Events
Assalamualaikum
Disebabkan hati semacam tak berapa sedap untuk meneruskan study chemistry, kepala pun asyik berdenyut-denyut, jantung pun berdetak-detak, walaupun tak berapa faham kenapa, mari menulis.
Disebabkan hati semacam tak berapa sedap untuk meneruskan study chemistry, kepala pun asyik berdenyut-denyut, jantung pun berdetak-detak, walaupun tak berapa faham kenapa, mari menulis.
Say hai kepada Arissa bt 'Ammar. Si 'shumi shumi shumi' menurut kata Ardini atau boleh lah sekarang dipanggil sebagai Kak Ni. Ahaha. Yes! Akhirnya Dini menginherit my name. Oh ya. Setelah ditranslate oleh Kak Awin, dapatlah difahami bahawa shumi shumi shumi pada bahasa Ardini (Kak Ni) membawa maksud comel comel comel.
Event dua. Annual dinner PPMK yang super fabulous. Dari dewan ke makanan ke punctuality majlis berakhir. Satu je yang tak berapa berkenan : performance. Atau saya seorangkah yang memandang opening performance itu macam kurang appropriate? Memandangkan tak berapa banyak suara yang keluar mengenainya. Er tapi kita fokus pada dewan lah bukan. Nanti kalau saya kahwin, saya sangat mahu dewan sebegitu, tahu? Er tapi nantilah. Mari kita mengira dulu duit dalam bank ada berapa. Haha.
Akhir-akhir ini sangat ramai orang tanya saya bilakah nak bertunang. Kelas Solid Mechanics telah bertukar menjadi kelas mendesign cincin kahwin. Kelas Production Engineering telah bertukar menjadi kelas mendesign baju kahwin. Ahaha. Tapi saya masih belum akan berkahwinlah. Kamu jangan buat spekulasi sesuka hati. Scribbling during class memang habit saya dari dulu bawa ke sekarang. Mendesign baju dan cincin bukan bermaksud dah nak kahwin lah. Mungkin juga bermaksud saya nak menghadiahkan design tersebut kepada orang lain. See. Saya? Mari meletakkan semua benda on hold sehingga saya pasti bila saya akan habis belajar dan apa akan saya buat bila habis belajar. Sekarang masa depan masih kabur-kabur ayam.
Sebenarnya hari ni ada perasaan berat yang amat sangat dalam hati. Sebab dah menyebabkan 6 orang lain terpaksa menulis report lab dengan kesalahan besar. Sebab saya salah menyukat air, maka seluruh experiment menjadi salah. Dan langsung menyebabkan orang lain semua salah. See. Sangat rasa bersalah.
Anyways, mari berkongsi gambar pemandangan dari tangga dari bangunan lab saya.
Saya sangat suka bukit ni sebenarnya. Kalau gambar besar sikit, ada tangga menghala ke science library dan di kiri kanan tangga tu ada barisan pokok dengan daun merah. Sangat cantik. Waktu spring bukit ini dipenuh bunga kaler pink. Tapi tak ada gambar. Nantilah pergi meminta-minta dari orang lain gambar pada musim bunga. Tapi bukit ni memang cantiklah. Dan saya menyimpan cita-cita nak berjalan ke atas bukit tersebut. Er bukan. Bukan mendaki bukit seperti dengsan. Bukit ni kecik saja lah. Maksudnya saya teringin menyusuri jalan yang di lining oleh pokok daun merah tersebut. Berciri romantik di situ. Sekian terima kasih.
Till then =)
0 comments:
Post a Comment