Day 10

Day 10

Assalamualaikum

Sana sini sibuk ucap selamat tahun baru. Saya tak mahu ucap selamat tahun baru lah. Saya nak teruskan mengira countdown untuk birthday saya. Haha. Berciri selfish di situ. Tapi tak apa.

Esok cuti. Bererti boleh bangun lambat. Saya dan Diyana dua-dua malas bangun untuk kelas pagi. Pagi tadi bangun jam 8.47. Hebat! Tapi sila jangan begitu semester depan. Tak tau kenapa winter sem ni sangat malas bangun. Padahal summer sem dulu paling lambat pukul 7.40 dah keluar rumah. Alasan sejuk? Ceh alasan dah basi. Dah senior ni bawak-bawak la alasan elok sikit. Bukan baru setahun dua merasa sejuk.

Result dah keluar hari ini. Diam terpaku. Tapi tak berapa ada complaint banyak sebab in a way I sort of knew this was coming. So mesti terima dengan hati bersyukur. Lagipun since I made up the decision untuk amik abeek I promised myself that it would be ok to not get excellent result. I don't want to be so strict. Doing abeek alone is already hard without me pressuring myself to do outstandingly in all subjects. So it's ok =)

Hari tu, sebab saya tak berapa ada benda nak dibuat, saya pergi google gambar makanan. Haha! Bukak website KFC dan menjamu mata dengan hidangan-hidangan ayam goreng yang ada. Bukak website McDonalds dan menjamu lagi mata dengan double prosperity burger. Mata je yang kenyang pun tak apa. Haha. Pathetic? Agak la.

Tak ada apa nak cerita sebenarnya. Macam bosan? Ya, sikit. Dah la. Nak tergolek kejap.

Assalamualaikum

Day 6

Day 6

Assalamualaikum

Sepatutnya saya kena sambung bermain kira-kira matrices sebab Isnin ada exam (ya, exam!) tapi update blog pun harus juga lah. Kalau tak nanti readers semua lari. Haha. (Cik Nurul, I dah seminggu lebih tak dapat bukak blog u T.T~ ok, macam tak berapa ada kena-mengena dengan perenggan ni)

Pertama sekali sebelum memblog aktiviti dari entry lepas sehingga entry ni sewajarnya saya ucapkan jutaan tahniah pada leader Scarsion di atas perkahwinan beliau. Kepada Scar if u r reading this : walaupun aku x dpt dtg but still gz lider. u know how happy i am for u. dan sebab ko langkah bendul, ape lagi, bak meh bayaran langkah bendul. haha. Kidding. I am happy he's married of course. But then again there's this weird feeling of losing a friend kan. I feel the same way towards all my friends I think.

Ok. My last post is about day 2 kan. Day 3 is no better. Day 4 and 5 saya cuti. Haha. So today ialah first weekend. I spent the past days studying Linear Algebra sebab 1st exam ialah pada hari Isnin. Only this morning saya ke gymnasium tempat Moshitta main badminton. Saya jalan kaki lalu kawasan KUMC (stands for Korea University Medical Centre), panjat bukit lalu di kawasan orang korea adakan upacara kematian, lalu di kawasan College of Medic, College of Nursing dan yang seangkatan dengannya, jalan lagi memanjat kawasan bukit yang kiri kanan berhutan. Tak ada sangat kereta lalu lalang. Up to one point saya dah cuak. Saya sesat jalan ke? Jalan tu serius sunyi dan serius sangat hutan. Wuwuwu. The last time saya jumpa signboard showing I was on the right track. It said go straight untuk ke stadium, gymnasium and ice skating rink. Er did I tell you ek our school has our very own skating rink? Too cool, right? Ok back to point. Sebab saya cuak amat, sambil saya jalan saya keluarkan cellphone dan try call Moshitta. Tapi beliau tak angkat-angkat. Confirm lah kan. Siapakah yang sambil main badminton sambil jawab telefon? Tapi saya jalan terus juga. Nak patah balik macam dah sangat jauh ke dalam. Jalan lagi dan lagi dan lagi dengan cuak until di celah rimbunan pohon saya nampak the green fence of the stadium. Hela nafas lega. Akhirnya.

