From Kodae With Love
Assalamualaikum
Helo helo helo! Lame kan tak update. Mintak maaf kepada yang merindui update tapi sekarang memang busy tahap gaban. Hari tu nak pindah pun terpaksa mintak tolong Azman ngan Hadi angkut barang. Dengan Ayie 67 ngan sape tah nama junior baru tu. Haha =)
Rumah baru saya? Kecik cam rumah lama. Tapi saya ada bilik sendiri lagi. Buat pengetahuan anda yang tak tahu, dari saya sampai Korea 3 tahun setengah yang lepas sampai la sekarang ni, saya sentiasa ada bilik sendiri. Sangat privacy kan? Ya. Saya suka privacy. Bukan kerana saya nak sangat privacy. Tapi saya risau ganggu privacy orang lain. Sekian.
Sekolah baru saya? Ya. Sekolah. Saya tak kire la korang panggil university ke kampus ke ape ke yang nampak up sket ke, saya panggil tetap SEKOLAH. Sekolah baru saya sangat cantik. Dengan bangunan batu (ade bangunan cardboard ke?) ala2 castle. Sungguh indah waktu snow yang dah 3-4 kali turun dengan lebatnya lewat kebelakangan ni. Tapi tu main campus la. School of engineering, tempat saya melepak hari2 tu bangunannya lebih kurang jek dengan bangunan kat SNU. Haha =p
Tapi kerana saya sekarang belajar di universiti yang ada nama di Korea ni, universiti yang syarikat2 gergasi Korea donate kan berbillion2 untuk bina infrastruktur yang canggih2 belaka, maka belajar pun mesti la seksa kan? Jangan kata belajar, nak susun jadual waktu pun kitorang separuh gila. Belum pun habis seminggu pertama, kepala saya hari-hari rasa berat. Walaupun kelas mostly petang, hari2 kena bangun pukul 9. Semalam after kena kurung dalam bilik seminar tu sebab nak settle kan credit transfer, saya mintak time-out jap dari Azman dengan Ajoi. Buat homework physics nanti2 sebab kepala saya letih gile. Saya nak balik rumaaaaaaaaahhhh~~
Dan belum pun habis minggu pertama, saya rasa saya dah tak nampak muka Moshitta sangat. Hello~ Belajar satu sekolah tapi possibility untuk terserempak tu next to zero. Uh~ Sudahnya kami buat perjanjian, tak kira camne busy sekali pun, makan lunch mesti bersama. Sebab kelas petang kami yang penuh. Hari ni jek saya ada kelas straight dari 3.30 hingga jam 9. So dinner bersama agak impossible.
Gila kan study di universiti ternama. Yang tak ternama cam Inha tu pun saya rasa sama jek nak gila kot. Pendek kata study di universiti Korea memang separuh gila. Pelik betul mana2 student Korea yang sanggup bunuh diri kalau tak pass exam kemasukan ke universiti. Patutnya diorang happy sebab tak payah la nak spend another 4 years separuh gila belajar. Kan?
Till then =)
2 comments:
budak korea kat kls aku tu x gile blaja pon..
kat ulsan ni bahagia je.. x gila pon. steady je blaja macho2.. kahkahkah.. kiteorg pon hyundai support berbillion2 gak...
Post a Comment