Things to Ponder

Things to Ponder

Assalamualaikum

Kira-kira 12 jam yang lalu, saya menghadap pc ni dengan penuh rasa nak muntah. Kepala semacam hendak berpecah-belah. Seolah kebolehan berfikir sudah sampai limitnya. Tapi saya tetap push dan push. Term project wajib siap dan hantar pada hari ini. Sudah mendesign separuh gila sejak malam tadi. Oh tapi masih tidakla sedahsyat Chika yang tidak tidur malam. Saya masih tidur lena. 6 jam lagi. Kerana itulah hari ini rasa dahsyat amat. Selesai saja term project, kepala rasa berdenyut amat. Perut pun begitu juga. Tak makan sejak pagi sedangkan kepala didera menggunakan sepenuh tenaga. Pening yang baring pun tak terasa hilang pening.

Jadinya saya pergi mandi dengan bahagia menggunakan shower gel herbal haruman lavender. Therapy yang elok kan? Kemudian ke Hanyang. Jumpa Moshitta yang baru habis match badminton. Balik semula ke KU. After maghrib saya ke MYEONGDONG!

Hoooraaayyyyy~ Macam sangat bahagia sebab awal-awal dah kata selesai term project ini mahu merehatkan otak. Memang otak sangat perlu lah rehat sebab mulai esok dah kena prepare untuk exam final 2 minggu yang akan datang. Semacam sangat nak terpengsan-pengsan kan?

Selepas dinner yang sangat sedap dan makan dengan sangat kenyang, Moshitta ditipu oleh saya berjalan-jalan ke kedai baju. Dan uwahhh~ Selepas kepala saya terasa semacam hendak terpecah-belah pagi tadi, nampaknya account bank saya pula yang hendak terpecah-belah bulan ini. Saya beli baju. 5 helai. Di satu kedai yang sama. Hahaha~ Nasib baik sudah sangat malam dan Moshitta sudah sangat letih mengikut ke hulu ke hilir selepas hampir 5 jam bermain badminton. Oh kalau tidak, saya mahu masuk ke T-Hous. Semacam banyak baju yang lebih cantik. Soul pun dah tutup. Tak lalu Accessorize pun. Tapi beg hijau di HangTen pun cantik juga.

Ehe. Therapy yang paling baik untuk perempuan kan?

Mengenai tajuk di atas. Semalam waktu pulang dari lab C++, saya berbual dengan lecturer saya. Pada mulanya cerita biasa saja. Tentang Malaysia. Kemudian beralih kepada topik kehidupan di Korea. Kemudian masuk cerita tentang apa saya akan buat selepas graduate. He kept stressing to me that arithmetic is important to his research and he did ask me if i do like maths. And he stressed out that creative thinking and english writing is important too. Semacam student cemerlang kan. Berjalan dengan professor dan berbincang hal masa depan. Duh~

And then it came to me. I do like programming. And I decided that if I am to get my master degree, I would want it to be something related to programming. Be it programming a robot or software. But macam lecturer tu kata la kan. Creative thinking is essential. But everybody has their own limit. And this morning, as I was struggling with the design, I just thought maybe I had reached mine. Kalau term project macam ni pun dah menggunakan seluruh kebolehan berfikir secara kreatif saya, then how do I join a research?

Anyways, 수고했다 파리니. 끝까지 화이팅!

Till then =)

Few Things

Few Things

Assalamualaikum

Sshhhh~~

- When Mekdi graduate 3 and a half years later, she is going to be a great paparazzi.



"MIRAH LAGI HOT" - Amirah, 1st year SNU
I so wish KU would teach us self-confidence like SNU does.
Ok. Amirah is hot. But I still think Qeela is hotter =p


I like IPSELENTI. Because classes ended early and the school is almost totally empty.