Er tu baru cuak yang pertamalah. Gymnasium sekolah kami ada 6 tingkat. 3 tingkat di atas dan 3 tingkat bawah tanah. Saya tak tahu gymnasium tingkat mana yang ada gelanggang badminton, all I know it's one of the underground floors. Jadi saya ke satu-satu tingkat. B1. Gelap. Tapi saya beranikan diri jalan dalam gelap, only to find the gymnasium at that floor empty. Turun B2. Gelap juga. Jalan lagi dalam gelap sampai jumpa pintu gymnasium yang tertutup rapat. Turun B3. Baru terang-benderang. Dengar bunyi shuttlecock bertepuk-tampar dengan raket. Seriously waktu saya di B1 dan B2 I was thinking camne kalau saya nak naik atas balik semula, tapi lift tu ada kat tingkat 3? Kena ke saya tunggu seorang diri kat bawah tu dalam gelap sampai lift turun balik. Sekolah yang besar memang sangat mencuakkan. Sekian.

Anyways, after Asar saya dan Moshitta bergerak ke Dongyang untuk celebrate birthday Mekdi. Er kami celebrate awal sebab birthday dia nanti, which is on the 30.12, kitorang tengah busy dengan kelas. So I gave her her birthday present early. We ate some exotic cuisine (haha!) and then ke CanMore for cakes, hot choco and the must-have-potato wedges. Mekdi ordered herself Mango Strawberry Juice. I always have a good time hanging out with the juniors, mostly because it's a good feeling to be around younger ones and listen to their dreams and thoughts about life. Something different from what I hear everyday. And today's topic, apart from exotic cuisine, is obsession of eternal youth. Ahaha. Gila berat tajuk. Especially for Mekdi yang baru nak mencecah 19 tahun (she's a year younger than those in her batch).

Conclusion? Today is great. Gambar? Takde. Saya tak berapa ada perasaan nak mengambil gambar setiap kali saya keluar hang out. Lagipun saya memakai baju yang sama dengan apa yang saya pakai pada hari-hari biasalah. Nantilah tunggu dinner on 26th January dengan Mekdi again at Todai, I'll try wear something special.

Assalamualaikum

Day 2

Day 2

Assalamualaikum

Hari kedua winter semester. Nama pun winter semester kan. Sejak hari satu lagi dah sejuk. Bukan sejuk biasa-biasa. Tapi sejuk standard untuk winter. Wuwuwu.

Malam tadi snowing dengan agak lebat. Maka lepas main badminton Moshitta ajak saya keluar. Kata beliau "saja-saja gi minum sambil tengok salji." Eceh. Bunyi macam gi lepak mapley minum teh ais jek la kan. Oh tapi tidak. Kami lepak di Coffee Bean bertemankan choc fudge cake, hazelnut latte dan caramel latte.

This morning saya bangun dengan sangat malas pada jam 8.30. As guessed macam dah lambat la kan time gi sekolah tu dan ya jalan yang licin melambatkan lagi saya yang dah lambat ni. Bila sampai pintu belakang sekolah salji masih penuh dari atas sampai bawah. Pakcik cleaner tengah menabur-nabur garam. Wuwuwu. Kalau saya ada pelampung dah lama main slide dari atas turun ke bawah smpi Hana Square. Speaking of Hana Square, apa barang padang yang berumput hijau sepanjang masa walaupun pada waktu winter macam Ulsan University ada. Hana Square punya square kat atas tu (not the square complex underground) was gorgeously white. Macam a fluffy freshly spread duvet. Unluckily my cellphone is in my bag and it was 5 minutes before class start.

Anyways it is still a long way to go until winter semester is over. Kelas english saya sama bosan dengan kelas linear algebra but let's make the most out of it. After all I need the A+ badly.

Till then =)

Assalamualaikum

Impian

Impian

Assalamualaikum

Saya ada impian. Saya harap bila saya kahwin, hantaran akan dibuat dengan tangan saya sendiri.


