Saya Sedih

Saya Sedih

Assalamualaikum

Farini sangat pandai nangis lah. Baru Kak Awin kata diorang nak pergi shopping baju raya, kasut raya airmata macam dah macam satu tempayan nak melimpah. Maka dengan segeranya pergi bilik Zatul dan berborak-borak sedikit meredakan hati. Tahun-tahun lepas dah meleleh-leleh air mata kesedihan sorang-sorang. Haih~

Tadi ke Itaewon. Cari barang nak masak lauk raya. Tapi kedai yang selalu jual hati dan pedal ayam tu dah tak ada jual lagi. Ada hati kambing je. Air mata kecewa macam nak mengalir lagi. Lagi-lagi lepas diorang tayang mama masak ketupat, lodeh, rendang, sambal goreng dengan udang berlada kat webcam tadi. Sangat nak nangis. Sangat mahu nangis. Er tapi kalau nangis sangat tak senior tahu? Senior mana nangis lagi menjelang raya. Senior kan ke dah lali dengan raya di perantauan. Junior kat language institue jek nangis tahu.

Hari ni melayan Britney Spears' Hit Me Baby One More Time dan Westlife's If I Let You Go. Er dah nak raya ni pasang lagu raya lah. Tak mahu. Nanti kalau saya nangis dengar lagu raya ada orangkah nak tolong pujuk dengan sekotak Krispy Kreme? Tak ada kan? Kalau tak ada jangan buat saya nangis lah. Lagu tersebut ialah lagu sepuluh tahun yang lampau. See. Sepuluh tahun macam kedengaran sangat lampau. Dan saya kembali teringat zaman sepuluh tahun yang lampau itu. Hahaha. Hahahahahahahahaha. Macam sangat muda remaja dan sangat foolish je tapi sangat perasan bijak. Zaman remaja memang langsung tak glorious lah sebenarnya. Bila kamu dewasa maka akan melihat zaman itu semacam zaman yang memalukan. Selain penuh kejahilan dan kelalaian. Astaghfirullah.

Farini sangat sombong. Tahukah? Saya semacam baru tahu kenyataan itu beberapa bulan lepas. Moshitta yang cakap dulu. Sebab saya kata kalau orang yang tidak dikenali datang mahu bersembang dengan saya, saya akan kuat kan volume ipod dan pura-pura tak dengar. Haha. Mak saya kata jangan cakap dengan orang yang tak dikenali lah. Mula-mula saya cuma fikir saya memang tak bercakap dan berkenalan dengan orang yang tak ada kaitan dengan saya. Saya tidak berjumpa dengan orang di tepi jalan dan berkata "Hai boleh berkenalan?". Saya tidak randomly add orang di Friendster dan menyapa mahu berkenalan. Even bila ada message2 yang mahu berkenalan saya pun tak ada membalas. That brought me back to the memoir of receiving tons of letters waktu gambar saya keluar di suratkhabar didik waktu di darjah 5 atau 6. Er satu pun tak ada balas tahu? Kamu kata saya bajet bagus kah? Suka hati. Saya memang malaslah berkenalan dan bersosial dengan orang. Ada seorang foreigner lain yang ambil dua kelas yang sama dengan saya semester ini. Dan dia buat dua attempt untuk berborak dengan saya. Dan saya made it clear saya memang malas bercakap dengan dia. Sombong? Er memanglah. Tapi the above statement cuma pada orang lelaki saja. Saya sangat ok dan sangat suka untuk bersosial dan berkenalan dengan orang perempuan. Mungkin sebab dah bosan asyik dikelilingi lelaki dalam kelas. Jadi jelak. Kawan dengan perempuan lebih seronok lah. Er dan saya sangat ok dengan orang yang ada kaitan dengan saya. Contoh ialah family, future family (ehem!) dan senior, batchmates dan junior. Kata saya sombong? Katalah apa kamu suka.

Ok. Sedih masih tak berapa hilang. Nak pergi tidur. Esok nak masak.

Till then.

1 comments:



Sabrina said...

zaman muda remaja adalah memori yg boleh kita tersenyum. hehehhhehe.

kau bukan perasan bijak lah. di mata ku kau sememangnya bijak. ahhahahaha. kelakar. cam ayat mengurat pulak. ewww!! but serious.

bab sombong pula...this is my opinion..kalau strangers cakap kita arrogant.. podahcit sahaja coz they dont really know us.

but kalau family or teman yg betul2 rapat menegur kita arrogant.. then maybe we should muhasabah diri.. coz when i was younger...depan depan muka.. My own mom said this..

"mak cakap betul ni.. akak ni sombong!" (guess i was too naughty she had to sedarkan me hehehe)

and that really bit me!! and so i tried to improve myself..

tapi sometimes being ignorant is ok...

As long as ada org sayang kita. so tak kisahlah kan kita sombong ke apa.. heheheh.

chin up!! =)