Till then =)

Takde Tajuk

Takde Tajuk

Assalamualaikum

Hari ini tiba-tiba teringat tajuk sebuah cerpen remaja yang pernah saya baca dari majalah 7 atau 8 tahun yang lepas. Ingat tajuk saja la. Ceritanya tak ada ingat dah. Kau Tercipta Bukan Untukku. Semacam sangat grand kan tajuk?

Tapi hakikatnya saya sendiri pun tahu.
Susahnya belajar menyayangi sesuatu yang kita tidak pernah sayang.
Tengok saja dengan hubungan ini.
Bukan saya tidak pernah cuba untuk memberikan yang terbaik.
Walau bukan kehendak saya.
Tapi saya terima takdir seadanya.
Hari-hari saya cuba memahami si dia.
Cuba mendalami. Menyelami.
Tapi saban hari ada saja silap saya.
Itu tak kena. Ini tak kena.
Tidak cukup fahamkah saya tentang dia?
Kenapa semua silap terletak pada saya seorang?
Yang pasti saya tak mungkin menjadi orang pertama yang mengutarakan kata putus asa dengan hubungan yang saya sendiri tak pasti penghujungnya di mana.
Suka atau tidak, saya tetap akan cuba yang terbaik.
Supaya di hujung hubungan ini nanti, ada cahaya indah yang menanti.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
네 말은, 우리 잘해보자고. 끝까지.
Supaya hubungan kita dengan General Physics ini cukup setakat sem ini.
Dan tak perlu nak dipanjang-panjang kan sampai sem depan.

Till then =)

=(

Assalamualaikum

Should I just give up engineering ek?
Been asking that question a lot today.
Maybe I wasn't really talented in the field.
Maybe I'm only good at cooking.
Mood is no better today.
I need a hug.
And a big fat choco cake.

Hari yang Entah Apa-apa

Hari yang Entah Apa-apa

Assalamualaikum

Sedang rasa sakit di semua bahagian.
Bahu sakit sebab mengusung beg berat.
Hati sakit sebab ditipu bulat2 macam sangat ape jek entah.
Kepala sakit sebab student card hilang. Lagi.

Tak mahu membebel meluah perasaan tidak puas hati lagi. Tapi sangat ingin lah semua orang tahu beberapa perkara.

Sesungguhnya hari muhibbah adalah aktiviti ppmk paling tak guna pada pandangan saya. Pandangan saya la. Pandangan korang tak tau la macam mana kan. Mungkin kerana saya tak ada suka bergelap dalam dewan dengan muzik band yang bingit dan orang nyanyi terjerit-jerit. Saya sangat culture shock dengan perkara sedemikian. Dan saya juga bukan lah orang yang suka menonton fashion terkini di runway. Saya cuma suka tshirt plain dengan jeans saja pergi sekolah. Kamu mahu kata saya kolot? Katalah.

Kalau lah masa itu emas, saya sudah rugi berjuta-juta hari ini. Rugi sampai walaupun saya mahu tunjuk protes dengan pulang seorang diri di tengah malam buta menaiki subway pun saya tak mampu. Sebab takde duit satu sen pun dalam tangan. Kan dah kata. Saya rugi berjuta-juta tadi. Sekarang gantilah balik emas saya yang kamu buang tu.

Mungkin kamu bakal bertanya, kalau saya dah tak suka, kenapa susah-payah nak datang pula. Kenapakah saya sanggup travel secara diagonal dari penjuru atas kanan seoul ke penjuru bawah kiri seoul adalah kerana saya mahu menonton persembahan batch saya. Full-stop. Kamu mahu kata saya selfish. Ya saya selfish. Dalam hal ini, biar saya jual ikan asalkan saya tak ada rugi emas berjuta-juta macam hari ini.

Kamu berair mata melihat kami semua setia ke penghujung program, tapi ketahuilah bahawa saya langsung tak ada hati nak stay pun. Saya ditipu bulat2 menanti performance yang dibatalkan. Kalau kamu announce awal2 dah lama saya angkat kaki tahu.

