A Bit of This and That

Assalamualaikum

Ha. Cikgu dah suruh pergi observe coffee machine. Nak observe coffee machine mesti la kena pergi coffee house. Dah pergi coffee house tu mesti la kena beli coffee dia secawan dua baru boleh mintak tengok coffee machine dia kan kan? Macamane?

Ehe :D Farini memang pandai cari alasan untuk spend RM15 for a cup of coffee kan?

Selepas 4 kelas dari pagi sampai ke malam hari ini, Farini telah makan separuh periuk nasi. Nasi ok bukan periuk. Saida Munira pasti berasa gembira. Haha.

Sabtu lalu waktu saya awal pagi ke kelas ganti, seorang pakcik menahan saya lalu bertanya itu ini. Soalan lazim yang dilontar pada foreigner aneh macam saya. Dari negara mana, belajar apa etc etc. Kenapa saya kategorikan saya sebagai foreigner aneh? Sebab pakcik dan makcik Korea semua macam lebih berminat menahan kami student Malaysia dan bertanya itu ini dari menahan mana-mana foreigner berupa paras orang Barat. See. Sangat aneh. Padahal sama foreigner lah bukan? Anyway, beliau bertanyakan major saya. Bila saya kata major saya ialah Mechanical Engineering, beliau berkata sesuatu yang saya rasa semua orang lain pun fikir tentang saya : macam mana begini punya kecik boleh major in Mechanical Engineering. Ya ya. Saya memang kecik, saya tahu. Suara pun kecik juga serupa budak Menengah Rendah. Hei hei, tapi saya super senior tahu. Tapi bila pakcik tersebut berkata demikian, saya pun cuma tergelak kecil dengan sopan. Tak tahu nak kata apa.

ABEEK non-extending memang social suicide lah. Semalam saya berjumpa student Malaysia di Kodae yang mengaku tak pernah nampak saya. Lol. Farini dah makin tidak popular. Macamane? Tapi pun akhir-akhir ni macam telah kembali menjadi introvert yang amat, iaitu tidak berapa menggemari keluar bersosial dan berjumpa kenalan mahupun junior-junior kesayangan sekalian. Entah kenapa entah.

Su Yeon bercuti semester ini. Something about learning English more before facing the cruel world of working. Saya berasa sedikit sedih. Sebab it means I won't be graduating with her. And she is spending the semester in Busan which kind of mean tak tahu bilakah akan bersua muka lagi.

Eh mari beritahu kamu semua suatu perkara kelakar yang di post kan oleh Kiki a.k.a Bibik di facebook wall saya. Saya tahu kamu semua jarang2 melawat wall saya. Tapi tak apa. Saya copy sini. Apparently, Adini memang pandai membuat kelakar yang innocent betul. Iaitu dia tak tahu apakah yang betul dan salah untuk dicakap. Macam bercakap mengikut suka hati apa-apa saja yang terlintas dalam kepala.

Scene 1 :*Ummi sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja*
Ardini : Ummi cantiklah..
Ummi : Cantik macam apa?
Ardini : Macam lembu..

Beliau mesti berasa yakin beliau dah dapat perumpamaan yang tepat. Lol. Salah la Ardini. Cantik bukan macam lembu. Pergi belajar Bahasa Melayu dengan nenek lagi.

Scene 2 :
Ummi : Ni, semua orang ada lampu raya kat rumah dia, Ni.. Rumah kita tak ada pun..
Ardini : Ha, rumah kita tak ada pun..
Ummi : Rumah kita ada apa?
Ardini (dengan nada sedih) : Rumah kita ada peti surat je..

Entah macam mana dia boleh compare lampu raya dengan peti surat. Mesti dia pikir ada apa benda yang bergantung depan rumah dia. Dan entah mana dia belajar perkataan peti surat.

Sekian macam sangat banyak cakap bukan.

Assalamualaikum

3 comments:



idatazira said...

ardini sgt lucu woh sampai skt perut gelak nih
hahahahahaha

yey farini mkn separuh periuk nasik.
kenape separuh je?
periuk tu mst saiz kecil saje mcm student aneh tu.
pasni sile aim 1 periuk nasik pulak heh?
barula cpt membesar :D

hohoho

pphoenix said...

sbb kalau makan habis satu periuk nnt housemate akan nangis satu periuk sebab tak dapat makan :D

pphoenix said...
This comment has been removed by the author.