Kek dan Gambar

Kek dan Gambar

Assalamualaikum

Ini adalah adunan kek yang dibuat hari ini.



Kek yang dah siap belum ada gambar. Haha. Kali pertama saya ada niat untuk buat kek, waktu itu dibantu mama. Saya weighed dan putar everything tapi bila sampai masa masuk tepung dan air semua mama buat. Sampai la ke masa membakar. Kali pertama saya buat kek dengan menggunakan sepenuh tenaga diri sendiri, waktu itu sangat cuak. Cuak tak jadi. I know as long as mengikut resepi everything's going to be ok, tapi pun cuak. Dah siap adun bagai pun bleh rasa cuak lepas bakar nanti tak jadi. Lol. Teringat waktu Kelly buat kek di Daerim. Kami pukul butter dan gula guna tangan tahu. Sambil pukul saya fikir, "boleh kembang ke?" Haha.

Saya masih rasa kecewa kenapakah saya cuma ada kamera handphone untuk capture saat-saat seperti ini.





Kalau saya tak boleh dapat i30 untuk hadiah graduasi, agak-agak ada ke orang nak belikan saya DSLR ek?

p/s: in picture were ardini and atuk by the punggur beach

Regarding Kiki's Post

Regarding Kiki's Post

Assalamualaikum

Here I am blogging again. Ardini tengah tergolek menyusu sambil menonton astro ceria. Hari ni Ardini terhantuk di kepala paip. Kelopak mata beliau dah bengkak. I was more worried that she hurt her inner eye, so every few minutes I close her other eyes and ask her to tell if she could see. Saya tarik nafas dalam-dalam dan bersedia menerima kemarahan Mama sebelum telefon untuk bagitahu. Mama just said "bende kecik je." Ouch. Guess all 8 of us occasionally hit our head on something too when we were kids.

I already checked-in my flight. Tapi masih belum basuh telekung dan kasut. Masih belum buat kek. Wuwu.

Reading Kiki's baru saya teringat ada makcik mengangkat jari tengah kepada saya, Kiki dan Kak Awin. Er kerana cuma saya seorang yang nampak, biarlah saya clearkan satu hal. Saya tak sure sama ada wanita tersebut benar-benar makcik, tapi apa yang saya dapat katakan ialah dia seperti makcik di pandangan mata saya. Atau paling tidak pun beliau kelihatan lebih tua dari kami semua. Maka berkelakuan sedemikian ada semacam.. er.. saya tergelaklah waktu itu yang pastinya. Haha. Gila kelakar melihat seorang yang lebih tua dari anda menunjuk jari tengah kepada anda. Bukankah orang lebih tua sepatutnya berkelakuan lebih sopan? Er mungkin dia sama muda seperti kami, cuma kelihatan saja tua. Tapi pun dengan kehadiran seorang makcik yang benar-benar makcik di sebelahnya, bukankah at least perlu bersopan-santun dan tak boleh berlaku sedemikian? Apakah? Gilalah saya gelak waktu tu. Tak ada rasa terbakar langsung. Rasa kelakar ja.

Saya memang marah dan pelik dengan orang yang sama dengan Kiki, tapi pun saya lebih marah dengan diri sendiri. Kerana saya tak dapat berbuat apa-apa untuk memperbaiki keadaan. Saya tak dapat menegur kerana I was afraid I couldn't find a better comeback, or couldn't yell louder, or sound smarter. Jadi saya sedih dengan diri sendiri. Kan dah kata, selain benda yang diajar dalam kelas, benda lain semua saya tak berapa tahu.

Sekian.

Assalamualaikum

Di Hujung Cuti

Di Hujung Cuti

Assalamualaikum

Sebab Ardini tengah tidur, mari update blog.

Mesti semua terkejut Ardini tidur lagi. Waktu bangun pagi beliau adalah jam 7 lazimnya. Tapi saya telah menipu beliau untuk pergi tidur balik. Iaitu dengan bermain permainan pura-pura tidur sambil menepuk. Tak sangka berjaya. Sejurus lepas bertepuk-tepuk beliau tergolek meniarap sambil berkata "Gatal~" yang mana bermaksud menyuruh orang menggaru manja belakang badan beliau. Dan tiba-tiba tidur sampai sekarang. Sudah 2 jam lah. Nanti tengahari dia tak mahu tidur nanti.

Malam tadi saya terjaga secara terkejut. Iaitu diri sendiri menarik diri sendiri keluar dari mimpi. Kamu boleh? Mengurge diri sendiri untuk bangun sebab tak mahu meneruskan mimpi ngeri. Oh saya sangat pandai tahu. Tapi lepas tu tak boleh tidur balik. Was considering untuk turun tidur atas toto dengan Kak Awin tapi mana mungkinlah kan. Maka saya mengguling sambil berfikir "Tak apa. Lagi 2 jam papa dan mama bangun." Tapi lepas tu tak perasan bilakah tertidur semula sampai tak terdengar azan Subuh.

Dalam mimpi waktu itu, saya bermimpi sedang berbincang dengan Moshitta tentang menyewa rumah di mana. Beliau dah dapat kerja area.. er.. Hulu Langat (kot?) dan kami dah jumpa rumah sewa berdekatan situ yang walaupun kecil tapi agak selesa. Beliau boleh berulang-alik ke tempat kerja dengan menaiki SuperMoshi yang dalam mimpi tersebut telah berkaler kuning dan biru. Tapi masalahnya saya telah mendapat kerja menjadi guru(?) di sebuah kolej(?) di Nilai(?). Dan kami dah nak kahwin. Maka tak tahu nak buat macam mana. Jadi Kak Awin tolong menilai adakah job guru to worth it untuk saya dari pelbagai segi. Tengah berbincang soal gaji, tiba-tiba Kak Awin berkata, "Kak Ni, Kak Ni. Adini tanya 'imo mana?' Gi tidur ngan dia dalam bilik mama sana."

Sekali lagi ditarik keluar dari mimpi. Tapi terasa mimpi yang ini sangat dalam. Macam sangat berat untuk ditarik keluar. Aik? Bangun tidur je lah. Tak payah cerita dengan over.

Cuti akan habis dalam masa 2 hari lagi. Banyak benda lagi untuk disettlekan. Semacam hendak pengsan pun ada.

Welcome new semester.

Assalamualaikum

Algo Innayo

Assalamualaikum

Ada dua kot posts yang tergantung. Tak berapa ada mood nak siap kan. Lagipun cerita semacam sudah basi.

Test JPJ saya sudah selesai. Tahniah kepada diri sendiri kerana lulus. Walaupun bukan dengan flying colours, tapi syukur amat. Alhamdulillah. Kerana saya memang bukan seorang pemandu cemerlang. Kereta? Gilakah baru dapat lesen tak sampai seminggu dah mintak beli kereta? Bak kata Kiki, nanti cuma berani bawak pegi Ekonomi. Er Ekonomi adalah nama kedai runcit tidak jauh dari rumah. Tapi hairan sungguh Encik Bapa tidak segera menelefon bertanyakan keputusan saya. Terlalu yakin boleh lulus kah? Ya pagi itu saya nervous. Kata Kak Awin jangan nervous sangat, nanti tak boleh buat dengan baik. Tapi saya memang sentiasa nervous lah. Saya kata pada diri sendiri ini bukan exam Fizik. Hahah. Ok. Sila tukar cerita basi tersebut. Dah tiga hari berlalu. Sila tukar cerita lain.

Emak dan Kak Awin telah terjebak cerita Boys Over Flowers. Emak yang sebelum ini tidur jam 9.30 sekarang tidur jam 10.10 pada hari Isnin dan Selasa sebab menonton BOF di KBSW. Hahah. Dan saya tahu it's been long since I last listened to a ballad, tapi lagu tersebut sangat indah dan sangat sedih. Macam sangat-sangat sedih. Er lagu OST BOF lah. Bertajuk Algo Innayo? (Do You Know?) from Someday.

Anyways, hari ini telah shopping barang lagi bersama Encik Bapa. Lalu membelikan Ardini sehelai baju gaun berwarna kuning ang ang. Entah kenapa katanya ang ang. Kak Awin la keluarkan vocabulary bukan-bukan.

Oh ya. Semalam main boling kalah teruk. Entah apa tah si lembik yang baling bola semua terkedek-kedek sampai ke pin.

Sekian.

Assalamualaikum

Bangun Pagi

Assalamualaikum

Mimpi malam tadi (ke pagi tadi lepas Subuh?) adalah bercampur-aduk dan membuat saya rasa apa nih? apa nih?. Mimpi pencarian coklat idaman hati, sebab sebelum tu berasa sakit hati disuruh lawan main basketball menggunakan bola berbentuk biji karom. Aik? Sudahlah belum mandi sebelum riadah terus je cari coklat. Semua orang bertanya dah mandi ke belum. Aik? Tiba-tiba je masa dah sampai untuk terbang balik ke Kuala Lumpur. Oh ya, waktu tu kami di Labuan. Aik? Zatul dah terbang dulu dengan flight sebelum ni membawa bersama boarding pass saya. Aik? Maka terkontang-kantinglah di situ menerangkan kat kakak stewardess bahawa saya memang salah seorang penumpang flight. Dan waktu terkontang-kanting tersebut terdengarlah bunyi alarm handset. Lol.

Sekarang nak pergi mandi dan menikmati sarapan. Nanti pukul dua akan menyeksa diri sekali lagi pergi mendriving.

Oh.

Assalamualaikum

Dan Saya Seorang Bakal Engineer

Assalamualaikum

Pagi tadi ditinggal terkontang-kanting seorang diri lagi. Mulanya Acai kata nak belajar driving pukul 11.30 pagi. Tapi lepas tu tukar jam 2.00 petang. Dan saya bergolek kelaparan. Nak masak mi segera ke drumet tapi tak pandai nyalakan lighter. Apakah pesen engineer tak pandai nyalakan lighter?

Tersebutlah kisah waktu saya praktikal dulu2, saya disuruh fire soldering. Nyalakan api guna lighter. Tiba2 api tersebut menyambar jari ibu saya. Semua orang di situ jadi horror. Er tapi jangan risau. Jari saya tak ada apa. Mungkin sebab api tersebut baru menyala, belum betul-betul panas lagi.

Kemudian pergi belajar driving. Acai ajar saya route A. Yang lebih mudah. Kenapakah 2 hari sebelum test jpj baru saya diajar route tersebut.

Sila doakan :
1. Saya dapat buat route A ketika test jpj.
2. Jalan raya tersebut kosong kerana semua orang pergi kerja pada hari Isnin.
3. Saya berjaya buat U-turn dan bukit dengan jayanya.
4. Pegawai jpj saya bukan seorang yang cerewet dan banyak membebel.
5. Saya pass test jpj.

Serius sangat penat belajar memandu. Tak pernah terpikir pun nak memandu sebenarnya. Sangat tak sabar nak dapat lesen supaya boleh tulis dalam resume. Lepas tu kalau tak nak memandu lagi pun tak apa. Apakah punya pesen engineer tak nak driving?

Saya harap menjadi seorang yang lebih banyak baik.

Assalamualaikum

Sakit Gigi

Assalamualaikum

Saya sedang sakit gigi. Kerana sakit gigi, malas memblog panjang berjela-jela. Sepatutnya memblog pada malam tadi tapi sangat sakit lalu tergolek lah berchatting bersama Moshitta sahaja.

Sakit gigi sejak hari Jumaat. Sebaik pulang dari berjumpa Cik Saida. Malam tersebut ke Alamanda dan melepak bersama keluarga sehingga tengah malam. Sakit berlarutan hingga hari Sabtu. Merungut kesakitan tapi masih membawa diri ke Mid Valley dan membelikan Kiki jersi Arsenal di Nike sebab sudah janji. Bila sampai hari Ahad pipi telah bengkak sebelah. Tak bengkak pun sudah bulat. Bila bengkak semacam sebiji kentang yang lopsidedlah. Tak simetri langsung. Tapi disebabkan Chika dah beria-ia menjemput ke majlis kahwin (padahal sendiri yang beria-ia meminta kad kahwin tersebut. Hahaha), maka mengusunglah muka yang senget sebelah tersebut ke kenduri kahwin orang. Nasib baik lah tak ada siapa yang kenal. Datang melihat Chika. Literally. Lihat saja waktu beliau berarak hendak makan beradab. Kemudian drop hadiah, makan dan pulang. Sorry tak dapat lama. I tak laratlah Chika sebab sedang sakit. Anyways, gratz. Baju u serius lawa. Ini serius. Mesti bantu dia. Ok. Dah masuk cerita wonderpets.

Selepas majlis kahwin, pulang ke rumah cantik Ardini lalu bermain-main dengan anak saudara sampai hendak terpecah-belah kepenatan, lalu solat Asar dan pergi melawat er.. keluarga kenalan. Aik? Tak ada comment panjang berjela okeh. By the time malam orang menegur mata saya bengkak sebelah. Ok. Sekarang betul2 separuh muka sebelah kiri telah bengkak. Telah minum air suam dengan sangat banyak sebab tak boleh minum air sejuk. Tapi tengahari tadi bantai juga teh ais dan sirap limau berturut-turut. Woh sangat letih sebenarnya.

Sekarang sedang tergolek di atas tilam di rumah. Mama biar saya berehat di rumah. Malam tadi dah puas digelakkan muka yang senget sebelah tersebut. Jadi hari ini saya seharian di hadapan lappy. Menonton Boys Over Flower. Dan tiba-tiba berasa i am sooooo over boys in white. Haha. lelaki berbaju hitam nampak lebih kacak. Hitam yang betul2 hitamlah. Hitam faded sudah tak berapa kacak.

Sekian. Hendak pergi menonton tv bersama ibunda.

Er entah sejak bila saya rasa keluar dengan family adalah lebih cool gitu. Apa musim dating dengan pakwe berdua. Keluar beramai-ramai mengusung adik beradik sama adalah lebih macho.

Tolong doakan muka saya cepat pulih seperti sediakala.

Till then. Assalamualaikum

QTI Saya

Assalamualaikum

Saya memang bukan seorang pemandu berbakatlah. Now that i think about it, nasib baik betul saya bukan kena ambil lesen kereta together with my other batchmates. Kalau tak akan blackout of shame. Sangat memalukan okeh. Dah la serius ramai budak baru habis SPM kat situ.

At first it was ok. I was great. Walaupun first time tu macam bengong2 sikit, but bila Acai lepaskan saya sendiri i sang to myself and was feeling great. Bukit saya cun. Jalan mati cun. Parking cun. Cool. But then time QTI kereta mati lebih kurang sepuluh kali. Literally ok. Not exaggeration. Dan penguji tersebut pun sangat bising tahu. Saya dah kata saya ialah seorang yang practical. Be straight. Tak payah bagi instruction elaborating panjang lebar. And the car was not helping at all. Gear keras. Clutch entah apa-apa.

Kamu mesti akan kata saya tak pandai menari tapi kata pentas bergoyang kan? Ah tak kira. Lantak sana. Bila saya jadi engineer, saya mahu buat kereta yang tak ada main enjin mati, tak ada clutch yang ngek, tak ada undur ke belakang waktu di bukit. Aik. Itu bukankah ciri kereta auto. Haha.

Oh satu lagi, mama kata it would be cool kalau ada kereta bleh masuk parking secara sideways lah. Saya pun rasa macam tu. But with the current car structure macam tak berapa mungkin. Dan oh ya, kenapa tak mahu main gear yang tekan-tekan saja? Kenapa mahu main tolak sana sini sampai tangan sakit? Lol.

Ok dah habis complaint.

Papa, saya mungkin fail QTI. Woh~

Assalamualaikum

Saya Sayang Saya

Assalamualaikum

Saya sayang diri sendiri. Aik? Tiba-tiba. Haha. Siapa yang tidak? Saya memang in love dengan diri sendiri lah. Tapi bukan yang berciri narcissism. Bukan berciri memandang diri sendiri sebagai seorang yang paling baik dan paling hot dalam semua perkara. Bukan. Walaupun saya sangat sayang diri sendiri, saya masih admit saya ada kelemahan lah.

Saya sayang diri saya kerana saya sangat faham diri saya. There are certain things yang saya wish orang lain boleh faham, somethings i would like so much to tell others, yet i know it's hard to find another living person who understands it like i do. Kerana itu saya sayang diri saya. Saya tahu bila saya jatuh. Saya faham bila saya tekanan. Er bukan kah macam pelik? Memandang diri sendiri seperti memandang orang lain.

Tapi betullah. Often saya berharap ada orang lain yang boleh say certain comforting words to me, but in the end I will just pat myself on the had and say the words myself.

Saya sayang diri saya.

Juga semua orang di sekeliling saya.

Till then

Assalamualaikum

Kisah Kasut dan Keputusan

Assalamualaikum

On touchie lagi sebab malas lepak depan desktop. Lebih seronok surfing sambil baring lah.

Esok bakal ikut mama ke sekolah sebab abg ipar ada di rumah. Makanya esok juga akan ada major wardrobe ransacking. Tapi tak ada baju kurung masihlah masalah yang boleh diselesaikan. Masalah yang lebih merisaukan mama ialah kasut saya.

Kasut saya memang bukan the part of my outfit yang family saya paling suka. Well, no part of it is, to be honest. But since saya letih listening to Alin complaining about my clothes in front of Moshitta, i reluctantly grab my khaki green overall and matched it with pants and nice tudung when we went out yesterday. Ok the clothes is acceptable but the sneakers are not. Not really because it's now striking pink. More because it's simply sneakers. I know people, including Moshitta, are trying hard to get me out of it and into something feminine like ballet flats, but trust me, ballet flats aren't half as comfy as sneakers. Dan kalau saya kena berlari panjat tangga at klsentral dan berdiri sepanjang masa dalam tren without anything to hold on to, saya definitely will not be wearing ballet flats.Tapi mama wants me to lah. Problem is i don't even have a pair. Dan kaki saya sangat kecil untuk pakai kak awin punya.

Anyways, mari tukar topik. Tadi saya check result winter semester. Dan mama ada by me at the computer. Lalu saya pun menunggu sampai mama dah berlalu baru check. Sangat hahaha lah bukan? Sejak bilakah farini takut result diketahui oleh ibu bapa? Er dan sejak bilakah saya lambat check result. Sebenarnya saya sort of dah tahu macam mana result saya sebab telah check dengan lecturer linear algebra tersebut. But saya sort of melambat-lambatkan grade checking sambil hoping dalam hati akan ada miracle dari Allah. Dan hey adalah=D Lecturer tersebut naikkan grade saya sebanyak satu dari apa yang beliau kata saya akan dapat sebelum ni. Mungkin kerana saya cukup syukur dan menerima apa yang diberi tempoh hari, maka Allah kurniakan lebih sikit. Alhamdulillah. Pointer masih selamatlah.

Baru jam 9.39pm. Tapi kena tidur awal. Selamat malam.

Assalamualaikum