Boikot

Boikot

Assalamualaikum


Di atas sebab-sebab isu semasa, reason kenapa tak sabar nak balik sudah berkurang kepada tiga. Kerana McDonalds dan KFC kini berada di luar kotak. Ece =p Overall saya tak rasa susah memboikot barangan-barangan yang ada dalam senarai di internet. I can't remember when was the last time I drink coke or pepsi. Saya tak pakai kosmetik, so L'Oreal, Revlon, Garnier and Maybelline bukan benda yang susah nak dijauhi (btw, L'Oreal pnye stuff tak ada bagus mana pun, imo). I don't use designers' stuff or perfume so Armani, Boss, Tommy, M&S, Levi's, RL, CK and DKNY tak pernah ada dalam almari pun. Saya tak ada tengok movie atau tv. Juga tak layan Starbucks (layan Coffee Bean jek. LaBri pun layan gak =p) Apa barang KitKat, saya makan Twix. So generally, sangat mudah dibuat.

Tapi ada juga a few yang macam susah nak ditinggal. For example KFC, Mc Donald's dan Maggi. Saya sendiri pun turun keluar dari arrival hall kat KLIA terus cari KFC. Dan saya sangat addicted to curly fries Mc Donald's. Maggi memenuhi separuh ruang luggage kalau saya balik Korea. Ada antara kita yang macam sangat susah untuk tinggalkan tu semua. Tapi saya harap semua boleh usaha. Kalau anda rasa sungguh-sungguh gila tak mampu nak tinggalkan, try la sikit-sikit dulu ke. Kalau dulu pergi KFC order satu bucket, sekarang order la dua ketul jek ke. Kalau dulu pergi McDonalds order double cheeseburger+nugget large, sekarang order la cheeseburger kecik tu jek ke. Cuba kurangkan sikit-sikit dan sambil tu cari la alternatif lain. Belajar berkenalan dengan makanan-makanan lain yang tak kurang hebat. Atau belajar masak sendiri. Eceh~ Saya boleh ajar anda buat grilled cheese chicken sandwich dan cheezy meatballs serta burger patties. Yang penting anda cuba. Ada yang kata berapa banyak sangat la effect apa yang kita buat tu. Berkesan ke tak. Bila ditanya soalan macam ni, suka saya ingatkan semua kepada kisah tentang seekor burung kecil yang berusaha menyiram air untuk memadamkan api waktu Nabi Ibrahim dibakar. Tentang berjaya atau tak usaha kita, serahkan semua pada Allah. Yang penting kita usaha.

Er akhirya. Sedikit bahan ilmiah.

Assalamualaikum =)

2 comments:



Freena S said...

ko tgk senarainye kat mane?
aku tgk lain site, lain senarai..

Anonymous said...

kfc tk masuk dlm senaraila wak...isk2 sedihla blk2 mkn seketul dua aym kfc jek T.T maggi mknan rujiku T.T ~