Rasa rugi.
Rasa bodoh.
Rasa entah ape-ape.

Saya sudah bilang pada Zatul sedari awal. Truth be told. Saya tak pernah look forward sangat untuk ke hari muhibbah. Dan selepas ni memang menyebabkan semakin tak terasa nak pergi pun. Walau kamu kata tahun depan ialah tahun terakhir kami celebrate hari muhibbah sekali pun. Jangan bimbang, Bila saya graduate nanti, insyaAllah saya tak akan rindu langsung pun nak menghadiri majlis gilang-gemilang itu.

Bahu sakit.
Perlu tidur dengan elok supaya tidak melarat pada hari esok.

Student card hilang.
Tunggu otak saya aman damai baru lah saya akan pergi cari balik.

Sekarang mahu bermanja dengan toto. Perut pun sudah lapa kembali.




PS: Thanks Mekdi for being such a sweetheart. Tapi saya memang sedang bengang amat. Nanti habis sem insyaAllah saya pergi bersleep-over di tempat kamu dan kita boleh lah berpillow-talk dengan berguling-gulingnya. Get well soon, k.

3 Things Today

3 Things Today

Assalamualaikum

3 things I hate don't like much :

1. Microelectronic circuits (Jeonja Hwaero) - macam takde kaitan jek dengan saya kan?
2. Being lonely
3. Me when I break a promise to self

*sigh* Now I'm not even in the mood to go to DYTC tomorrow. Save me somebody???

Once Upon A Time



Ok
Though I look ugly, I still love this pic sooo much
We were waiting in lines for the bumper car ride
The only ride I dare to take at any amusement park
Jom la gi Lotte World!!!!!!



ps: Amni is coming to Korea. I'm soooo excited to have her as junior =))

Say Hello

Say Hello

Assalamualaikum

Ok. Meet my latest sweetheart.

Kiki, no screaming plix. I did tell you firsthand that I'm buying it right? Ehe~




I know it's a tad loott late considering i'm the first in my batch that grabbed the brand new nano off the display rack (by brand new nano, i mean the first edition in black or white ones. Not the improved ones). I told Zatul that if i bought it, i'm going to favor it like i do my 500k won cellphone and Zatul rolled her eyes at that. Ok. Saya memang sangat tidak tahu menghargai benda tahu?
Sangat mahu bermain2 but first let's get physics over with.


P/S: Dear Mekdi. Sorry for not going with you to buy the sweetie. And sorry I already was in dreamland when you sms me at 4 in the morning to come over. Whatever it is, do NOT go to the Hangang Bridge ok.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
PPS: I was about to say I love you at the end but I figure you might stop by at Yeoido and throw up again at that, so... *shrug*

Before the Match

Before the Match

Assalamualaikum

A few minutes before keluar ikut Moshitta to his badminton tournament. Now come to think of it, I've always been his fan ek? Be it his badminton match dated back when we were at SNU or the PVP tournament at 5 in the morning. I was there all along cheering for him.

Spent a few minutes deciding what to wear. I am never the best-dressed girl, you know. And sometimes Moshitta adalah sangat kesian. Sebab saya keluar date dengan dia ke sama macam saya keluar pegi kelas. T-shirts with jeans. And it's not even nice t-shirts from famous designer. But that's just me kan. I'm not that type of girl which is good at clothes coordination. And besides, I'm too lazy to match everything up. And imagine maintaining the image all your life. Not that I never tried. But the day I came to school with flowery tudung (it was dark and light green with flowers. Bought the previous winter vacation since it's pretty but, as always, never worn) everybody noticed it. And commented. Sangat tak suka ok. Couldn't they just pretend I look normal ek instead of coming up with "Nanti aku shot gambar ko. Ko dah pakai cantik2 dah ni." Cis~

