Hari yang Entah Apa-apa

Hari yang Entah Apa-apa

Assalamualaikum

Sedang rasa sakit di semua bahagian.
Bahu sakit sebab mengusung beg berat.
Hati sakit sebab ditipu bulat2 macam sangat ape jek entah.
Kepala sakit sebab student card hilang. Lagi.

Tak mahu membebel meluah perasaan tidak puas hati lagi. Tapi sangat ingin lah semua orang tahu beberapa perkara.

Sesungguhnya hari muhibbah adalah aktiviti ppmk paling tak guna pada pandangan saya. Pandangan saya la. Pandangan korang tak tau la macam mana kan. Mungkin kerana saya tak ada suka bergelap dalam dewan dengan muzik band yang bingit dan orang nyanyi terjerit-jerit. Saya sangat culture shock dengan perkara sedemikian. Dan saya juga bukan lah orang yang suka menonton fashion terkini di runway. Saya cuma suka tshirt plain dengan jeans saja pergi sekolah. Kamu mahu kata saya kolot? Katalah.

Kalau lah masa itu emas, saya sudah rugi berjuta-juta hari ini. Rugi sampai walaupun saya mahu tunjuk protes dengan pulang seorang diri di tengah malam buta menaiki subway pun saya tak mampu. Sebab takde duit satu sen pun dalam tangan. Kan dah kata. Saya rugi berjuta-juta tadi. Sekarang gantilah balik emas saya yang kamu buang tu.

Mungkin kamu bakal bertanya, kalau saya dah tak suka, kenapa susah-payah nak datang pula. Kenapakah saya sanggup travel secara diagonal dari penjuru atas kanan seoul ke penjuru bawah kiri seoul adalah kerana saya mahu menonton persembahan batch saya. Full-stop. Kamu mahu kata saya selfish. Ya saya selfish. Dalam hal ini, biar saya jual ikan asalkan saya tak ada rugi emas berjuta-juta macam hari ini.

Kamu berair mata melihat kami semua setia ke penghujung program, tapi ketahuilah bahawa saya langsung tak ada hati nak stay pun. Saya ditipu bulat2 menanti performance yang dibatalkan. Kalau kamu announce awal2 dah lama saya angkat kaki tahu.

Rasa rugi.
Rasa bodoh.
Rasa entah ape-ape.

Saya sudah bilang pada Zatul sedari awal. Truth be told. Saya tak pernah look forward sangat untuk ke hari muhibbah. Dan selepas ni memang menyebabkan semakin tak terasa nak pergi pun. Walau kamu kata tahun depan ialah tahun terakhir kami celebrate hari muhibbah sekali pun. Jangan bimbang, Bila saya graduate nanti, insyaAllah saya tak akan rindu langsung pun nak menghadiri majlis gilang-gemilang itu.

Bahu sakit.
Perlu tidur dengan elok supaya tidak melarat pada hari esok.

Student card hilang.
Tunggu otak saya aman damai baru lah saya akan pergi cari balik.

Sekarang mahu bermanja dengan toto. Perut pun sudah lapa kembali.




PS: Thanks Mekdi for being such a sweetheart. Tapi saya memang sedang bengang amat. Nanti habis sem insyaAllah saya pergi bersleep-over di tempat kamu dan kita boleh lah berpillow-talk dengan berguling-gulingnya. Get well soon, k.

0 comments: