Kawan

Kawan

Assalamualaikum

Pagi ni saya terjaga dari mimpi yang penat. Tangan kanan rasa kebas sebab mengalas kepala sejak jam 9 lebih waktu Moshitta call saya. Mesti nak tanya mimpi apa yang penat, kan? Mimpi penuh emosi di mana Moshitta umm.. mengasari saya. Oh ok. Mimpi semata.

Pagi ni buatkan saya berfikir. Membilang2 dengan jari. Berapa ramai agaknya kawan, teman dan sahabat yang saya dah hilang sampai sekarang? Mungkin orang lain, tak kisah tak bertegur sapa dengan kawan2 yang mereka tak suka, yang mereka tak kenal rapat, yang mereka bergaduh dengan kawan itu. Tapi Moshitta selalu kata pada saya pada bila2 masa. Dalam dunia ni ada macam2 jenis orang. Jadi jangan ambil hati sangat kalau mereka buat apa. Cuba fahami mereka dan terima mereka seadanya. Tentang kawan yang dulu saya cerita itu. Sekarang kami dah baik. Alhamdulillah. Jujur saya kata saya menangis gembira waktu dapat SMS dari kawan itu. Kerana saya sabar amat menunggu dia memaafkan saya. Dan cuti ini kami boleh keluar bersama. Berbual2 cerita yang lama kami tak bual kan. Saya sangat gembira. Kerana saya suka kawan2 saya.

Tapi kadang2 kita akan hilang kawan terus. Terkadang atas sebab masa. Terkadang atas sebab hidup yang kini berbeza. Dan terkadang pula atas satu peristiwa yang tak termaaf.

Dulu saya dan Moshitta teman rapat. Kami kawan baik. Lama. Lama sebelum saya berkawan baik dengan kawan2 lain. Tapi bila hubungan kami berubah saya hilang kawan baik saya itu dan instead saya ade seorang bakal tunang teman lelaki =p Ok. Sempat berlawak jenaka. Kalau dulu kami maen kejar2 tepi sungai, pijak2 kasut, sepak2 kaki.. oh sekarang kami tak boleh buat tu semua. Tipu kalau saya kata saya tak rindu waktu dulu itu. Tapi dulu kan lain. Sekarang dah lain. Good point is, kalau dulu bila saya luahkan masalah pada Moshitta, dia akan dengar saja. Tak kan komen apa, tak kan kata apa. Sebagai kawan, Moshitta adalah pendengar yang baik. Tapi sekarang kalau cerita masalah, panjang lebar huraian pendapat yang saya boleh dengar. Buat pertama kali saya rasa waktu itu, rupanya Moshitta ada the other side yang saya tak pernah kenal sebelum ini.

Saya selalu rasa, bila seorang kawan tak mahu maafkan saya, mungkin nanti2, esok2, pasti kawan itu akan maafkan. Dan kami akan kembali jadi kawan. Macam biasa. Macam dulu. Tapi pun kadangkala dalam hidup ada peristiwa yang tak termaaf. Jadikan kawan kita jauh dari kita. Jauh tak tercapai. Dan kita kembali jadi kurang signifikan dalam hidup dia.

Tapi bagaimanapun saya akan cuba. Kekalkan semua kawan2 saya signifikan dalam hidup saya. Kalau ada sesuatu yang tak termaaf pun saya akan cuba sedaya upaya maafkan. Sebab saya betul2 hargai semua.

Till then =)


*oh ya. saya dah dapat piano kak tass. dia jual krw200 000. caj pindah krw50 000. that's my birthday and convo present for myself =)

1 comments:



Anonymous said...

kite suke lah blog kamu yang ini :)

-oked- (debot uh :P)