Jenis-jenis Tenaga

Jenis-jenis Tenaga

Assalamualaikum

Belum akan menyambung post di bawah tapi mahu memperkenalkan anda kepada jenis-jenis tenaga. Sebab saya ialah pelajar kolej kejuruteraan, maka tenaga adalah sangat signifikan dalam kehidupan saya.


Jenis-jenis Tenaga yang digunapakai oleh Farini

Pada hari-hari biasa persekolahan

1. Tenaga berjalan kaki ke sekolah.
5 minit kalau sudah lambat. 15 minit kalau saja-saja jalan lambat-lambat. Kadangkala berlari mengejar lampu isyarat lintasan belang kalau lampu tersebut berwarna hijau.

2. Tenaga memikul beg sekolah
Paling berat ialah buku teks solid mechanics yang dipikul pada pagi hari Jumaat. Tetapi pada hari-hari kebiasaan yang lainnya hanya menjinjing beg tangan yang berisi telefon bimbit, beg duit (atau lebih pada beg kad kerana tak selalu ada duit, cuma ada kad), iPod Touch sebatang pensel untuk menulis, dan sebatang pen untuk menanda kedatangan serta membimbit sekeping fail berwarna purple.

3. Tenaga menolak pintu-pintu kaca yang berat.
Contohnya pintu Hana Square, pintu Science Library, pintu College of Engineering dan pintu Innovation Hall. Pada hari sejuk akan menggunakan seluruh badan untuk menolak pintu-pintu tersebut. Sebab taknak keluarkan tangan dari kocek. Kalau kelas di College of Science atau lab tak ada menggunakan tenaga ini sebab pintu-pintu banguna tersebut sentiasa terbuka luas.

4. Tenaga menahan diri dari mengantuk di dalam kelas
Lebih-lebih lagi kelas Production Engineering. Tak boleh handle woo. Tenaga ini tak berapa digunapakai sewaktu lab. Sebab kalau mengantuk dalam lab nanti bakal membawa padah.


Pada hari-hari cuti persekolahan

1. Tenaga untuk berjalan keliling Seoul
Naik turun tangga subway station adalah satu senaman yang boleh membakar kalori dengan sangat banyak. No wonder orang Korea jarang-jarang ada yang obese. Nak naik Anam Station tu pun kalau silap langkah boleh pengsan.

2. Memikul buku-buku yang dishopping
Buku tersebut tak ada tebal macam buku teks. Jangan risau. Tapi kalau dah 6 buah dipikul ke hulu ke hilir, tambah pula tangan kanan menjinjing ayam dan tangan kiri menjinjing 3 biji kebab, tenaga ini boleh juga memakan diri.

3. Membasuh baju pada ultimate laundry day
Hari yang menyebabkan anda tertanya-tanya kenapakah baju anda sangat banyak.

4. Pergi ulang-alik ke kedai membeli barang dapur serta memasak
Pergi kali pertama membelikan potato chip untuk diri sendiri, hadiah sebab rajin. Pergi kali kedua, diri dah menangis-nangis sebab letih, maka membelikan diri aiskrim coklat sambil memujuk, "Takpe, takpe. Sikit je ni."


Semalam orang UniMAP tu kata, the best job bagi dia ialah pensyarah. Tapi bagi saya, the best job ialah student. Don't you think?

Do you actually know how big is a wardrobe for a month? I do. Now.

Tangan macam hendak terbelah-bahagi. Dah memungut simpati dari Moshitta, Zatul dan keluarga di Malaysia. Sekarang mahu pergi tidur.

Selamat Pengantin Baru, Kak Awin =)

Assalamualaikum

0 comments: