My Mom is Amazing

My Mom is Amazing

Assalamualaikum

Question for today :
Apakah kuih kaler hijau yang macam apam.
Atas dia putih ade topping kelapa parut.
Bentuk bulat ada bentuk bunga-bunga.


Jawapan Zatul : Entah. Kau nak buat ke?
Jawapan Kiki : Apam la.
Jawapan Alin : Alin pun suka kuih tu. Tapi tak tau nama apa. Tak payah tau. Tak pun google jek. Masukkan description kuih tu kat search.

Apakah? Kenapakah semua orang tak tahu kuih tu. Er tahu. Tapi tak pernah tau apa nama dia. Ehe~ See. We tend to take for granted apa yang ada di depan mata sepanjang masa. Tahukah?

As always, mama ialah penyelamat dengan memberi jawapan yang tepat. Kuih tersebut ialah Tiwul Ayu atau dikenali juga sebagai Puteri Ayu. My mom is amazing kan? Sila lihat gambar di bawah dari cookies-network.com yang dijumpai di google.


Ini ialah kuih yang saya maksudkan. Alkisah cerita bermula begini. Dalam kepenatan setelah terdesak bangun jam 7.40 untuk ke kelas Earth Resources and Environment tadi saya balik lalu tergolek tidur semula. Haha. Dan bermimpilah kuih ini. Er apakah punya perangai. Tidur siang hari ketika berpuasa lalu bermimpi makanan. Ahaha.

Maka dengan semangat membara bertanya semua orang apakah nama kuih tersebut. Er kemudian menggoogle resepi seperti biasa. Mama tanya saya adakah acuan. Er saya kata tak ada. Tapi tak apa. Nanti pergi cari. Tiba-tiba ketika membaca resepi terbaca perkataan Ovalette. Kalau tak silap eja lah. Er apakah Ovalette? Try tengok resepi lain pulak. Ada benda yang sama juga. Google perkataan Ovalette. Ovalette ialah emulsifier. Er macam mahu tersedak. Mana nak cari kat sini? Huwaaaa~~~ Nak kuiiihhhhh~~~~ Marilah masukkan kuih tersebut ke dalam senarai makanan untuk dimakan bila balik Malaysia. Makanan lain dalam senarai termasuklah Yong Tau Foo. Weh weh. Macam dah sangat lama sungguh cerita Yong Tau Foo tersebut.

Anyways kejap lagi ada kelas. Jalan kaki selama 15 minit untuk ke kelas memang menyihatkan. Semester ini macam akan kurus habis lah.

Where are all my hopes
Where are all my dreams
My Cinderella story scene
Entah kenapa saya suka verse itu.
Till then =)

2 comments:



Anonymous said...

laa tktau ke name kuih tu?nape tk tnya sy jek.sykn org jhr tulin yg tau sume name kuih:p

pphoenix said...

awak waktu tu tgh mengguling blaja jagihak