Day 10
Assalamualaikum
Sana sini sibuk ucap selamat tahun baru. Saya tak mahu ucap selamat tahun baru lah. Saya nak teruskan mengira countdown untuk birthday saya. Haha. Berciri selfish di situ. Tapi tak apa.
Esok cuti. Bererti boleh bangun lambat. Saya dan Diyana dua-dua malas bangun untuk kelas pagi. Pagi tadi bangun jam 8.47. Hebat! Tapi sila jangan begitu semester depan. Tak tau kenapa winter sem ni sangat malas bangun. Padahal summer sem dulu paling lambat pukul 7.40 dah keluar rumah. Alasan sejuk? Ceh alasan dah basi. Dah senior ni bawak-bawak la alasan elok sikit. Bukan baru setahun dua merasa sejuk.
Result dah keluar hari ini. Diam terpaku. Tapi tak berapa ada complaint banyak sebab in a way I sort of knew this was coming. So mesti terima dengan hati bersyukur. Lagipun since I made up the decision untuk amik abeek I promised myself that it would be ok to not get excellent result. I don't want to be so strict. Doing abeek alone is already hard without me pressuring myself to do outstandingly in all subjects. So it's ok =)
Hari tu, sebab saya tak berapa ada benda nak dibuat, saya pergi google gambar makanan. Haha! Bukak website KFC dan menjamu mata dengan hidangan-hidangan ayam goreng yang ada. Bukak website McDonalds dan menjamu lagi mata dengan double prosperity burger. Mata je yang kenyang pun tak apa. Haha. Pathetic? Agak la.
Tak ada apa nak cerita sebenarnya. Macam bosan? Ya, sikit. Dah la. Nak tergolek kejap.
Assalamualaikum
0 comments:
Post a Comment