Kisah Lama

Kisah Lama

Assalamualaikum


-taken summer 2005

Tiba-tiba teringat kisah lama. Eheh~ Kepala tengah mereng study fizik utk quiz malam ni. Esok ada report+quiz lagi. Sigh. Now that I think about it, I don't mind writing 20 korean sentences everday anymore. Or write summaries from newspaper article. Or listing ideas for debate. Or preparing for public speaking...

I miss SNU.

A lot...






P/S: Saya tau saya nampak gelap dlm gambar tu. It was summer. You'd understand right? =p

Start of Another Week

Start of Another Week

Assalamualaikum

In the previous post, kan saya bercerita pasal saya kena tinggal sendiri kat rumah menghadap buku while Moshitta pergi berseronok-seronok kan? Cuba teka apa saya buat malam tu?? Mesti la saya pun pergi join sama. Walaupun tak dapat invitation. Haha~ Selaku satu-satunya budak perempuan kat Mechanical biasa la dapat special invitation =p. Ceh. Special invitation konon. Padahal maen crash jek party orang. Tapi tu pun crash secara bermoral tau. Mintak izin dulu dan datang membawa buah tangan. Ahah~ Ye la. Buatnya nak crash party pastu diorang kunci pintu tak kasik masuk, kan ke naya =p. Buah tangan tu macam kata Fifi la kan. Manner. Kali pertama datang sini lagi senior dah ajar. Datang rumah orang mesti bawak buah tangan. Er takde la diorang ajar. Tapi diorang datang rumah kitorang bawak ape-ape. Secara automatik, lepas tu kalau gi rumah orang time ada majlis keramaian, mesti bawak ape-ape.

Homework saya siap semalam. Programming macam nak pengsan. Staring at source code for 2 hours. Sakit-sakit tangan tulis report. Saya summarize benda 2 page boleh jadi 3 page. Aik? Pelik kan? Autobiography essay? Dah tak larat nak mencipta jalan cerita umpama cerita filem. 2 muka jek sudah.

Oh ye. Waktu kat rumah Acap that day, Asif asked my favor for a piece in the coming Cetusan. Dalam memujuk-mujuk saya menulis, dia pun bukak la cerita pasal blog ni la. Cess. Ramai gak budak lelaki yang baca. Ingat budak2 Mechanical jek. Anyway, balik tu saya belek-belek Cetusan yang lepas. Semua adalah karya orang dewasa. If it isn't an article about cool lifestyle, mesti ialah suatu hasil penulisan serius yang melibatkan critical thinking dari orang-orang yang tinggi ilmu. Saya? Blog ni pun karya picisan jek. Taknak la hasil penulisan saya nampak sampah bila dibukukan sebaris dengan karya lain. I mean, we are currently talking about writing for the future engineers' reading. Bukan tulisan yang dibaca pada masa lapang. Atau hasil luahan emosi.

Jadi, ada siapa-siapa nak tolong berikan idea ape yang patut saya tulis?

Till then =)

Weird Me

Weird Me

Assalamualaikum

Oh ye. Biar saya beritahu satu lagi perkara. Saya amat emo akhir-akhir ini. Sampai hal kecik pun boleh buat saya bermasam muka.

The point is, it's been forever since saya dapat a proper sumptous meal okeh. Saya mahu makan dengan sedap dan banyak. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab tekanan belajar? Pelik kan? Sejak bila saya belajar melepaskan tekanan dengan makan. Argh~

Tak kira! Dapat makan dengan baik baru boleh belajar dengan baik dan terus-menerus 24 jam tanpa henti menatap free-body diagram dan mengira2 daya pecutan halaju dan segala macam benda yang boleh dikira ke atas sebijik benda.

And the thing is, saya tak ada masa pun untuk those proper meals. And even if I do, the rest around me don't.

Dan berasa sangat tak puas hati sebab Moshitta dapat invitation Acap punya BBQ party whereas I'm going to be stuck at home makan megi bersama buku teks C++.

Oh. Saya sangat pelik hari ni.

Long Story Long

Long Story Long

Assalamualaikum

Oh. Nampaknya blog ini cuma akan diupdate seminggu sekali jek sebab saya tengah gila busy dengan real life sekarang. Real life yang tak berapa ada life sangat. Hari2 bangun tidur terus straight ke meja bukak buku fizik. Calculate itu ini. Tulis report berhelai-helai. Tak pun bukak pc. Bukan tengok friendster ke blog okeh. Tengok source code sampai nak muntah. Tapi at least source code lebih menarik dari buku teks robotic saya. Hampeh membosankan. Nak abes baca satu chapter pun bagai nak pengsan.

Makanya semalam selepas kelas saya berborak dengan Moshitta.

"Awak. Saya lack reading material la.. Nak gi Kyobo beli buku."

"Buku ape? Buku Fizik?"

Rasa nak pengsan dengar jawapan Moshitta. Nak terguling-guling pun ada gak.

"Awak, buku teks Fizik saya ada 2 dah tu. Tu pun tak abes baca lagi. Saya nak buku cerita T.T"

Ya saya ada dua buku teks Fizik. Satu ialah College Physics yang kitorang guna time dekat DYTC dulu and satu lagi Fundamental of Physcics yang saya guna sekarang. Belajar Fizik dari form 4 sampai la 3rd year university, saya tetap gak kantoi Fizik. Gile ah. Fizik lagi susah dari semua subjek major combined together tau.

Tapi talking of storybooks, lately there aren't much good books around. Mind you, saya bukan lagi the 5 years old Farini yang korang sumbat dengan buku apa sekali pun semua saya bantai baca. Termasuklah buku The Three Musketeers in classic English. Eheh~ Sekarang saya agak memilih buku. And the ones that saya akan beli without reading the synopsis are Sophie Kinsella's. So semalam waktu saya tengah berfikir-fikir nak beli buku apa, saya go to Sophie Kinsella's official website. Dan rasa nak menjerit. Hello? Buku tu dah direlease like a month ago. How come saya tak tahu?? Campus life sangat busy ke? Dan saya terus kata pada Moshitta.

"Awak. Saya nak gi Kyobo."

"Sekarang?" It was 7.20p.m. Waaaaayyy past Maghrib ok. Jangan salah sangka.

Saya angguk.

Dan sudahnya, malam tadi saya pergi Kyobo. Sambil mengambil angin malam bandar Seoul. Terasa bahagia kejap. Umpama tak ada report menggunung menanti di rumah sungguh. Eheh~ And I grabbed another book, The Princess Academy from a not-so-known author but no biggie. I can just collect it.

That's book story. Really, if there are two things that differs me from the past me, it's the love to mirrors and storybooks.

Lately saya realized, I don't mind living without a mirror. It's been years actually, that I haven't been appreciating one. The old me could spend hours just staring at a mirror, considering my bedroom in Malaysia have got a full-length one. But now the only mirrors I look at everyday are the ones in the bathrooms. I rarely even need to take a look at the mirror before I go out everyday. I've come to consider that standing in front a mirror trying my best to look perfect is just a waste of time. At the end I'll still be the plain Farini. Trust me, I've tried.

And then there's the books. Entah sejak bila saya rasa kurang senang baca buku yang entah tidak tahu mana asal-usulnya. Kalau bukan dari author ternama, rasa tak tahu nak baca atau tidak. Lagi-lagi novel-novel Melayu yang isinya kebanyakannya prototype. Duh~ Tapi pun ada gak novel author ternama yang saya tak baca. Saya tak baca Danielle Steel or Stephen King. Sebab sangat bosan. Saya tak suka cerita-cerita berat macam murders, affairs, scandals bla bla bla. Terlalu orang dewasa. And so over the time, unlike Kiki yang has a variety of stories up her shelf (all teenage stories, of course. And she particularly loves The Princess Diaries series), I have only popular books. Everything by Sophie Kinsella's, LoTR, Harry Potters and a jumble of few others.

In the surface, I still am the same Farini from years back. Moshitta said so that day I was wearing the same red sweater and the same frameless specs I wore back at SNU (my purple-framed lost it's screw and I haven't had time to go to the optician). He said I look just like me 2 years back. But I've changed a lot. I don't read as much books. I don't spend my time sleeping, in fact I rarely have a nap. I know how to cook.

Ok dah panjang. You guys must be bored. But since saya cuma boleh tulis seminggu sekali, so faham-faham, ok.

