Girlfriends

Girlfriends

Assalamualaikum

Sebenarnya sangat banyak nak cerita sejak post yang lalu. Tapi lepas tulis satu perenggan saya delete. Ehe~ Malas nak abes kan cerita. Ade 2 report physics due tomorrow, report utk result experiment hari tu due ahad. But most importantly i promised Asif i send out my piece for mini cetusan today. Tapi sangat tak berapa ada hati nak menulis apa2.

Waktu saya tanya Alin ape patut saya tulis untuk piece ni 2 hari lepas, Alin tanya saya apa temanya. Saya jawab pada Alin takde tema. Tulis suka hati tapi bermanfaat. Itu kata Asif pada saya. Dan Alin kata pada saya. Kalau macam tu tulis la Saya Sebatang Pokok Kelapa. Pokok kelapa kan banyak manfaat. Cis hampeh! Last2 Moshitta yang bagi saya tajuk.

Tapi masih saya tak berapa rasa mahu tulis. Nak tulis bahasa apa pun tak tahu lagi. Tahap bahasa inggeris saya sudah semakin teruk, tahukah? Bahan bacaan inggeris sangat kurang. Buku cerita beli menimbun tapi tak pernah ada masa nak membaca. Bahasa Melayu pulak dari dulu lagi memang kurang mahir untuk penulisan. Boleh bercakap, tapi karya tulisan adalah sangat hampeh. Korean? Ahahahahahaha~ Ok. Bahasa C++ boleh la. Mahu?

Bercakap pasal bahasa c++, itu adalah antara perkara2 yang buat saya tak ada hati nak buat apa pada hari ni. Saya tak mahu terlalu kecewa dengan keputusan. Itu namanya tak bersyukur. Nauzubillah. Jadi setiap kali hati saya mahu pura2 sangat kesian dengan keputusan, saya ingatkan diri sendiri how i did on dynamics. Oh, macam tu akan ada rasa result c++ adalah sangat memuaskan hati. Dan tadi saya ada exam robot engineering. Tadaaa~ Punya semangat sampai tak tau pun kelas di bahagi dua. Makanya saya ambil exam di kelas yang salah. Ceh. Padan la takde sorang pun bdak Msia kat situ.

Bercakap mengenai budak Msia, tahukah saya adalah satu-satunya budak perempuan Msia dalam kelas saya. Dan kalau di dytc dulu, saya adalah satu-satunya budak perempuan dalam kelas saya. Waktu awal2 akan rasa sangat cool. Sebab akan rasa things yang biasanya lelaki saja terer buat, kamu pun boleh buat juga. Talk about girl power. Tapi lepas berapa lama akan rasa bosan gile. Dan bagi saya, sebab utama bosan ialah kerana saya bosan berkawan dengan lelaki sahaja.

Of course, most of the time perempuan adalah sangat leceh. But I just can't deny that it's growing in me. The fact that I soooooo want girlfriends. Sangat jeles tengok those freshmen yang walk everywhere with their cliques. Of course saya ada batchmates perempuan yang lain, but since their major aren't the same as mine, we rarely have time to hangout ok. I missed Adeeb, Dina, Awin and the rest a lot. Sometime I even pictured how would it be if we all study here. Must be a blast.

*sigh*

Till then =)

0 comments: