8.22p.m

8.22p.m

Assalamualaikum

Hampir tergila-gila buat C++. Ops jangan salah faham. Saya suka programming. Kan saya dah pernah kata. Cuma kalau yang coding panjang berjela tu agak memakan masa la. Baru habis chapter 6. Tu pun skip jek yang 3 belakang tu considering sangat la panjang dan kalau nak buat time exam pun confirm tak cukup masa. So skip suda.

Bdak JonJonJon (stands for Jonggi Jonja Jonpa Gonghak Bu ---> Department of Electric, Electronic and Transmission) saat ini tengah bertarung dengan exam General Chemistry sesudah selesai pertempuran dengan kuiz Microelectronics Circuit jam 5 petang tadi. Pasni balik confirm masing-masing kehabisan semua tenaga dan akan mengambil masa sehari semalam untuk recharge dan repair balik sel-sel otak yang hampir lunyai dihentam oleh berpuluh-puluh soalan latih tubi dalam buku teks. Semoga pulang dengan kemenangan.

Saya ada exam practical C++ Jumaat ini dan kuiz General Physics Rabu depan disusuli exam General Physics pada hari Jumaat. Kemudian terpaksa berhempas-pulas menyiapkan term projects. Makanya, akan menjadi busy amat sehingga agak2 tidak mempunyai masa untuk turut serta dalam acara Hari Muhibbah.

Ade offer internship di Samsung cuti summer ni. Tapi saya amek summer semester. Lalu mahu berehat sebentar lagi sebulan itu sebelum menempuh semester akan datang. So, nanti lah ya =p

Till then=)

1 comments:



Anonymous said...

pembetulan pembetulan Department of Electric, Electronic and Telecommunication =p