Till then =)

Beautiful Weekend

Beautiful Weekend

Assalamualaikum

Saturday. Saya dan Zatul bantai tido sampai pukul 10. Sampai la Eff call kejut. Haha =p. Letih dengan minggu pertama pelajaran. Saya tekad tak mahu tinggalkan report sampai last minit lagi. Kalau tak jawabnya, macam semalam laa. Beberapa minit lepas tu Moshitta lak call. Dia dah bersiap nak pergi maen badminton. Siap bising2 lagi sebab saya bangun lambat. Uh~

Oh ya, beberapa hari lepas, kami ke 물리학 교양실 di 제2공학관, sort of cam office yang menguruskan subjek elektif fizik kat 2nd college of engineering. Time tu nak tuka tutorial english untuk fizik kami. Then T.A kat office tu bagi kami nama T.A baru and tempat nak cari semua, written on post-it paper kaler hijau. Since time tu kitorang tengah rushing nak ke lab, saya pun maen lekat jek bende tu on top of my purple file. Dan tibe2 saya rasa, hijau dengan purple sangat cantik =p

Kelas Robot Engineering yang lepas, kitorang tengok video project2 last year. Oh nampak senang dan takdela canggih mane. But mesti macam nak pengsan buat. I don't mind the programming part, tapi saya kene learn labVIEW sendiri la nampaknya. Coz there's no class kn. And since masuk kelas tu, saya sampai sekarang sebelum tido asyik pikir nak buat ape untuk project saya. Duh~

Oh ye. Malam tadi saya mimpi dini makan keladi goreng cicah sambal kicap.

Aniiiiiiiiiiiii~~

Till then =)

Demam Politik

Demam Politik

Assalamualaikum

Rabu ialah hari rehat saya in the middle of the hectic week. Just to catch my breath *wink*. Lagu baru in the media box tu is my latest fave song. OST from Bring It On : In It To Win It.

Ok saya sangat banyak kerja. But saya tak boleh nak figure out camne saya nak buat graf using excel, mengikut kriteria yang dikehendaki oleh cikgu tu. And perut saya sakit. Adekah sebab makan masakan sendiri tadi?

Oh well, tadi after lecture physics, saya ke pasar Bomun. Buat kali pertama. And my first impression : GILE MAHAL. Semua benda mahal. Dari bawang putih ke lada hijau ke ikan kkongchi. Haha. Taktau ape nama ikan tu dalam bahasa melayu =p

Then masak sendiri. Ok. Takde la tak sedap. Tapi pun tak tau entah ape yang tak kena. Dah lama tak masak kot. Haihh~ Masak lemak pun boleh kantoi. Nasib baik ada lagi 2 tahun nak praktis before kahwin. Eheh~

Oh ya, semua blog sekarang sibuk cerita tentang pilihanraya umum yang lepas kan? Even 2 blog favorite saya menyatakan 2 pendirian yang berbeza. Sila jangan tanya saya di pihak mana. Sebab bagi saya, saya masih terlalu mentah dan muda untuk memberi pendapat. Tak kisah la kamu nak kata saya tak ambil peduli hal sekitar ke, tak semangat patriotik ke, lalai dalam tanggungjawab memilih pemimpin ke... itu tanggapan kamu. Bagi saya adalah lebih baik saya berdiam diri di atas sesuatu yang saya tak tahu, dari sibuk bersuara sana sini lagak saya tahu. Selama ini apa yang saya dengar adalah dari media semata. Atau mulut orang lain. Ada yang mungkin fitnah. Ada yang mungkin betul. Biarla orang yang lebih arif di bidang tu yang bukak mulut sana-sini. Saya ni bidang sendiri pun belum cukup arif. Uh~

Saya tak kenal politik Malaysia. Seperti mana anda-anda semua kenal politik Malaysia. Katak bawah tempurung kah saya? Mungkin. Tapi saya kenal politik server. Haha. Dan dari politik server, saya kenal erti politik. Semua orang akan kata buruk tentang lawan dan kata baik tentang diri sendiri. Dan ada masa tiba-tiba orang yang suatu masa dulu enemy, boleh holdhands sesama sendiri pada waktu tertentu. Memetik kata sape tah dalam server hari tu, "The enemy of my enemy is my friend." Duh~ Tapi selalu saya fikir. Tak boleh ke bersaing secara sihat jek ek? I mean, tak payah la sibuk2 kutuk orang lain. Tak payah la sibuk2 angkat diri sendiri. Action speaks louder than words kan? Rather than bercakap menyembur2 why not prove it? I mean, we at SS/SS/SR/SE takyah sibuk nak flaming kat forum or sibuk nak canangkan that we are the best clan on server like Legends did pun, people know we are strong as a clan.

