Morning Bread
Assalamualaikum
Hari ni bangun sebelum pukul 8 walaupun kelas pukul 2. Awal kan? Sebab dah terasa tidur sangat lama. Walaupun tak tau sangat malam tadi tidur pukul berapa. Tapi rasa lame jek.
Tadi borak dengan Mekdi. Mekdi kata Amirah yang masuk 1st year SNU spent 60 000 won untuk 2 buah buku yang tebal2 belaka. Mekdi kata Amirah bersarapan pagi buku matematik. Mekdi kata Amirah hari2 balik kelas check internet tengok ada homework tak. Mekdi tanya saya, saya pun takde life cam Amirah gak ke?
Oh. Mesti la tidak. Saya spent 70 000 won untuk 2 buah buku yang takde la tebal mane pun. Saya baca bedtime story Robot Modelling and Control dan bersarapan nota lecture hari sebelum itu. Saya tak check internet hari2 selepas balik kelas tapi saya check hari2 setiap 15 minit sebab pada bila2 masa sahaja assignment dan nota lecture akan muncul. Saya masih ade life. Campus life. Atau dalam bahasa Koreanya 대학생활.
Student Malaysia camtu ke ek? Adekah kerana DYTC telah memanjakan kitorang so bila merasa campus life yang betul dah terasa macam no life? Selama ni no life dalam kamus hidup saya adalah apabila pergi levelling selama 5 jam tanpa henti sambil farming ancient adena dan drops dalam catacomb. Sekarang jangan kata nak maen game, sebut lineage pun dah takde hati. Saya cuba untuk tidak kisah keluar berpuluh ribu won untuk buku teks. By the way, harga buku2 cerita dan novel saya kan lebih kurang sama jek. Tapi still saya rasa kosong.
Sangat teringin mahu tengok movie. Sangat teringin mahu berdinner romantik bersama Moshitta. Sangat teringin mahu duduk2 di krispy kreme menghirup secangkir kopi bersama donat2 yang lebih sedap dari j.co donuts. Sangat teringin mahu berbuai riang sambil makan patbingsu di canmore.
Tapi oleh kerana saya ialah seorang siswi universiti, ke hulu ke hilir perlulah bersama buku2. Sewajarnya aktiviti melepak di krispy kreme digantikan dengan duduk membaca buku di lounge G hana square sambil menonggak setin air kopi let's be diselangi muzik dari grand piano yang dimainkan oleh pelajar lain. Romantik dinner seharusnya adalah megi bersama telur selepas menyiapkan homework General Physics. Movie seharusnya adalah discovery channel semata. Berbuai riang kat canmore?? Mimpi laa...
Mulai dari sekarang, saya nak bukak satu kelab baru yang mampu menyaingi ke-elite-an kelab single Mekdi. Kelab tersebut akan saya nama kan "NERD IS COOL!" So, sape nak jadik ahli pertama??
Till then =)
2 comments:
nerd? no no no
geek is cool
go go go
sy mng!! baru beli 2 buku electronic =krw 80 000=rm320 T.T blaja punya psl.lyn jek =p
Post a Comment