Saya ada impian. Saya harap bila saya kahwin, kek hantaran saya akan dibuat oleh saya sendiri.


Saya ada impian. Saya harap bila saya kahwin, bakal suami saya akan pakai baju yang dijahit oleh saya pada hari nikah.

Saya ada impian...


photo courtesy of ayie67

Rainy Wednesday

Rainy Wednesday

Assalamualaikum

Rentetan wishlist yang telah dibuat tersebut, ramai orang lain yang rambang mata pulak. Haha. Nvm. Anda pun boleh beli kalau mahu. Tapi sila jangan pakai pada sama hari dengan saya. Anggaplah post itu tolong mempromo syarikat-syarikat berkenaan. Dan saya ini tidak berbayar. Haha.

Hari ini bangun lambat. Hujan renyai di luar kot. Waktu menggeliat bangun, leher ada sikit sakit. Er leher pulak. Tangan hari tu sudah eloklah. Itulah. Kalau Malaysia ada musim sejuk, tentu ada pepatah melayu yang berbunyi "Jangan bermain dengan air, kelak memakan diri." Haha. Teringat zaman saya dipaksa berlumba lari di sekolah rendah. Malam itu confirm kaki lenguh yang sakit sampai tak boleh tidur. Dan Kak Sal akan tersengguk-sengguk di tengah malam picitkan kaki saya sampai saya tertidur. Err.. Lama tak jumpa Kak Sal....

Ok. Tamat sesi emosi. Semalam berjaya mendownload norton commander beserta game pipe mania dan volfied. Er haha. Tak ada game yang boleh melawan game zaman kanak-kanak lah. Lebih-lebih lagi kalau game yang dimainkan secara kejeshameee (kerjasama in Ardini's dictionary. tatabahasa Ardini dahsyat lah) dengan adik beradik seperti game Corridor 7. Satu game. Satu pc. 3 orang main. See. Siapa kata main computer game zaman dulu tak ada interaksi dengan orang lain?




This is this semester's collection stacked next to my study desk on top of last semester's textbooks. Quite a lot kan? Secara tiba-tiba bill Kyobo menimbun depan mata. Haha. Walaupun beli sikit-sikit, but total add up mampu membeli sepuluh helai baju dalam list tersebut. Haha. Ok, lain dengan gossip girl, ini adalah cerita budak berumur 12 tahun. Mungkin kamu kata saya lame. Entah apa-apa jek tak layan gossip girl. Er hello, saya kenal gossip girl sebelum kamu kenal gossip girl. Iaitu pada zaman gossip girl cuma adalah buku novel di rak buku Kyobo. I had 5 ke 6 of the earliest ones. But as much curious I was to know if Blair actually got to go to the prestigious college that she wants to go to (I super forgot what college it was. that story was like 3 years ago to me, when I was still in Daerim) I found that the story is too adult-ish. And too much cursing. Which is bad. Anyways, the summer collection is the latest one and P.S I Loathe You will come out next February.

Tapi... buku yang saya kena beli next ialah Fundamentals of Engineering Thermodynamics by Moran and Saphiro, Mechanism Design : Analysis and Synthesis from Prentice Hall and Fundamentals of Materials Science and Engineering by WD Callister Jr. Hahaha. Buku teks. Saya harap buku teks tersebut akan sehebat buku teks programming saya atau buku teks chemistry saya yang tak jemu dibaca. Janganlah seperti buku teks solid mechanics yang nak baca satu ayat-ayat pun menangis-nangis dibuatnya. Tapi let me just say this one thing, ppt slides notes are NOT easier to read. At least not when it was not made by you. Saya rather baca buku teks yang tebal itu dari baca ppt notes.

Er post lepas ni mungkin akan pergi menjawab dua survey dari Chika dan Kiki. Sebelum tu tertarik mengulas survey di blog Cik Saida. Ada satu soalan bertanya nyatakan 7 perasaan ketika keluar dengan lelaki yang diminati. Err. I sooo know the feelings. Especially kalau kita minat lelaki itu and he is yet to know kita minat dia. Been there done that. One major feeling is EXCITED. Macam sangat banyak giggling with my friend. Ya kami bukan keluar berdua waktu itu. Rearranged movie tickets before distributing it so that his seat was next to mine. Haha. Got lost on our way home. And woke up late the next morning and lazed in bed for hours savoring the feelings from the previous day. And in case you are wondering, yeah I did ask him out. Only that it was with a bunch of other friends as well so he didn't really think I got something towards him kot. Haha.

