Day 12/13

Day 12/13

Assalamualaikum

Post ini akan terbahagi kepada 3 bahagian. Iaitu tag, cerita mimpi malam tadi dan karangan fakta dari hati. Eceh~


Tag

Dari Cik Saida berbunyi:

Syarat dan peraturan:
Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 9 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
Silalah hasut 9 orang lain untuk melakukan perkara ini. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.



* * * **

Fakta 1 : Farini tidak boleh belajar di tempat yang senyap.
Saya dah beritahu bukan? Sebab di tempat senyap, telinga saya akan prone untuk mencari sumber bunyi. Contohnya kalau saya study pada malam-malam yang sunyi, saya akan saspen menunggu bunyi-bunyian seperti pinggan jatuh di dapur atau bunyi paip di bilik air. Ceh, pengecut rupanya.

Fakta 2 : Tidur yang cukup dan makanan yang sedap sangat penting dalam hidup Farini.
Tidur yang cukup bererti tidur 7 jam. Lazim saya tidur jam 12 dan bangun jam 8. Minus satu jam untuk solat Subuh dan sebagainya. Tidur yang tidak cukup menyebabkan saya mengamuk pada keesokan hari. Makanan yang sedap bererti semua makanan yang sedap, menggemukkan dan mahal. *gulinggulinggelak* Makanan berciri ini penting kalau mahukan diri sendiri belajar dengan penuh semangat.

Fakta 3 : Farini tidak suka mendengar radio. Menonton tv pula berciri sekali-sekala.
Apakah yang ada pada radio? Saya dah get over radio lama dulu. Haha. Siapakah yang dengar radio di Korea ni? Pastilah orang-orang dewasa yang bekerja. Para pelajar tak ada mendengar radiolah. Mereka dengar mp3 saja. Lagipun kalau mendengar radio di Malaysia macam sangat penuh dengan lagu-lagu yang entah apa-apa. Tak bosan ke dengar lagu Inggeris yang lebih kurang sama?

Fakta 4 : Farini sangat kurang pengetahuan am.
Kecuali yang perkara-perkara yang diberitahu dalam kelas, perkara lain saya tak tahu. Termasuklah perkembangan dunia engineering. Dan saya tidak berbangga langsung dengan fakta 4 ini. Saya tahu saya mesti ambil tahu. Tapi setiap kali saya bukak utusan.com.my dan membaca berita-berita terkini, wah semua berita menakutkan. Cerita perang. Cerita politik. Semua orang macam gila merebut kuasa. Bukankah sangat menakutkan?

Fakta 5 : Bila Farini bosan, kadangkala beliau membaca buku teks.
Siryes tak tipu. Gelak lah anda sesuka hati sambil mengatakan saya loser, tapi certain buku teks adalah sama irresistible dengan buku cerita, tahu? Lebih-lebih lagi buku berkulit tebal serta berkertas kualiti tinggi dan bergambar warna-warni. Woho~

Fakta 6 : Farini takut tinggi.
Ini semua orang pun tahu lah bukan? Jangan ajak saya naik roller coaster dan sebagainya. Tak kisah lah best mana tetap tak hingin. Tapi sangat ingin pergi theme parks walaupun sepuluh kali pergi dan langsung tak naik apa. Haha.

Fakta 7 : Azam yang tak tercapai-capai semenjak dua tahun lepas ialah belajar bermain ice skating.
Jangan kata nak pandai ice skating, nak pergi belajar main pun tak ada peluang. Sebab tak ada siapa nak bawak. Sedihlah bukan kalau winter baby tak tahu main ice skating?

Fakta 8 : Suka membelanjakan wang sesuka hati.
Oh ini adalah habit buruk yang sukar diubah. Sebab sentiasa berasa duit akan datang dan pergi maka kurang kesedaran untuk menyimpan. Bawak-bawaklah berubah~~

Fakta 9 : Mempunyai mimpi pelik malam tadi.
Haha. Mimpi yang entah apa-apa dan bakal diceritakan selepas ini.


Hasut 9 orang lain? Tak tahu nak hasut siapa. Eh tak baik main hasut-menghasut. Haha!



Mimpi

Er entry start tulis pagi semalam. Tapi baru pagi ni sambung. Haha. Biasalah. Busy busy. Er tipu =p Anyways, mimpi ni memang sangat pelik sampai nak sangat cerita.

Saya mimpi di atas sebab tertentu, hidung saya telah tanggal. Dan orang yang bertanggungjawab ke atas perkara tersebut telah mengambil keputusan menghantar saya buat plastic surgery dalam keadaan saya tidak sedar. Dan tiba-tiba bangun dari pengsan saya dah ada hidung baru. Which is a lot macam hidung idaman orang ramai. Mancung yang ala-ala orang Barat. Ski slope nose. Perfect with small lubang hidung. Tapi saya tak suka. Dalam mimpi tu saya dah nak menangis-nangis tak suka hidung tersebut sambil berfikir apakah hukum saya buat plastic surgery tersebut. Er tapi hidung tersebut memang tak best dan sangat tak mahulah. Saya mahu hidung saya yang ada bentuk bulat sikit kat hujung. Saya mahu err.. tak tahu macam mana nak describe hidung saya lagi, tapi saya mahu hidung saya lah! Dan plastic surgeon tu pun buatlah macam saya mahu. Dan nampak la ada sipi-sipi hidung saya sikit, tapi hidung tersebut lebih panjang dari hidung saya. Huh?

Anyways, sebaik terjaga saya rasa sangat bersyukur. Wah! Hidung saya ada lagi. Wah wah! Terus meraba hidung dengan penuh kasih sayang.

Mimpi memang mainan tidur yang mengarutlah. Tapi pun dapatlah diketahui dari situ, macam mana tak perfect pun rupa saya, saya sangat suka rupa tersebut. I admit that I am not the prettiest person anywhere, I don't stand out in the crowd, I don't get discount at shops because the shop owners think I'm pretty *like Zatul does* in fact I rarely hear people tell me I'm pretty. Yet I love the way I look. The overly round face, the uncurved brow, the sebelah-sepet-eye, the nose and the always-dry lips. Alhamdulillah I am born with this look and I am extremely happy with it, you rarely listen to me complaining about anything regarding it. In fact I can't remember the last time I do. So what if you don't think it's pretty? I still triple love it =)


Fakta dari Hati

Er dah penat tulis. Nanti-nantilah. Haha.



Assalamualaikum

2 comments:



idatazira said...

mimpi itu memberi motivasi.
wah!!

tinylittlehanna said...

mata ko sepet sebelah?aku pun..hahaha