5 minutes
Assalamualaikum
Selamat pagi. Saya seharusnya dah on my way to Hana Square untuk discussion term project. Tapi air tak panas-panas, maka saya tak mandi-mandi. Haha.
Sebelum bangun tidur pagi tadi mimpi ngeri secara melampau woo. Tidur selepas subuh memang tak elok lah. Jangan tidur selepas subuh.
Membaca blog Chika (blog Chika sama sekali tidak memerlukan promosi ini) saya terperasan sesuatu. Chika semenjak telah bertunang semacam semakin banyak berubah. Dari tshirt dah pakai tunic. Dari tak minum yogurt telah minum yogurt secara banyak sebab encik tunang suruh. Er dua jek. Bukan lah. Dua itu cuma contoh yang saya tahu. Contoh yang Chika sendiri tahu mungkin lebih banyak. Er apa kata next post Chika listkan lah perubahan-perubahan yang telah dibuat. Er haha. Semacam kepoh hal Chika lah pulak kan. Bukanlah. Nak kata tentang saya. Mari membuat persoalan. Adakah saya pun kalau dah bertunang akan berubah begitu? Adakah akan mendengar kata tunang saya dengan sangat dengar dan tak ada bantah membantah walaupun disuruh makan yogurt yang memang saya pandang pun tak mahu? Adakah? Belum tahu. Dan hey, belum akan bertunang. Jangan membuat spekulasi. Saya cuma fikir.
5 minit lagi should start discussion. Er cepatlah panas air. Minggu ni gak pergi complain kat juin (landlord) apesal heater ni kejap ok kejap kong.
Till then.
0 comments:
Post a Comment