Besides, kenapakah seseorang menilai seorang yang lain melalui parti. Dalam setandan pisang mesti ada yang busuk kan. Tapi jangan la kata seluruh pisang tu busuk. Kan dah belajar time kat sekolah dulu. Tiap2 parti pun mesti ada kekurangan masing-masing. Tapi pun dalam tiap2 parti pun mesti ada yang masih tulus ikhlas buat kerja untuk kemajuan negara dan rakyat tanpa fikir kepentingan diri. Contohnya papa. Saban pilihanraya kerja keras. Dan kerja itu saya tahu atas niat untuk memastikan negara terus maju. Bukan sebab papa nak dapat title YB ke nak duduk di parlimen ke ape. In fact papa tak pernah masuk bertanding pun. Tak minat. See.. jadi jangan la suka-suki mengata seluruh isi sesebuah parti. Kata orang yang salah jek sudah. Jangan yang tak salah pun jadi mangsa.

Ok. Sebab tu saya tak suka politik sangat. Dark. And twisted. Baik saya pikir homework physics ni ha.

Till then =)

A Jennifer

A Jennifer

Assalamualaikum

She's so beautiful, she is super nice
Everybody says she's special
She is wonderful, unbelievably sweet
I guess she's perfect

Jennifer by M2M

Self Confidence

Self Confidence

Assalamualaikum

I hate it when my self-confidence hit bottom rock.

And I still got physics report to be done by tomorrow.

Which means I have zero time to care.

Relative and Selfishness

Relative and Selfishness

Assalamualaikum

Haaa~ Bile dah start update, banyak la plak nak cakap kan? Eheh~ Tanak cakap panjang. But I have to say this.

Universities at Korea are currently using the relative evaluation system. Which means no matter how good you are, if 10 other people in your class are better than you, that makes you a loser. In short everybody else except yourself is enemy. Every single person that is absent gives extra points to you. So do those that forget their homeworks and those who didn't do well in exams. Every single point that they lost is a gain to you. Cruel, isn't it?

In my opinion, relative evaluation system not only teaches students about rivalries, it teaches students what selfishness really means. Students will start thinking that it doesn't matter if others don't go to classes. So long as they go. In fact, the more they don't go, the better it gets to them. The more others don't know, the better for them.

But then again this become a wake up call for people on who's friend and who's not. Who's willing to set aside the whole rivalries thingy and stick to the so-called bond of friendship.

To me, winning is important. But I'd never want to win alone. There's no joy in winning yet seeing your friends lose. Trust me.

But if you want to keep on with it, go on. And one day you'll know how it really feels like doing everything on your own.

Till then =)

Morning Bread

Morning Bread

Assalamualaikum

Hari ni bangun sebelum pukul 8 walaupun kelas pukul 2. Awal kan? Sebab dah terasa tidur sangat lama. Walaupun tak tau sangat malam tadi tidur pukul berapa. Tapi rasa lame jek.

Tadi borak dengan Mekdi. Mekdi kata Amirah yang masuk 1st year SNU spent 60 000 won untuk 2 buah buku yang tebal2 belaka. Mekdi kata Amirah bersarapan pagi buku matematik. Mekdi kata Amirah hari2 balik kelas check internet tengok ada homework tak. Mekdi tanya saya, saya pun takde life cam Amirah gak ke?

Oh. Mesti la tidak. Saya spent 70 000 won untuk 2 buah buku yang takde la tebal mane pun. Saya baca bedtime story Robot Modelling and Control dan bersarapan nota lecture hari sebelum itu. Saya tak check internet hari2 selepas balik kelas tapi saya check hari2 setiap 15 minit sebab pada bila2 masa sahaja assignment dan nota lecture akan muncul. Saya masih ade life. Campus life. Atau dalam bahasa Koreanya 대학생활.

Student Malaysia camtu ke ek? Adekah kerana DYTC telah memanjakan kitorang so bila merasa campus life yang betul dah terasa macam no life? Selama ni no life dalam kamus hidup saya adalah apabila pergi levelling selama 5 jam tanpa henti sambil farming ancient adena dan drops dalam catacomb. Sekarang jangan kata nak maen game, sebut lineage pun dah takde hati. Saya cuba untuk tidak kisah keluar berpuluh ribu won untuk buku teks. By the way, harga buku2 cerita dan novel saya kan lebih kurang sama jek. Tapi still saya rasa kosong.

Sangat teringin mahu tengok movie. Sangat teringin mahu berdinner romantik bersama Moshitta. Sangat teringin mahu duduk2 di krispy kreme menghirup secangkir kopi bersama donat2 yang lebih sedap dari j.co donuts. Sangat teringin mahu berbuai riang sambil makan patbingsu di canmore.

Tapi oleh kerana saya ialah seorang siswi universiti, ke hulu ke hilir perlulah bersama buku2. Sewajarnya aktiviti melepak di krispy kreme digantikan dengan duduk membaca buku di lounge G hana square sambil menonggak setin air kopi let's be diselangi muzik dari grand piano yang dimainkan oleh pelajar lain. Romantik dinner seharusnya adalah megi bersama telur selepas menyiapkan homework General Physics. Movie seharusnya adalah discovery channel semata. Berbuai riang kat canmore?? Mimpi laa...

Mulai dari sekarang, saya nak bukak satu kelab baru yang mampu menyaingi ke-elite-an kelab single Mekdi. Kelab tersebut akan saya nama kan "NERD IS COOL!" So, sape nak jadik ahli pertama??

Till then =)

From Kodae with Love

From Kodae With Love

Assalamualaikum

Helo helo helo! Lame kan tak update. Mintak maaf kepada yang merindui update tapi sekarang memang busy tahap gaban. Hari tu nak pindah pun terpaksa mintak tolong Azman ngan Hadi angkut barang. Dengan Ayie 67 ngan sape tah nama junior baru tu. Haha =)

Rumah baru saya? Kecik cam rumah lama. Tapi saya ada bilik sendiri lagi. Buat pengetahuan anda yang tak tahu, dari saya sampai Korea 3 tahun setengah yang lepas sampai la sekarang ni, saya sentiasa ada bilik sendiri. Sangat privacy kan? Ya. Saya suka privacy. Bukan kerana saya nak sangat privacy. Tapi saya risau ganggu privacy orang lain. Sekian.

Sekolah baru saya? Ya. Sekolah. Saya tak kire la korang panggil university ke kampus ke ape ke yang nampak up sket ke, saya panggil tetap SEKOLAH. Sekolah baru saya sangat cantik. Dengan bangunan batu (ade bangunan cardboard ke?) ala2 castle. Sungguh indah waktu snow yang dah 3-4 kali turun dengan lebatnya lewat kebelakangan ni. Tapi tu main campus la. School of engineering, tempat saya melepak hari2 tu bangunannya lebih kurang jek dengan bangunan kat SNU. Haha =p

Tapi kerana saya sekarang belajar di universiti yang ada nama di Korea ni, universiti yang syarikat2 gergasi Korea donate kan berbillion2 untuk bina infrastruktur yang canggih2 belaka, maka belajar pun mesti la seksa kan? Jangan kata belajar, nak susun jadual waktu pun kitorang separuh gila. Belum pun habis seminggu pertama, kepala saya hari-hari rasa berat. Walaupun kelas mostly petang, hari2 kena bangun pukul 9. Semalam after kena kurung dalam bilik seminar tu sebab nak settle kan credit transfer, saya mintak time-out jap dari Azman dengan Ajoi. Buat homework physics nanti2 sebab kepala saya letih gile. Saya nak balik rumaaaaaaaaahhhh~~

Dan belum pun habis minggu pertama, saya rasa saya dah tak nampak muka Moshitta sangat. Hello~ Belajar satu sekolah tapi possibility untuk terserempak tu next to zero. Uh~ Sudahnya kami buat perjanjian, tak kira camne busy sekali pun, makan lunch mesti bersama. Sebab kelas petang kami yang penuh. Hari ni jek saya ada kelas straight dari 3.30 hingga jam 9. So dinner bersama agak impossible.

Gila kan study di universiti ternama. Yang tak ternama cam Inha tu pun saya rasa sama jek nak gila kot. Pendek kata study di universiti Korea memang separuh gila. Pelik betul mana2 student Korea yang sanggup bunuh diri kalau tak pass exam kemasukan ke universiti. Patutnya diorang happy sebab tak payah la nak spend another 4 years separuh gila belajar. Kan?

Till then =)