Another long post kan? Haha.

Selamat pengantin baru Kak Awin and (abg?) Zainee. Well he's my brother in law sekarang kan? But still........... Do I call Tahir 'abg Tahir' ek? Hendak gelak secara banyak tapi tak boleh. Haha. Anyways, selamat pengantin baru. I'll be crashing your house next. Haha.

Assalamualaikum

Birthday Wishlist

Birthday Wishlist

Assalamualaikum

As always, birthday wishlist is up. Sorry a bit late. Selalu saya up kan a month before birthday. Anyways, saya ada kata nak memenuhkan wishlist dengan senarai baju for new wardrobe kan? So here goes! I just hope tak ada orang yang membeli benda yang sama. Else I got 2 same clothes to be worn. Everything with link except the first one is from interpark.com. Dan kamu semua tahu saya memakai saiz paling kecik there is :D

plaid one-piece - minus the fur!
long-sleeved denim one-piece -*scream*
two more denim one-piece -the first one and the last one. btw, i did not plan to have any denim pun. it just caught me
polka-dot one-piece -the one in black please
beige colored one-piece -heart this one
light-colored plaid one-piece -no yellow! I already have too many
chiffon one-piece -I could do with something more feminine. First pattern please
M677-brown/red, JS038-grey/beige, JS061-khaki brown, M585 gray, M548 dot black -one link, five types of clothes.
long white blouse -heart this
black plain one-piece -in black of course
blue polka-dotted white one-piece -simple is cool
three-quarter-long-sleeved one-piece -both olive green and black is cool. double heart!
short-sleeved 'serious' one-piece -i cannot forever wear something teenage-like kan? i pick blue
another 'serious' one-pieced -red ones. i should start finding pants to wear with these
ribbon, polka dotted one-piece -white with black polka dots
plaid one-piece -any color. XS. even so still too long, I'll need to bring it to μ„Ένƒμ†Œ. heart!
checked one-piece -blue and heart!
sleeveless one-piece -ALL COLORS. TRIPLE HEARTT!!
short-sleeved one piece -in pink please
flower-printed one-piece -both colors. double heart!
satin one-piece -navy
plain chiffon one-piece -pink. heart!
any sneakers from converse
vouchers from YeongPung Mungo for next year's textbooks T.T

for those in Malaysia : can I have anything from littleblackbook please? or lunch at anywhere fancy :D

And as always NO TEDDY BEARS!

Thank you in advance.

Assalamualaikum

Jenis-jenis Tenaga

Jenis-jenis Tenaga

Assalamualaikum

Belum akan menyambung post di bawah tapi mahu memperkenalkan anda kepada jenis-jenis tenaga. Sebab saya ialah pelajar kolej kejuruteraan, maka tenaga adalah sangat signifikan dalam kehidupan saya.


Jenis-jenis Tenaga yang digunapakai oleh Farini

Pada hari-hari biasa persekolahan

1. Tenaga berjalan kaki ke sekolah.
5 minit kalau sudah lambat. 15 minit kalau saja-saja jalan lambat-lambat. Kadangkala berlari mengejar lampu isyarat lintasan belang kalau lampu tersebut berwarna hijau.

2. Tenaga memikul beg sekolah
Paling berat ialah buku teks solid mechanics yang dipikul pada pagi hari Jumaat. Tetapi pada hari-hari kebiasaan yang lainnya hanya menjinjing beg tangan yang berisi telefon bimbit, beg duit (atau lebih pada beg kad kerana tak selalu ada duit, cuma ada kad), iPod Touch sebatang pensel untuk menulis, dan sebatang pen untuk menanda kedatangan serta membimbit sekeping fail berwarna purple.

3. Tenaga menolak pintu-pintu kaca yang berat.
Contohnya pintu Hana Square, pintu Science Library, pintu College of Engineering dan pintu Innovation Hall. Pada hari sejuk akan menggunakan seluruh badan untuk menolak pintu-pintu tersebut. Sebab taknak keluarkan tangan dari kocek. Kalau kelas di College of Science atau lab tak ada menggunakan tenaga ini sebab pintu-pintu banguna tersebut sentiasa terbuka luas.

4. Tenaga menahan diri dari mengantuk di dalam kelas
Lebih-lebih lagi kelas Production Engineering. Tak boleh handle woo. Tenaga ini tak berapa digunapakai sewaktu lab. Sebab kalau mengantuk dalam lab nanti bakal membawa padah.


Pada hari-hari cuti persekolahan

1. Tenaga untuk berjalan keliling Seoul
Naik turun tangga subway station adalah satu senaman yang boleh membakar kalori dengan sangat banyak. No wonder orang Korea jarang-jarang ada yang obese. Nak naik Anam Station tu pun kalau silap langkah boleh pengsan.

2. Memikul buku-buku yang dishopping
Buku tersebut tak ada tebal macam buku teks. Jangan risau. Tapi kalau dah 6 buah dipikul ke hulu ke hilir, tambah pula tangan kanan menjinjing ayam dan tangan kiri menjinjing 3 biji kebab, tenaga ini boleh juga memakan diri.

3. Membasuh baju pada ultimate laundry day
Hari yang menyebabkan anda tertanya-tanya kenapakah baju anda sangat banyak.

4. Pergi ulang-alik ke kedai membeli barang dapur serta memasak
Pergi kali pertama membelikan potato chip untuk diri sendiri, hadiah sebab rajin. Pergi kali kedua, diri dah menangis-nangis sebab letih, maka membelikan diri aiskrim coklat sambil memujuk, "Takpe, takpe. Sikit je ni."


Semalam orang UniMAP tu kata, the best job bagi dia ialah pensyarah. Tapi bagi saya, the best job ialah student. Don't you think?

Do you actually know how big is a wardrobe for a month? I do. Now.

Tangan macam hendak terbelah-bahagi. Dah memungut simpati dari Moshitta, Zatul dan keluarga di Malaysia. Sekarang mahu pergi tidur.

Selamat Pengantin Baru, Kak Awin =)

Assalamualaikum

Huge Post

Huge Post

Assalamualaikum

Actually I am in the middle of cooking dinner (yeah, DINNER!) but sementara nak tunggu ayam masak, I decided to start writing a post. After all, I did promise Saida a HUUUGE one so that my blog tak nampak bersawang compared to hers. Haha. Today's lunch was nasi beryani from Uthmaniyyah (we had career talk with UniMAP after lunch) and dinner is chicken chop and spaghetti with mushroom soup. Nampak fabulous but sebenarnya sangat mudah dimasak. Ceh.

Examination
I finished exam yesterday at 11.45 a.m. But tak ada pergi buzz atau hang out dengan siapa-siapa. Sebab? I want to enjoy the day on my own. Seriously. I had to entertain myself first before entertaining others. Especially since my Solid Mechanics exam is.. well.. let's just say after Physics, it's another paper that I seriously don't know how to answer. Not that I did not study, I did, but it's just that I went blank, I don't even know which formula to use for which. Well, let's just pray my perfect on-time attendance paid off.

Exam lain?

Oh well, untuk final presentation Creative Design saya rasa it went well. The previous Ahad dihabiskan dengan drawing, designing and researching about Peter Cook and the Archigram. Farini, sila bercakap dalam bahasa Melayu penuh. Er baiklah. Saya berhempas-pulas membuat design agar proposal yang dihantar pada lecturer bakal diterima. Nasib baik saya memang sangat pandai merepek, maka menyiapkan sebelas muka surat proposal dalam satu malam bukanlah kerja berat. Tapi, bila tengok proposal orang lain, macam mahu menangis sebanyak sekotak air susu. Sebab menangis tujuh tempayan semata-mata sebab proposal orang lain macam sangat loser. Baik menangis sebab proposal sendiri lah. Er bukan apa. Orang lain ada yang menghantar proposal sebanyak satu helai. SATU. HELAI. Hendak merungut bukan ada guna pun. Tak apa. Sekurang-kurangnya saya dah berikan projek itu yang terbaik dan saya harap ia sedikit sebanyak menolong markah orang lain dalam kumpulan saya. Yang lain-lain tu terpulang pada homework dan individual term project masing-masing.

