Takde Tajuk

Takde Tajuk

Assalamualaikum

Hari ini tiba-tiba teringat tajuk sebuah cerpen remaja yang pernah saya baca dari majalah 7 atau 8 tahun yang lepas. Ingat tajuk saja la. Ceritanya tak ada ingat dah. Kau Tercipta Bukan Untukku. Semacam sangat grand kan tajuk?

Tapi hakikatnya saya sendiri pun tahu.
Susahnya belajar menyayangi sesuatu yang kita tidak pernah sayang.
Tengok saja dengan hubungan ini.
Bukan saya tidak pernah cuba untuk memberikan yang terbaik.
Walau bukan kehendak saya.
Tapi saya terima takdir seadanya.
Hari-hari saya cuba memahami si dia.
Cuba mendalami. Menyelami.
Tapi saban hari ada saja silap saya.
Itu tak kena. Ini tak kena.
Tidak cukup fahamkah saya tentang dia?
Kenapa semua silap terletak pada saya seorang?
Yang pasti saya tak mungkin menjadi orang pertama yang mengutarakan kata putus asa dengan hubungan yang saya sendiri tak pasti penghujungnya di mana.
Suka atau tidak, saya tetap akan cuba yang terbaik.
Supaya di hujung hubungan ini nanti, ada cahaya indah yang menanti.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
네 말은, 우리 잘해보자고. 끝까지.
Supaya hubungan kita dengan General Physics ini cukup setakat sem ini.
Dan tak perlu nak dipanjang-panjang kan sampai sem depan.

Till then =)

0 comments: