sebab dua kali kerja dan dapur saya tidak sebesar dapur mama maka tak berapa ada ruang untuk mencampak semua benda yang ada. Ayam masak merah tersebut boleh dimakan. Tak boleh salahkan saya sebab saya berpuasa. Maka tidak merasa masakan. Cuma kurang kayu manis sebab saya tak jumpa kayu manis lah.

Well, ketika menggoreng ayam, teringat saya zaman masih tidak tahu masak. There's this one time waktu saya masak untuk tetamu, saya goreng ayam. Dan terlupa gaulkan ayam dengan garam sebelum menggoreng. Perkara tersebut kantoi di pengetahuan Moshitta sebab waktu itu dia sibuk ke depan ke dapur. Er dan dia setuju untuk tidak bagitahu orang lain. See. Baik hati kan. Mama selalu kata macam mana saya nak kasi Moshitta makan saya masak. Er tak apalah. Dia dah pernah rasa pelbagai masakan saya. Dari zaman saya satu apa pun tak tahu pasal masakan, sampai sekarang dah boleh menghidang makanan pada orang lain. Masam masin pahit tawar semua dia pernah rasa.

Ini ialah Ardini. Waktu ini beliau baru selepas menari gaya Geng Bas Sekolah. Lalu beraksi jatuh tergolek selepas di 'bebebeng' oleh pihak musuh. Mama sangat tak bagi Ardini bermain dengan pistol atau permainan budak lelaki. Kalau mama tahu saya telah mengajar Ardini membuat pistol mainan menggunakan lego, saya mungkin bakal dikejar oleh mama dengan parang keliling taman. Er~

Tahukah pada suatu hari, saya dan Kak Awin bawak Ardini ke Tesco. Sementara Kak Awin sibuk cari barang, saya mengajar Ardini nama sayur-sayuran. Tiba di suatu sayur, saya angkat sayur tersebut dan tanya pada Ardini, "Ni sayur apa?" Dan Ardini jawab, "Buncis." Saya sangat speechless sebab jawapan tersebut sangat tepat lalu melihat Ardini dengan penuh minat. Wah Ardini tahu kacang buncis. Di manakah belajar?
Ok dah penat tulis. Sekian =)

0 comments: