Huge Post
Assalamualaikum
Actually I am in the middle of cooking dinner (yeah, DINNER!) but sementara nak tunggu ayam masak, I decided to start writing a post. After all, I did promise Saida a HUUUGE one so that my blog tak nampak bersawang compared to hers. Haha. Today's lunch was nasi beryani from Uthmaniyyah (we had career talk with UniMAP after lunch) and dinner is chicken chop and spaghetti with mushroom soup. Nampak fabulous but sebenarnya sangat mudah dimasak. Ceh.
Examination
I finished exam yesterday at 11.45 a.m. But tak ada pergi buzz atau hang out dengan siapa-siapa. Sebab? I want to enjoy the day on my own. Seriously. I had to entertain myself first before entertaining others. Especially since my Solid Mechanics exam is.. well.. let's just say after Physics, it's another paper that I seriously don't know how to answer. Not that I did not study, I did, but it's just that I went blank, I don't even know which formula to use for which. Well, let's just pray my perfect on-time attendance paid off.
Exam lain?
Oh well, untuk final presentation Creative Design saya rasa it went well. The previous Ahad dihabiskan dengan drawing, designing and researching about Peter Cook and the Archigram. Farini, sila bercakap dalam bahasa Melayu penuh. Er baiklah. Saya berhempas-pulas membuat design agar proposal yang dihantar pada lecturer bakal diterima. Nasib baik saya memang sangat pandai merepek, maka menyiapkan sebelas muka surat proposal dalam satu malam bukanlah kerja berat. Tapi, bila tengok proposal orang lain, macam mahu menangis sebanyak sekotak air susu. Sebab menangis tujuh tempayan semata-mata sebab proposal orang lain macam sangat loser. Baik menangis sebab proposal sendiri lah. Er bukan apa. Orang lain ada yang menghantar proposal sebanyak satu helai. SATU. HELAI. Hendak merungut bukan ada guna pun. Tak apa. Sekurang-kurangnya saya dah berikan projek itu yang terbaik dan saya harap ia sedikit sebanyak menolong markah orang lain dalam kumpulan saya. Yang lain-lain tu terpulang pada homework dan individual term project masing-masing.
Production Engineering exam. Saya memecahkan rekod pada exam ini dengan keluar dari dewan peperiksaan kira-kira beberapa puluh minit sebelum waktu tamat. Sebab? Saya tak pasti saya boleh buat lebih baik dari apa yang saya sudah buat waktu itu. Sebab? Saya lupa formula. Haha. Pada exam-exam biasa, saya akan melepak juga dalam tu seberapa lama yang boleh, in case saya ada idea lain. Tapi saya sangat frustrated waktu itu sampai tak berapa ada perasaan sangat nak lepak dan berfikir lebih lama. Berdoa dan berserah saja pada Allah.
Say yay to Chemistry time! Akhirnya saya boleh buka buku chemistry. Rasa sangat happy. Sebab saya suka chemistry. Er tapi bab 10 sangat susah. Saya bangun pagi dan menghadap buku tersebut. Dan kepala cuma boleh menerima bab 9. Bab 10 dan 11 macam sangat tak mahu masuk dalam kepala. Hati dah meronta-ronta. Tinggal 6 jam sebelum peperiksaan, saya buat keputusan bawa diri. Eh? Ya. Bawa diri keluar belajar sambil minum hot choco dan makan donat. Satu perkara pelik tentang Farini. Kepala saya memerlukan makanan yang sedap untuk berfungsi. The past 3 days saya telah mengecewakan diri sendiri dengan makan entah apa-apa padahal tekanan berada di tahap kritikal, maka bawa diri bersama buku-buku Chemistry ke Dunkin Donut. Tapi Dunkin Donut sangat penuh orang dan saya pun tak berapa ada perasaan nak duduk study di tengah-tengah orang. Seat tepi semua full. Not that Dunkin has that many. Jadi saya pergi Coffee Bean. Makan choc fudge cake dan minum caramel latte yang dah berapa bulan lamanya tak lalu di tekak. Taking my usual seat next to the counter, the only sofa seat in the house, I set up my mini workstation and spent the next 4 hours being immersed in covering the other two chapter. Though the place was constantly buzzing with sounds of people chit-chatting I didn't seem to have any problem concentrating. Satu lagi perkara pelik tentang Farini. I found it extremely hard to concentrate in a very quiet surroundings, say the study room. Sebab saya akan sentiasa strain my ears untuk mencari a source of sound that at least shows signs of life. Anyways alhamdulillah I did well that even Weng Joe suggested me changing my major to Chemical Engineering during lunch today.
Thoughts and Expression. Atau lebih dikenali sebagai sapyo. Kogeb. Higher level. Saya sangat rasa tak layak berada dalam kelas tu. Tengok foreigners lain punya Korean macam mahu menangis. Menangis sebab Korean sendiri sangat tak berapa bagus. Spent the hour frantically writing an essay about globalization. Makin psycho bila tengok ramai student lain siap awal. Hei hei. Apa pun, saya tak ada meletak harapan tinggi sangat pada subjek ni. Tengok saja lah saingan. Bukan mengaku kalah sebelum lawan lah, lebih kepada mengukur baju di badan sendiri. Mungkin in future or in the past, ketika saya masih di SNU or DYTC bergelumang dengan Korean, saya lebih baik dari mereka. Tapi saat itu, saat saya menulis esei itu, saya tak rasa saya lebih baik dari mereka. Apa taknya, waktu itu kalau saya buka balik nota saya di DYTC, saya boleh rasa pening dan nak muntah tengok tulisan Korea yang penuh satu buku. Apa lagi nak menulis esei yang tak kalah di tangan student-student culture dan liberal arts. Saya kan budak engineering yang cuma tahu menulis senarai formula dan menyelesaikan masalah matematik penuh 2 paper.
Saya dah kata kan tentang exam Solid Mechanics tadi. Sila rujuk perenggan satu di bawah tajuk Examination.
Entertainment
Selepas episod examination yang menekan sepanjang minggu ini I decided that I deserved a treat. So membawa kaki dan buku teks Solid Mechanics yang masih dalam beg ke Jonggak. Aik? Kenapa dengan Jonggak? Er tak tahukah? Saya pun baru tahu. Sangat tak tahu macam mana boleh hidup selama 4 tahun di Korea dan menyatakan pernah ke semua kedai buku gergasi di Korea tapi tak tahu ada satu lagi di Jonggak. Kyobo di Kwanghwamun is huge. It is my favorite shopping place of all time. And then there is Bandi & Luni at COEX. Another biiggg bookstore with as much range of english books as Kyobo. But I only found out that connected to Jonggak Station, taking two underground floors of the Yeong Pung Building is the main Yeong Pung bookstore. Believe it or not, it is huge and it has two floors. Ok most of the books are Korean but their english books section is unbelievably impressive as well. Tapi saya ada membership Kyobo which allows me 10% discounts and 3% mileage points. So I think I stick to Kyobo. Haha.
Er macam mana pun tak sampai hati nak terus menulis post yang super panjang. Macam kamu akan bosan baca je. Habiskan sampai sini dulu. Nanti saya sambung dengan tajuk entertainment tersebut and will display my new collection.
Assalamualaikum =)
1 comments:
congrats myself kerana berjaya membaca dari awal sampai akhir.
*tahniah saida*
:P
keluar awal dr dewan xm mmg bagus farini. nanti buat lagi ok. memang buang masa duduk dalam dewan xm lama2.
wink ~.^
Post a Comment