Production Engineering exam. Saya memecahkan rekod pada exam ini dengan keluar dari dewan peperiksaan kira-kira beberapa puluh minit sebelum waktu tamat. Sebab? Saya tak pasti saya boleh buat lebih baik dari apa yang saya sudah buat waktu itu. Sebab? Saya lupa formula. Haha. Pada exam-exam biasa, saya akan melepak juga dalam tu seberapa lama yang boleh, in case saya ada idea lain. Tapi saya sangat frustrated waktu itu sampai tak berapa ada perasaan sangat nak lepak dan berfikir lebih lama. Berdoa dan berserah saja pada Allah.

Say yay to Chemistry time! Akhirnya saya boleh buka buku chemistry. Rasa sangat happy. Sebab saya suka chemistry. Er tapi bab 10 sangat susah. Saya bangun pagi dan menghadap buku tersebut. Dan kepala cuma boleh menerima bab 9. Bab 10 dan 11 macam sangat tak mahu masuk dalam kepala. Hati dah meronta-ronta. Tinggal 6 jam sebelum peperiksaan, saya buat keputusan bawa diri. Eh? Ya. Bawa diri keluar belajar sambil minum hot choco dan makan donat. Satu perkara pelik tentang Farini. Kepala saya memerlukan makanan yang sedap untuk berfungsi. The past 3 days saya telah mengecewakan diri sendiri dengan makan entah apa-apa padahal tekanan berada di tahap kritikal, maka bawa diri bersama buku-buku Chemistry ke Dunkin Donut. Tapi Dunkin Donut sangat penuh orang dan saya pun tak berapa ada perasaan nak duduk study di tengah-tengah orang. Seat tepi semua full. Not that Dunkin has that many. Jadi saya pergi Coffee Bean. Makan choc fudge cake dan minum caramel latte yang dah berapa bulan lamanya tak lalu di tekak. Taking my usual seat next to the counter, the only sofa seat in the house, I set up my mini workstation and spent the next 4 hours being immersed in covering the other two chapter. Though the place was constantly buzzing with sounds of people chit-chatting I didn't seem to have any problem concentrating. Satu lagi perkara pelik tentang Farini. I found it extremely hard to concentrate in a very quiet surroundings, say the study room. Sebab saya akan sentiasa strain my ears untuk mencari a source of sound that at least shows signs of life. Anyways alhamdulillah I did well that even Weng Joe suggested me changing my major to Chemical Engineering during lunch today.

Thoughts and Expression. Atau lebih dikenali sebagai sapyo. Kogeb. Higher level. Saya sangat rasa tak layak berada dalam kelas tu. Tengok foreigners lain punya Korean macam mahu menangis. Menangis sebab Korean sendiri sangat tak berapa bagus. Spent the hour frantically writing an essay about globalization. Makin psycho bila tengok ramai student lain siap awal. Hei hei. Apa pun, saya tak ada meletak harapan tinggi sangat pada subjek ni. Tengok saja lah saingan. Bukan mengaku kalah sebelum lawan lah, lebih kepada mengukur baju di badan sendiri. Mungkin in future or in the past, ketika saya masih di SNU or DYTC bergelumang dengan Korean, saya lebih baik dari mereka. Tapi saat itu, saat saya menulis esei itu, saya tak rasa saya lebih baik dari mereka. Apa taknya, waktu itu kalau saya buka balik nota saya di DYTC, saya boleh rasa pening dan nak muntah tengok tulisan Korea yang penuh satu buku. Apa lagi nak menulis esei yang tak kalah di tangan student-student culture dan liberal arts. Saya kan budak engineering yang cuma tahu menulis senarai formula dan menyelesaikan masalah matematik penuh 2 paper.

Saya dah kata kan tentang exam Solid Mechanics tadi. Sila rujuk perenggan satu di bawah tajuk Examination.

Entertainment
Selepas episod examination yang menekan sepanjang minggu ini I decided that I deserved a treat. So membawa kaki dan buku teks Solid Mechanics yang masih dalam beg ke Jonggak. Aik? Kenapa dengan Jonggak? Er tak tahukah? Saya pun baru tahu. Sangat tak tahu macam mana boleh hidup selama 4 tahun di Korea dan menyatakan pernah ke semua kedai buku gergasi di Korea tapi tak tahu ada satu lagi di Jonggak. Kyobo di Kwanghwamun is huge. It is my favorite shopping place of all time. And then there is Bandi & Luni at COEX. Another biiggg bookstore with as much range of english books as Kyobo. But I only found out that connected to Jonggak Station, taking two underground floors of the Yeong Pung Building is the main Yeong Pung bookstore. Believe it or not, it is huge and it has two floors. Ok most of the books are Korean but their english books section is unbelievably impressive as well. Tapi saya ada membership Kyobo which allows me 10% discounts and 3% mileage points. So I think I stick to Kyobo. Haha.

Er macam mana pun tak sampai hati nak terus menulis post yang super panjang. Macam kamu akan bosan baca je. Habiskan sampai sini dulu. Nanti saya sambung dengan tajuk entertainment tersebut and will display my new collection.

Assalamualaikum =)

Rage

Rage
Assalamualaikum
I was sooo mad, I was speechless.
I could feel the heat inside my heart.
Note that the above sentences are past tense.
I just told my heart to calm down.
That I have no right to be mad. Not to anyone.
I don't because I am no better than anyone else.
So, I inhaled deeply.
Assalamualaikum.

Busy

Busy

Assalamualaikum

I did say I'm going to be busy and I am right now. But I just have to take sometimes off the frustrations of not having my drawing tools and having my autocad license expired. The new song is from the movie The Clique. Macam sangat muda kan dengar lagu macam tu. Well, I love the tune and the chorus verse caught me. Something about insecurity of someone whom everyone think is just perfect (read: perfect at one part of life, maybe a lot unperfect at other things). Told you I love these kinds of songs rather than love songs.

Just few things I thought over the weeks.

1. Two more books from The Clique series reached my house. I just found out kyobo let me pay using cellphone bills rather than just online banking. Ouch! I should just watch my spending or I'll end up with a bill of more than 100 000 won next month. Just for the record, my cellphone bill is usually around 30 000won+.

2. I am particularly worried of my health lately. Really. I promised myself I will only eat good food from now on. And with good food I mean homemade food. Even when it's just plain rice and egg. No matter how busy or lazy I am.

3. Lately I have a sweet tooth which made me crave for donuts and cakes more. Hot chocolate is a regular lately and I even have chocolate covered corn snacks. Yesterday I googled pictures of Krispy Kreme, counting days until I am allowed to run to Myongdong and get myself a box of it. In the meantime I just have to settle with Dunkin Donuts. Sigh.

4. I told you I need to renew my wardrobe. A few years ago (haha!) Alin asked me if rm800 is enough to renew a wardrobe. Did I tell you? Back then I told her that would depend on how big the wardrobe is. Anyways, I'm trying to do the same as her. That is using rm800 to renew my wardrobe. I know it's barely enough. Let's say I just buy the necessities. In my case, my necessities will include 2 pairs of new sneakers which will cost up to rm200. Will rm600 be enough for 30 pieces of clothes? Uhm. Not likely.

5. Moshitta, Aqila, Ejat, Amira, Mekdi and I hung out at Kochok's CanMore last night. Had a blast.

6. I desperately need my drawing tools and autocad please. And Dunkin Donut's soft chocolate donut and caramel-and-fresh cream-topped hot chocolate for breakfast. And Chicken Kebabs for lunch and dinner.

Assalamualaikum