Anyways, hari ni pergi dengan membawa buku. Adalah sangat bajet bagus kalau dah nak exam tapi boleh pergi bersuka ria lagi. And that is exam Physics for that matter. Nak kata saya skema? Ye, saya memang skema. Saya skema kerana saya tak pernah datang lewat ke kelas. Saya tidak pernah ponteng sama skali dan saya tidak pernah tak siap homework. Saya tidak pernah tak study bagai budak nerd setiap kali menjelang exam. Kamu nak kata saya nerd, saya tak cool, saya tak macho. Lantak kamu. But to me there's a fine line between that and responsibility. I was sent here to study. NOT to be cool. And I'm fine with that. Tapi, I found out that cool people do find it an insult to call them skema. Duh~

I'm gonna go grab some breakfast before meeting them at Anam Subway Station.

Till then =)

8.22p.m

8.22p.m

Assalamualaikum

Hampir tergila-gila buat C++. Ops jangan salah faham. Saya suka programming. Kan saya dah pernah kata. Cuma kalau yang coding panjang berjela tu agak memakan masa la. Baru habis chapter 6. Tu pun skip jek yang 3 belakang tu considering sangat la panjang dan kalau nak buat time exam pun confirm tak cukup masa. So skip suda.

Bdak JonJonJon (stands for Jonggi Jonja Jonpa Gonghak Bu ---> Department of Electric, Electronic and Transmission) saat ini tengah bertarung dengan exam General Chemistry sesudah selesai pertempuran dengan kuiz Microelectronics Circuit jam 5 petang tadi. Pasni balik confirm masing-masing kehabisan semua tenaga dan akan mengambil masa sehari semalam untuk recharge dan repair balik sel-sel otak yang hampir lunyai dihentam oleh berpuluh-puluh soalan latih tubi dalam buku teks. Semoga pulang dengan kemenangan.

Saya ada exam practical C++ Jumaat ini dan kuiz General Physics Rabu depan disusuli exam General Physics pada hari Jumaat. Kemudian terpaksa berhempas-pulas menyiapkan term projects. Makanya, akan menjadi busy amat sehingga agak2 tidak mempunyai masa untuk turut serta dalam acara Hari Muhibbah.

Ade offer internship di Samsung cuti summer ni. Tapi saya amek summer semester. Lalu mahu berehat sebentar lagi sebulan itu sebelum menempuh semester akan datang. So, nanti lah ya =p

Till then=)

Crash and Burn

Crash and Burn

Assalamualaikum

When you feel all alone
And the world has turned its back on you
Give me a moment please to tame your wild wild heart
I know you feel like the walls are closing in on you
It's hard to find relief and people can be so cold
When darkness is upon your door and you feel like you can't take anymore

When you feel all alone
And a loyal friend is hard to find
You're caught in a one way street
With the monsters in your head
When hopes and dreams are far away and
You feel like you can't face the day

Let me be the one you call
If you jump I'll break your fall
Lift you up and fly away with you into the night
If you need to fall apart
I can mend a broken heart
If you need to crash then crash and burn

You're not alone
'Cause there has always been heartache and pain
And when it's over you'll breathe again
You'll breath again

When you feel all alone
And the world has turned its back on you
Give me a moment please
To tame your wild wild heart



crash and burn - savage garden

Pilot

Pilot

Assalamualaikum

Saya pernah cakap tak ek bila saya tengok video clip Seo Nyeo Shi Dae - Dashi Mannan Saegae tu saya ada rasa nak jadi pilot. Terasa macho jek pilot perempuan.

Tapi.... Saya takut tinggi.




*sigh*

Hari Ini

Hari Ini

Assalamualaikum

Saya ada beritahukah bahawasanya dalam exam Robot Engineering yang lepas ada soalan 'Name the 4 Teenage Mutant Ninja Turtle." Cis. Haha~ Dan2 tu la tak ingat. Ape lagi, saya pun gasak la menyanyi lagu tema crita kartun brape puluh tahun yang lalu tu dalam bilik exam tu. Seb baek dapat 2 nama. Yang lain tak ingat ok.

Ada message dari Office of International Affairs kata ada invitation untuk concert KBS yang akan datang ni. Saya tidak la berapa minat dunia entertainment. Tapi semacam ada perasaan rebel mahu pergi. Tapi gila ke pegi concert? Tu tak nampak brape banyak homework melambak depan mata? Dengan exam lagi. Jangan mimpi.

Oh ya. T.A dynamics dah announce term project. To be sent out hujung bulan ni. Macam nak terpengsan-pengsan dengar. Dah la minggu depan nak bagi homework lagi. Hellooo~~~ Kitorang ada 2nd exam physics laaaaa~~~~

Till then

Girlfriends

Girlfriends

Assalamualaikum

Sebenarnya sangat banyak nak cerita sejak post yang lalu. Tapi lepas tulis satu perenggan saya delete. Ehe~ Malas nak abes kan cerita. Ade 2 report physics due tomorrow, report utk result experiment hari tu due ahad. But most importantly i promised Asif i send out my piece for mini cetusan today. Tapi sangat tak berapa ada hati nak menulis apa2.

Waktu saya tanya Alin ape patut saya tulis untuk piece ni 2 hari lepas, Alin tanya saya apa temanya. Saya jawab pada Alin takde tema. Tulis suka hati tapi bermanfaat. Itu kata Asif pada saya. Dan Alin kata pada saya. Kalau macam tu tulis la Saya Sebatang Pokok Kelapa. Pokok kelapa kan banyak manfaat. Cis hampeh! Last2 Moshitta yang bagi saya tajuk.

Tapi masih saya tak berapa rasa mahu tulis. Nak tulis bahasa apa pun tak tahu lagi. Tahap bahasa inggeris saya sudah semakin teruk, tahukah? Bahan bacaan inggeris sangat kurang. Buku cerita beli menimbun tapi tak pernah ada masa nak membaca. Bahasa Melayu pulak dari dulu lagi memang kurang mahir untuk penulisan. Boleh bercakap, tapi karya tulisan adalah sangat hampeh. Korean? Ahahahahahaha~ Ok. Bahasa C++ boleh la. Mahu?

Bercakap pasal bahasa c++, itu adalah antara perkara2 yang buat saya tak ada hati nak buat apa pada hari ni. Saya tak mahu terlalu kecewa dengan keputusan. Itu namanya tak bersyukur. Nauzubillah. Jadi setiap kali hati saya mahu pura2 sangat kesian dengan keputusan, saya ingatkan diri sendiri how i did on dynamics. Oh, macam tu akan ada rasa result c++ adalah sangat memuaskan hati. Dan tadi saya ada exam robot engineering. Tadaaa~ Punya semangat sampai tak tau pun kelas di bahagi dua. Makanya saya ambil exam di kelas yang salah. Ceh. Padan la takde sorang pun bdak Msia kat situ.

Bercakap mengenai budak Msia, tahukah saya adalah satu-satunya budak perempuan Msia dalam kelas saya. Dan kalau di dytc dulu, saya adalah satu-satunya budak perempuan dalam kelas saya. Waktu awal2 akan rasa sangat cool. Sebab akan rasa things yang biasanya lelaki saja terer buat, kamu pun boleh buat juga. Talk about girl power. Tapi lepas berapa lama akan rasa bosan gile. Dan bagi saya, sebab utama bosan ialah kerana saya bosan berkawan dengan lelaki sahaja.

Of course, most of the time perempuan adalah sangat leceh. But I just can't deny that it's growing in me. The fact that I soooooo want girlfriends. Sangat jeles tengok those freshmen yang walk everywhere with their cliques. Of course saya ada batchmates perempuan yang lain, but since their major aren't the same as mine, we rarely have time to hangout ok. I missed Adeeb, Dina, Awin and the rest a lot. Sometime I even pictured how would it be if we all study here. Must be a blast.

*sigh*

Till then =)