Itik Terbang

Itik Terbang

Assalamualaikum

Macam dah bosan lah dengar lagu tu kan? SeoNyeo ShiDae pun macam sangat lama lagi akan keluar lagu baru. Mari memberi laluan kepada lagu yang saya gila-gilakan back then in 2004.

Dah dengarkah? Saya nasihatkan jangan dengar. Haha. Lagu ini sangat bising. Dan lebih bising dari Avril Lavigne. Erk. Sejak bilakah Farini mendengar lagu yang sangat bising? Bukankah cuma suka benda berciri pop?

Saya pertama kali dengar lagu ni dari cd burn Jiji. Ouch. Sebenarnya kitorang disuruh menghafal lagu lain. Tapi lagu lain saya pergi dengar. Ini lagu Korea pertama yang saya suka. Basically sebab waktu tu saya cuma tahu sepatah dua perkataan Korea. Dan basically ketika itu apa-apa lagu yang melibatkan perkataan fly adalah semacam sangat best sebab tengah excited preparing nak fly oversea. Er walaupun yang fly dalam lagu ni ialah seekor itik cuma. Haha. Tapi kalau diambil menjadi satu metafora, adalah umpama seseorang yang biasa-biasa tapi ada impian untuk berjaya dan menjadi cemerlang. Macam seekor itik yang mencuba untuk terbang. Er memanglah ada itik yang boleh terbang. Tapi sila assume yang dimaksudkan ialah itik yang tak boleh terbang. Haha.

이렇게 멋진 날개를 펴 =)

Assalamualaikum

2 comments:



Anonymous said...

kalau nampak itek terbang bukan seram ke?

Freena S said...

ape dgr lagu psl itek?