Abeek oh Abeek

Abeek oh Abeek

Assalamualaikum

Er. Bukan malas update. Bukan sama sekali. Er tapi things just got a little too busy around here. Busy preparation nak balik.

20th July
Er well, tak pergi mana pun. Tapi hari hujan yang menyebabkan kadar kengantukan dan keletihan badan lebih tinggi dari biasa. Lagipun tak ada cerita best nak kongsi. Maka tak update.

21st July
Namdaemun. Destinasi paling tak best setiap kali prepare nak balik. Beli brooch sampai muak-muak. Sampai rasa nak muntah darah kalau dengar lagi perkataan brooch. Horror seh Namdaemun nih. Dulu-dulu selalu terfikir sapa la yang bina bangunan brooch kat Namdaemun tu. Memang menyeksakan jek.

22nd July
Pagi pergi Namdaemun lagi. Ganti brooch yang tidak mencapai standard piawai. 불량 le tu. Balik ke Yongsan. Survey Wii. Sampai rumah letih gila.

23rd July
Iaitu semalam. Result summer semester keluar. Alhamdulillah. Boleh la buat mengcover pointer mana-mana yang tak cukup. After Zuhur ke Myeongdong. Jalan-jalan sana sini. Belikan P-kah baju. Saya nak beli baju, tapi duit tak ada sudah. Haih~

Tahukah. Malam tadi ada satu berita horror. JPA and Board of Engineering decided kitorang wajib ambil ABEEK sebagai salah satu syarat graduate dari universiti-universiti di Korea. Read : Pihak JPA juga bersedia menanggung extension pelajar-pelajar dalam proses menamatkan pembelajaran melalui program ABEEK. Oh wah hebat. Baru jek 2-3 hari lepas berbuai dengan Moshitta kat Canmore bercerita tentang perancangan masa depan. Kerjakah. Masterkah. Turned out that will still be ages away. Untuk complete abeek, kalau cukup terer dan cukup laju dan cukup tak kisah berapakah pointer yang dapat di akhirnya, bolehlah habis dalam satu semester kot. Tapi kalau mahu mengikut slow and steady dan dengan perancangan yang sistematik akan ambil satu tahun. Baik extend setahun. Grad bulan 2 gak.

Ok, let's look at it from the bright side. Kalau extend saya akan :

1. Berpeluang mengumpul lebih banyak duit sebelum terpaksa bertemu dunia luar yang tidak tahu akan kecukupan duit kah. Oh, agak materialistik di situ. Bukan. Ini dinamakan persediaan sebelum menjadi seorang dewasa yang berdikari dan tidak ditanggung atau ditaja sesiapa.

2. Berpeluang menceburkan diri secara serius dalam bidang jual-menjual brooch. Aik? Haha. Perniagaan yang banyak mengkayakan student dan orang lain tapi saya tak berapa ada minat. Brooch mana yang lawa pun saya tak pernah tahu. Er, to kak Zaret : Kalau kita pilihkan brooch tu tak lawa, mintak sorry banyak-banyak T.T

3. Berpeluang merancang masa depan dengan lebih teliti dan mencari bidang manakah yang saya benar-benar suka sebenarnya. Robotic memang best tapi susah. Previously saya suka heavy construction. But setelah satu semester di Kodae bidang Security Engineering macam gila best.

4. Berpeluang mendelay waktu untuk pulang ke Malaysia yang menakutkan. Don't get me wrong. Saya suka Malaysia. Saya sayang Malaysia. Dan saya mahu kerja di Malaysia. Tapi situasi Malaysia sekarang macam sangat menakutkan. Jadi bolehkah menanti keadaan sedikit stabil baru pulang?

5. Berpeluang mendelay adulthood. Haha. Hidup di sini memang semacam sangat muda remaja lah. Tak terasa langsung ketuaan. Hari-hari boleh ke sekolah dengan seluar jeans dan baggy t-shirt. Tak payah susah-susah melawa sana dan melaram sini. Apa lagi Chika. Kalau nak remaja, meh la datang.

6. Berpeluang annual dinner lagi setahun. Ahaha. Hari muhibbah lagi setahun? Tak payah lah. Saya sudah super duper senior nih. Tak main la hari muhibbah. Berpeluang melepak dengan hubae 67 lagi setahun. Hubae 83 tak berapa main.

7. Berpeluang hidup ditaja lagi setahun. Er. Tak dapat la mewariskan rumah kepada junior. Duduk 3 tahunkah dalam rumah nih? Terpaksalah memforge relationship yang baik dengan nenek atas tu. Er lagi setahun tidur tanpa katil?

Anyways, tahukah walau apa pun, abeek is not easy. Leceh sebab ada dua final project. Repeat la balik semua subjek major yang ada. Dalam ertikata lain, daripada seorang budak 3rd year, kita kembali menjadi budak 2nd year. Wah. Semakin muda. Semakin remaja. Ok mulai sekarang makan buku lah saya.

Kepada batch 65 : Kita datang bersama. Kita balik bersama okeh. Sapa balik dulu, siap.

Till then

0 comments: