Lari II

Lari II

Assalamualaikum

Saya mahu lari jugak.
Walaupun Chika kata jangan main lari-lari, nanti jatuh.
Biar jatuh waktu lari.
Jangan tersungkur waktu berdiri.
Saya mahu lari jugak.

Dina.
My best friend since forever.
Dia beritakan pada saya.
Saya menjerit. Tepi tangga.

Saya ada simpan gambar kami waktu kecil.
Tapi tak mahu tunjuk.
Kami jalan keliling sekolah berpegangan tangan.
Kami main tepi longkang. Tengok berudu. Waktu itu kami ingat ikan.
Kami main bisik-bisik cerita di sekolah agama.
Dina ajar saya minum air barli di warung Pak Huzir.

Bila turn saya?
Nantilah.
Buat masa ini saya mahu stick to playing psp saja boleh kah?
Komitmen macam benda yang menakutkan.
Sebab bukan cuma melibatkan dua orang macam bermain 2P Ratchet and Clank.

Saya mahu lari jugak.
Lari jauh-jauh.
Lari laju-laju.
Tapi,
Saya tak berapa ada stamina lah.
Nanti saya letih.

Dari saya lari.
Baik saya main psp lah.

2 comments:



Freena S said...

kak ni ngeng~~

Chika Chika said...

tak berapa gerek la bermain lari-lari. penat dan berpeluh.

main psp. okek jugak.
releks dan yang penting, takda peluh.