Demam Politik
Assalamualaikum
Rabu ialah hari rehat saya in the middle of the hectic week. Just to catch my breath *wink*. Lagu baru in the media box tu is my latest fave song. OST from Bring It On : In It To Win It.
Ok saya sangat banyak kerja. But saya tak boleh nak figure out camne saya nak buat graf using excel, mengikut kriteria yang dikehendaki oleh cikgu tu. And perut saya sakit. Adekah sebab makan masakan sendiri tadi?
Oh well, tadi after lecture physics, saya ke pasar Bomun. Buat kali pertama. And my first impression : GILE MAHAL. Semua benda mahal. Dari bawang putih ke lada hijau ke ikan kkongchi. Haha. Taktau ape nama ikan tu dalam bahasa melayu =p
Then masak sendiri. Ok. Takde la tak sedap. Tapi pun tak tau entah ape yang tak kena. Dah lama tak masak kot. Haihh~ Masak lemak pun boleh kantoi. Nasib baik ada lagi 2 tahun nak praktis before kahwin. Eheh~
Oh ya, semua blog sekarang sibuk cerita tentang pilihanraya umum yang lepas kan? Even 2 blog favorite saya menyatakan 2 pendirian yang berbeza. Sila jangan tanya saya di pihak mana. Sebab bagi saya, saya masih terlalu mentah dan muda untuk memberi pendapat. Tak kisah la kamu nak kata saya tak ambil peduli hal sekitar ke, tak semangat patriotik ke, lalai dalam tanggungjawab memilih pemimpin ke... itu tanggapan kamu. Bagi saya adalah lebih baik saya berdiam diri di atas sesuatu yang saya tak tahu, dari sibuk bersuara sana sini lagak saya tahu. Selama ini apa yang saya dengar adalah dari media semata. Atau mulut orang lain. Ada yang mungkin fitnah. Ada yang mungkin betul. Biarla orang yang lebih arif di bidang tu yang bukak mulut sana-sini. Saya ni bidang sendiri pun belum cukup arif. Uh~
Saya tak kenal politik Malaysia. Seperti mana anda-anda semua kenal politik Malaysia. Katak bawah tempurung kah saya? Mungkin. Tapi saya kenal politik server. Haha. Dan dari politik server, saya kenal erti politik. Semua orang akan kata buruk tentang lawan dan kata baik tentang diri sendiri. Dan ada masa tiba-tiba orang yang suatu masa dulu enemy, boleh holdhands sesama sendiri pada waktu tertentu. Memetik kata sape tah dalam server hari tu, "The enemy of my enemy is my friend." Duh~ Tapi selalu saya fikir. Tak boleh ke bersaing secara sihat jek ek? I mean, tak payah la sibuk2 kutuk orang lain. Tak payah la sibuk2 angkat diri sendiri. Action speaks louder than words kan? Rather than bercakap menyembur2 why not prove it? I mean, we at SS/SS/SR/SE takyah sibuk nak flaming kat forum or sibuk nak canangkan that we are the best clan on server like Legends did pun, people know we are strong as a clan.
Besides, kenapakah seseorang menilai seorang yang lain melalui parti. Dalam setandan pisang mesti ada yang busuk kan. Tapi jangan la kata seluruh pisang tu busuk. Kan dah belajar time kat sekolah dulu. Tiap2 parti pun mesti ada kekurangan masing-masing. Tapi pun dalam tiap2 parti pun mesti ada yang masih tulus ikhlas buat kerja untuk kemajuan negara dan rakyat tanpa fikir kepentingan diri. Contohnya papa. Saban pilihanraya kerja keras. Dan kerja itu saya tahu atas niat untuk memastikan negara terus maju. Bukan sebab papa nak dapat title YB ke nak duduk di parlimen ke ape. In fact papa tak pernah masuk bertanding pun. Tak minat. See.. jadi jangan la suka-suki mengata seluruh isi sesebuah parti. Kata orang yang salah jek sudah. Jangan yang tak salah pun jadi mangsa.
Ok. Sebab tu saya tak suka politik sangat. Dark. And twisted. Baik saya pikir homework physics ni ha.
Till then =)
0 comments:
Post a Comment